wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Pend Seni Visual (Set 1)

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Padanan manakah yang tepat bagi pakaian tradisional lelaki dan wanita mengikut kaum dan etnik di Malaysia ?


I. Jippa – Sari

II. Gagung – Sia

III. Ketapu – Siung

IV. Samfu – Ceongsam

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Namakan alat perhiasan diri yang berfungsi sebagai pengikat bagi kemasan kain sarung.

a)

Gendik

b)

Pending

c)

Gelang kaki

d)

Tali pinggang

3.

Antara berikut yang manakah merupakan perhiasan kepala bagi perempuan etnik Kadazan ?

a)

Sia

b)

Siung

c)

Ganob

d)

Bolilit

4.

Teknik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan arang ialah

a)

teknik garisan

b)

teknik lorek

c)

teknik gosok

d)

teknik titik

5.

Antara berikut yang manakah kategori hasil karya melalui aplikasi teknik hibrid?

a)

Seni Lukisan Barat

b)

Seni Lukisan Moden

c)

Seni Lukisan Baharu

d)

Seni Lukisan Kontemporari

6.

Siapakah pelukis karya bertajuk Antara Dua Hidangan?

a)

Din Omar

b)

Idris Salam

c)

Khalil Ibrahim

d)

Rohaizad Shaari

7.

Antara kepelbagaian aliran yang terdapat pada tahun 1960-an ialah ___________ .

I. aliran ekspresionisme.

II. aliran abstrak ekspresionisme.

III. aliran pop art.

IV. aliran kiubisme.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

ANATOMI TAIP ialah struktur asas kepada karekter huruf. Kita perlu mengenali istilah yang biasa digunakan untuk sesuatu huruf. NAMAKAN ISTILAH BAGI HURUF INI

a)

Serif

b)

Bowl

c)

Beak

d)

Counter

9.

Namakan istilah bagi anatomi taip ini

a)

Serif

b)

Bowl

c)

Beak

d)

Terminal

10.

Jenis taip yang ditunjukkan dalam gambar di atas ialah...

a)

Huruf kecil (lower case)

b)

Huruf besar (capitals)

c)

Simbol matematik

d)

Simbol lain

11.

Nyatakan aplikasi tipografi pada gambar di atas.

a)

Emoticons

b)

Grafiti

c)

Papan tanda

d)

Poster

12.

Jenis tipografi ini dikenali sebagai...

a)

Figura taip

b)

Onomatopoeia

c)

Konotasi taip

d)

Personafikasi taip

13.

Dihasilkan menggunakan reka bentuk taip serta komposisi sejumlah muka taip.

a)

Personafikasi

b)

Konotasi taip

c)

Onomatopoeia

d)

Figura taip

14.

Berikut merupakan contoh teknik komposisi kreatif fotografi yang boleh anda gunakan.

a)

Kolaj

b)

Warna

c)

Menegak

d)

Sudut pandangan

15.

Gambar foto tersebut menunjukkan teknik komposisi kreatif dengan menggunakan teknik...

a)

Peraturan ketiga (rule of thirds)

b)

Sudut pandangan (point of view)

c)

Imbangan (balance)

d)

Kedalaman (depth)

16.

Gambar foto tersebut menunjukkan teknik komposisi kreatif dengan menggunakan teknik...

a)

Peraturan ketiga (rule of thirds)

b)

Sudut pandangan (point of view)

c)

Imbangan (balance)

d)

Kedalaman (depth)

17.

Gambar foto tersebut menunjukkan teknik komposisi kreatif dengan menggunakan teknik...

a)

Peraturan ketiga

b)

Kedalaman

c)

Garisan membawa

d)

Pembingkaian

18.

Gambar foto tersebut menunjukkan teknik komposisi kreatif dengan menggunakan teknik...

a)

Peraturan ketiga

b)

Kedalaman

c)

Garisan membawa

d)

Pembingkaian

19.

Dihasilkan dengan menggunakan masking tape untuk memisahkan warna agar karya kelihatan kemas, tepat dan terpotong-potong. Kenyataan berikut merujuk kepada teknik seni catan...

a)

Pointiliisme

b)

Hard-edge

c)

Scumbling

d)

Impasto

20.

Media ini dilarutkan dalam turpentin atau minyak linsid dan boleh disapu menggunakan berus atau pisau palet.

a)

Cat minyak

b)

Cat gouache

c)

Cat poster

d)

Cat air

e)

Cat tempera

21.

Teknik ini menggunakan pisau palet dan warna terus dari tiub untuk mewujudkan kesan warna tebal dan gelap.

a)

Impasto

b)

Hard-edge

c)

Pointillisme

d)

Scumbling

e)

Glazing

22.

