wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Kesihatan Tahun 6 - Unit 7

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Haris disuruh oleh rakan-rakannya membuat tatu. Haris tertekan kerana dia tahu hukumnya haram disisi agama Islam dan pasti ibu bapanya memarahinya.

Nyatakan jenis tekanan Haris?

a)

Positif

b)

Negatif

c)

Positif dan negatif

2.

Fatin mahu sikap Alya yang suka meniru kerja sekolahnya diubah. Tetapi Fatin belum sempat menerangkan niatnya, Alya telah menuduhnya tidak setia kawan. Fatin dan Alya kini tidak bertegur sapa. Fatin tertekan kerana salah faham ini.

Apakah punca tekanan yang dihadapi oleh Fatin?

a)

Dilema rakan sebaya.

b)

Persaingan yang sihat.

c)

Komunikasi yang tidak berkesan.

3.

Damia sukakan perhatian. Dia tidak suka dianggap ketinggalan dalam semua perkara terutama yang berkaitan gajet baharu. Dia akan memaksa ibu bapanya membelikan gajet yang lebih terkini jika ada kawannya yang sudah memperolehnya.

Sikap Damia ini dikira sebagai..................

a)

Dilema rakan sebaya.

b)

Boros dan suka menonjol.

c)

Persaingan yang sihat.

4.

Syamieyr telah menyertai persatuan silat di sekolahnya. Walaupun Syamieyr rajin berlatih, namun jurulatih tetap menyatakan prestasinya kurang baik dan selalu dibandingkan dengan rakan pasukannya yang lain. Syamieyr berazam untuk berlatih dengan lebih gigih lagi.

Jenis tekanan yang dihadapi oleh Syamieyr ialah...........

a)

positif.

b)

negatif.

c)

positif dan negatif.

5.

Muhaimin ialah murid baharu di sebuah sekolah. Dia berasa dipinggirkan oleh rakan-rakan sebayanya. Dia juga sukar menumpukan pelajaran dan suka menyendiri.

Muhaimin menghadapi tekanan jenis negatif disebabkan oleh.....

a)

suka berkawan.

b)

tiada kemahiran komunikasi.

c)

mangsa perbandingan.

6.

Amalia berasa cemburu dengan rakan-rakan sekelasnya yang lebih menonjol dalam subjek Matematik. Dengan itu, dia rajin membuat latihan dan menghadiri kelas tuisyen. Walaupun keputusannya semakin meningkat, tetapi Amalia belum berpuas hati.

Sebenarnya, Amalia menghadapi tekanan jenis ...........................

a)

positif.

b)

negatif.

c)

positif dan negatif.

7.

Irfan telah mengajak Haikal ponteng kelas tambahan.

Sekiranya Haikal seorang yang bijak membuat keputusan, dia akan berkata ................

a)

'Boleh juga. Sekali sekala kena release tension. Lagi pun kita perlu study smart bukan study hard'

b)

Irfan, awak pergi dahulu. Saya akan menyusul kemudian.

c)

Maaf. Kelas tambahan ni penting kepada saya. Peperikasaan akhir semakin dekat.

8.

Nurien sentiasa dibuli dan diejek oleh beberapa rakan sekelasnya. Nurien seorang yang bijak menangani tekanannya. Dia telah ................................................................

a)

memilih rakan sebaya yang boleh dijadikan contoh yang baik dan menghargai sahabat.

b)

membalas setiap ejekkan dan perbuatan yang tidak digemarinya.

c)

mengadu kepada ibu bapanya supaya mereka 'warning' mereka.

9.

Hadif sentiasa inginkan keperluan diri yang berjenama. Dengan itu, dia bertindak secara positif bila .................................................................

a)

sentiasa meminta ibu dan ayahnya membeli barang-barang yang berjenama.

b)

menggunakan perbelanjaan secara berhemat dan berbelanja secara bijak.

c)

sentiasa meminta upah untuk sebarang pertolongan atau pekerjaan yang dilakukannya.

10.

Aniq suka memendam perasaan. Baginya, meluahkan ketidak puasan hatinya akan melukai keluarga dan sahabatnya. Untuk menangani tekanan yang dihadapinya dengan cara yang bijak, Aniq telah ............................................

a)

merapatkan hubungan kekeluargaan.

b)

memilih individu yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan.

c)

menulis diari.

d)

melakukan kesemua jawapan di atas.