wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sejarah tingkatan 3 -Bab 3

Total questions: 20

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang kaya dengan hasil bumi seperti

a)

bijih besi dan emas

b)

bijih timah dan aluminium

c)

emas dan perak

d)

bijih timah dan emas

2.

Semua penyataan di bawah mengenai perlombongan bijih timah pada abad ke -15 adalah benar KECUALI

a)

pembesar Melayu sebagai pemilik lombong yang membekalkan semua keperluan perbelanjaan

b)

diusahakan oleh orang-orang Cina di lembah-lembah sungai

c)

bijih timah dilombong bagi kegunaan tempatan dan diperdagangkan

d)

pembesar Melayu memperoleh kawasan pegangan melalui surat tauliah daripada sultan

3.

Perlombongan bijih timah pada abad ke-16 hingga abad ke-17 bertumpu di Perak iaitu melibatkan lokasi seperti

I Kuala Kangsar dan Kelian Intan

II Manjung dan Beruas

III Ipoh dan Kinta

IV Hulu Perak dan Hilir Perak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

4.

Kekayaan negeri-negeri Melayu pada abad ke-18 dibuktikan melalui surat Francis Light kepada Gabenor Jeneral British di India. Apakah kandungan surat tersebut?

a)

Sultan Perak memeterai perjanjian menjual bijih timah dengan Belanda di Melaka

b)

Perak menghasilkan 5000 pikul bijih timah setiap tahun

c)

Kekayaan bijih timah di Kuala Sungai Selangor menarik ramai pedagang luar

d)

Sultan Ibrahim dan Belanda menandatangani perjanjian penjualan hasil timah antara Selangor dengan Belanda

5.

Pada abad ke-19, penglibatan pelombong-pelombong Cina menjadikan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan sebagai

a)

kawasan rebutan pembesar Melayu

b)

pengeluar bijih timah utama dunia

c)

lokasi tumpuan pelabur Eropah

d)

pengeluar bijih besi utama dunia

6.

Bagaimanakah bandar Kuala Lumpur terbentuk?

a)

Asalnya sebuah pangkalan di kuala sungai untuk mengangkut bijih timah

b)

Pusat perdagangan bijih timah yang terkenal di Selangor

c)

Bandar Diraja bagi negeri Selangor

d)

Lokasi pertanian yang subur di Selangor

7.

Perlombongan emas di negeri-negeri Melayu bertumpu di kawasan jalur emas yang sebahagian besarnya terdiri daripada negeri

a)

Kelantan

b)

Terengganu

c)

Pahang

d)

Negeri Sembilan

8.

Perkataan 'raub' dalam bahasa Melayu bermaksud genggam. Bagaimanakah pekan Raub mendapat namanya?

a)

apabila berlaku pergaduhan antara dua orang pendekar yang saling menggenggam penumbuk

b)

selepas pelombong-pelombong menjumpai seraub emas pada setiap dulang pasir

c)

sebagai simbolik kejatuhan Raub dalam genggaman pelombong Cina

d)

diberikan nama oleh sultan bagi sebuah pekan baharu

9.

Strategi manipulasi digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa di Negeri-negeri Melayu. Strategi tersebut digunakan di semua negeri berikut KECUALI.

a)

Perak - Pergaduhan pelombong Cina

b)

Selangor - Pertelingkahan antara kerabat diraja

c)

Sungai Ujong, Negeri Sembilan - Pergaduhan pembesar Melayu

d)

Pahang - kematian seorang lelaki berbangsa Cina

10.

Bagaimanakah Perjanjian Pangkor 1874 mengukuhkan kuasa British di Perak?

a)

Sultan berkuasa ke atas pungutan cukai di Perak

b)

Raja Abdullah diturunkan takhta sebagai Sultan Perak

c)

Residen British dilantik untuk memberi nasihat dalam semua urusan pentadbiran kecuali agama Islam dan adat Melayu

d)

Raja Ismail berpihak kepada British untuk menjatuhkan sultan

11.

Sistem Residen telah diperkenalkan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Pilih padanan yang BETUL

a)

Perak : J.P. Rodger

b)

Selangor : Frank Swettenham

c)

Pahang : J.W.W. Birch

d)

Negeri Sembilan : Martin Lister

12.

Jelaskan kesan pelaksanaan Sistem Residen terhadap pentadbiran tradisional.

a)

Pembesar Melayu masih berkuasa dalam jajahan mereka

b)

Cukai yang dikutip diserahkan kepada sultan

c)

Sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai

d)

penghulu diberi kuasa untuk meneroka tanah baharu

13.

British mengukuhkan kuasa di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dengan membentuk

a)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

Negeri-negeri Selat

c)

Negeri jajahan British

d)

Ngeri naungan British

14.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk untuk memenuhi kepentingan British bagi

a)

mengatasi kelemahan pentadbiran beraja

b)

menarik pelabur Eropah

c)

menjamin keselamatan

d)

menangani masalah kewangan Negeri Sembilan

15.

Struktur pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu menyebabkan kuasa Raja-raja Melayu semakin terhakis. Buktikan

a)

kuasa perundangan terletak di tangan Residen Jeneral

b)

Majlis Mesyuarat Negeri mengambil alih kuasa sultan

c)

Residen Jeneral mengambil alih kuasa sultan dalam adat Melayu

d)

Raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah negeri

16.

Majlis Mesyuarat Persekutuan yang ditubuhkan oleh British telah memberi kuasa kepada British untuk

a)

memecat sultan dan pembesar dalam sesebuah negeri

b)

mengawal undang-undang dan kewangan negeri

c)

memberikan kuasa pentadbiran kepada Residen Jeneral

d)

melantik Residen di negeri-negeri Melayu

17.

Maklumat yang berikut menerangkan kekacauan di Perak pada abad ke-19.


  • Perebutan takhta dalam kalangan kerabat diraja
  • Pergaduhan antara pelombong Cina

Bagaimanakah kekacauan tersebut diselesaikan?

a)

Perjanjian Pangkor ditandatangani

b)

Pembahagian kawasan pengaruh dibuat

c)

Sistem pewarisan takhta diperkenalkan

d)

Majistret dan pemungut hasil ditempatkan

18.

Apakah kesan daripada peristiwa berikut kepada negeri Selangor?


  • Serangan ke atas kapal dagang berhampiran Kuala Langat
  • Serangan ke atas rumah api Tanjung Rachado
a)

Pembinaan kubu

b)

Peperangan saudara

c)

Penerimaan Residen

d)

Pengambilan askar upahan

19.

Kekacauan di negeri-negeri Melayu telah memberikan peluang kepada British untuk campur tangan pada abad ke-19.

Apakah iktibar daripada peristiwa tersebut?

a)

Bersatu padu asas kestabilan negara

b)

Berbangga dengan kekayaan negara

c)

Berdikari untuk memperjuangkan hak

d)

Bertoleransi dalam kalangan masyarakat

20.

Berikut merupakan faktor-faktor pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Apakah X?

  • Residen terlalu berkuasa
  • Krisis kewangan Pahang
  • X
a)

Pergaduhan pelombong Cina

b)

Desakan pedagang Eropah

c)

Pentadbiran tidak seragam

d)

Perebutan takhta kerajaan