Aliran ini mengisahkan dunia fantasi dan romantis

a)

Idealisme

b)

Realisme

c)

Impresionisme

d)

Ekspresionisme

23.

Teknik ini menggunakan sapuan berus bersahaja untuk menimbulkan kesan warna yang licin dan berkilau.

a)

Glazing

b)

Scumbling

c)

Alla prima

d)

Pointillisme

e)

Impasto

24.

Yang manakah menunjukkan arca?

a)
b)
c)
d)
25.

Gambar di atas menunjukkan arca hasil karya Rosli Zakaria yang bergaya...

a)

semi abstrak

b)

abstrak

c)

arca awam

d)

arca mobail

26.

Apakah kaedah asas pembentukan arca yang ditunjukkan di atas?

a)

Manipulasi

b)

Acuan

c)

Binaan

d)

Luakan

27.

Ukiran menunjukkan salah satu proses kaedah asas pembentukan arca. Apakah kaedah tersebut?

a)

Manipulasi

b)

Binaan

c)

Luakan

d)

Acuan

28.

Arca yang ditunjukkan yang berdasarkan persembahan merupakan arca berbentuk...

a)

Stabail

b)

Mobail

c)

Instalasi

d)

Dinding

29.

Siapakah yang menghasilkan arca The Sign (2018) yang diperbuat daripada besi keluli tahan karat dan batu granit?

a)

Rosli Zakaria

b)

Raja Shahriman Raha Aziddin

c)

Ramlan Abdullah

d)

Mad Anuar Ismail

30.

Arca yang dibentuk daripada cantuman pelbagai bahan terbuang yang berbeza ialah arca...

a)

Timbulan

b)

Dinding

c)

Instalasi

d)

Asemblaj

31.

Apakah bentuk arca yang boleh bergerak dan berombak ini?

a)

Mobail

b)

Stabail

c)

Instalasi

d)

Asemblaj

32.

Konsep ini mempunyai susunan yang teratur dan tema umum taman ialah kawasan teduhan, air dan taman syurga. Konsep yang dijelaskan ialah...

a)

Konsep Islam

b)

Konsep Taman Melayu

c)

Konsep Bali

d)

Konsep Jepun

33.

Saya baru sahaja melawat suatu taman yang dipenuhi bunga yang berwarna-warni. Semasa di sana, saya duduk di atas bangku simen dan meneliti arca di tengah-tengah taman ini. Apakah konsep reka bentuk landskap taman tersebut?

a)

Konsep Inggeris

b)

Konsep Jepun

c)

Konsep Bali

d)

Konsep Islam

34.

Taman yang mempunyai tanglung batu, kolam, batu pemijak kaki dan seni Zen biasanya berkonsepkan...

a)

Konsep Jepun

b)

Konsep Islam

c)

Konsep Bali

d)

Konsep Inggeris

35.

Salah satu landskap semula jadi ialah...

a)

Bukit

b)

Air pancut

c)

Pintu gerbang

d)

Batu pemijak

36.

Jannah ialah seorang pereka landskap. Jannah ingin mengetahui karakter, aktiviti yang disukai dan bahan yang disukai atau tidak disukai oleh seorang pelanggan. Jannah perlu...

a)

Menghasilkan pelan konsep

b)

Menghasilkan model 3D

c)

Membuat pembangunan program

d)

Membuat analisis pelanggan

37.

Manakah di antara berikut merupakan prinsip hiasan dalaman?

a)

Cahaya

b)

Garisan

c)

Jalinan

d)

Irama dan pergerakan

38.

Apakah prinsip reka bentuk hiasan dalaman yang ditunjukkan dalam gambar tersebut?

a)

Penegasan

b)

Irama

c)

Kontra

d)

Kesatuan

39.

Apakah elemen reka bentuk hiasan dalaman dalam gambar tersebut?

a)

Cahaya

b)

Bentuk

c)

Jalinan

d)

Corak

40.

Berapakah jumlah titik lenyap dalam lukisan perspektif tersebut?

a)

Satu titik lenyap

b)

Dua titik lenyap

c)

Tiga titik lenyap

d)

Empat titik lenyap

41.

Bagaimanakah elemen cahaya dapat mempengaruhi sesebuah ruang?

a)

Memberi keselesaan

b)

Meningkatkan suhu ruang

c)

Menimbulkan rasa kesan pertalian dengan prinsip lain

d)

Memberi kesan terhadap unsur-unsur warna, tekstur dan corak

42.

Prinsip yang ketara dapat dilihat dalam ruang ini ialah

a)

Aplikasi imbangan tidak simetri

b)

Reka bentuk yang stabil

c)

Penggunaan warna kontra

43.

Apakah prinsip rekaan yang digunakan dalam ruang ini?

a)

Imbangan

b)

Corak

c)

Garisan

d)

Perspektif

44.

Perabot bentuk retro berlandaskan reka bentuk perabot tahun ...

a)

1920-an sehingga 1990-an

b)

2000-an sehingga 2010-an

c)

1920-an sehingga 1970-an

d)

1910-an sehingga 1970-an

45.

Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya.


Merujuk kenyataan di atas, ia menjelaskan konsep...

a)

Retro

b)

Klasik

c)

Moden

d)

Ultramoden

46.

Apakah kepentingan kemahiran teknikal bagi peranan pereka bentuk industri?

a)

Melakar idea

b)

Membina idea baru

c)

Memastikan produk berfungsi

d)

Mampu menyelesaikan masalah

47.

Kontemporari bermaksud ?

a)

Konsep ini memiliki pelbagai gaya dan reka bentuk perabot berasaskan abad ke-90

b)

Konsep ini kelihatan lebih abstrak

c)

Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu.

d)

Konsep ini merujuk gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya

48.

Konsep klasik bermaksud ?

a)

Konsep ini direka bentuk berlandaskan reka bentuk perabot tahun 1920-an sehingga 1970-an. Walaupun konsep ini kelihatan seperti perabot berkonsepkan klasik, namun reka bentuknya dipengaruhi oleh gaya reka bentuk moden.

b)

Konsep ini lebih kelihatan abstrak dengan penggunaan bahan dan warna yang pelbagai diterapkan dalam reka bentuknya. Konsep ini juga banyak dipengaruhi oleh gaya futuristik dan moden. Pereka bentuk perabot banyak menekankan idea-idea yang luar biasa dan fungsi yang canggih

c)

Konsep ini merujuk kepada gaya reka bentuk yang terhad usia penghasilannya. Reka bentuknya agak ringkas dan menggunakan warna yang gelap sebagai identiti. Konsep ini dipengaruhi oleh gaya negara penghasilan perabot tersebut.

d)

Konsep ini berasaskan gaya reka bentuk zaman terdahulu dan reka bentuknya tidak terbatas pada sesebuah negara. Ia dapat dikenali melalui gaya, reka bentuk dan juga bahan binaan. Konsep ini lebih dipengaruhi oleh reka bentuk perabot yang berusia lebih 100 tahun.

49.

Alat ini dibuat daripada rotan saga atau kertas tebal dan digunakan sebagai struktur utama gubahan motif. Apakah alat tersebut?

a)

Cuban

b)

Irasan

c)

Pemidang

d)

Mempulur

50.

Apakah jenis tekat yang ditunjukkan dalam gambar?

a)

Tekat perada emas

b)

Tekat gubah manik

c)

Tekat timbul gubah

d)

Tekat Timbul Benang Emas

51.

Apakah perbezaan antara tekat timbul dengan tekat gubah?

a)

Penggunaan benang

b)

Penggunaan kain dasar

c)

Penggunaan mempulur

d)

Jenis motif yang digunakan

52.

Apakah fungsi alat dalam gambar di bawah dalam seni tekat?

a)

Menjadi tapak untuk menekat

b)

Sebagai pengukuh dan kekemasan tekat

c)

Untuk melilit dan menggulung benang emas

d)

Menjadi bentuk motif atau struktur utama

53.

Terdapat 3 jenis seni anyaman, gambar berikut menunjukkan anyaman jenis apa?

a)

Tikar

b)

Gadas

c)

Sulam

d)

Kelarai

54.

Anyaman yang mempunyai motif berbentuk dam dikenali sebagai ....

a)

Sulam

b)

Tikar

c)

Gadas

d)

Kelarai

55.

Susunkan proses menganyam tikar mengikut urutan yang betul

I - Pepeh

II - Kerat

III - Lagang

IV - Anyam

V - Sisip

a)

II, I, III, IV, V

b)

III, IV, I, V, II

c)

I, II, V, III, IV

d)

V, II, I, III, IV

56.

Apakah teknik olahan lukisan seperti dalam ilustrasi di atas?

a)

Garisan melintang

b)

Garisan menegak

c)

Garisan cross hatching

d)

Garisan berduri

57.

Namakan gaya penghasilan karya catan yang separa abstrak, mengutamakan bentuk-bentuk geometri dan satah?

a)

Surealisme

b)

Naturalisme

c)

Cubisme

d)

Impressionisme

58.

Apakah objek yang ditunjukkan dalam rajah tersebut?

a)

kalung

b)

sanggul

c)

dokoh

d)

kerongsang

59.

Kamera ini dikenali sebagai......

a)

Handycam

b)

Single Lens Reflex (SLR)

c)

Webcam

d)

Kamera aksi

60.

Namakan peranti pengimejan ini ....

a)

Telefon bimbit

b)

Tablet

c)

Drawing pad

d)

Cutting board