Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prosa Tradisional-Kepimpinan Melalui Teladan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Nyatakan tema yang sesuai untuk Prosa Tradisional ini.

a)

kesungguhan seorang pemuda yang

menceburi bidang pertanian dan keusahawanan.

b)

ketabahan seorang insan tatkala berhadapan dengan dugaan dan liku-liku hidup.

c)

kepentingan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan tanah air melalui sikap toleransi dan perpaduan antara kaum.

d)

Kepahlawanan seorang Laksamana yang mempertahankan

negara daripada ancaman musuh dan anasir luar.

2.

Nyatakan persoalan yang terdapat dalam prosa tradisonal ini.

a)

Persoalan kebijaksanaan menggunakan strategi dan akal

fikiran untuk menewaskan musuh.

b)

Pahit getir masyarakat yang mengusahakan bidang

pertanian.

c)

Persoalan taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi

terhadap pemerintah.

d)

Cabaran yang perlu ditempuhi dalam dunia perniagaan.

3.

Nyatakan watak yang terdapat dalam prosa tradisional ini.

a)

Kaduk

b)

Kertala Sari

c)

Laksamana

d)

Bonda

4.

Nyatakan perwatakan Laksamana.

a)

Seorang yang patuh akan perintah raja.

b)

Seorang hulubalang kerajaan Majapahit.

c)

Seorang daripada hulubalang Melaka.

d)

Seorang yang berani dan gagah.

5.

Nyatakan perwatakan Kertala Sari.

a)

Seorang yang memiliki ilmu kesaktian.

b)

Beliau berjaya menewaskan Petala Bumi.

c)

Bapanya, Petala Bumi telah dibunuh.

d)

Merupakan pembesar kerajaan Majapahit.

6.

Nyatakan nilai yang terdapat dalam Prosa Tradisional ini.

a)

Kegigihan. Contohnya, Laksamana gigih menjejaki

penjurit atau pencuri yang telah mencuri harta benda

serta membuat kekacauan di Melaka.

b)

Ketaatan. Contohnya, Kaduk mentaati perintah raja

dengan menukarkan ayamnya, Si Kunani dengan ayam

raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

c)

Tanggungjawab. Contohnya, bonda menjaga khazanah nenek moyangnya yang berupa kitab-kitab lama bertulisan jawi yang tidak ternilai harganya dengan begitu cermat.

d)

Kasih sayang. Contohnya, Kertala Sari amat menyayangi

bapanya, Petala Bumi yang telah mati dibunuh oleh

Laksamana.

7.

Nyatakan latar tempat yang terdapat dalam Prosa Tradisional ini.

a)

Majapahit.

b)

Grand Bazaar.

c)

Bangsal rehat.

d)

Sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota yang

merupakan tanah rizab Melayu.

8.

Nyatakan latar masa yang terdapat dalam petikan.

a)

Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

b)

Waktu pagi.

c)

Waktu siang.

d)

Waktu malam.

9.

Nyatakan latar masyarakat dalam Prosa Tradisional ini.

a)

Masyarakat Melayu yang hidup pada zaman pemerintahan

feudal yang taat dan patuh akan perintah raja.

b)

Masyarakat yang dihimpit masalah kewangan.

c)

Masyarakat penjajah yang mengamalkan gaya

pemerintahan ‘pecah dan perintah’.

d)

Masyarakat kota yang hilang maruah dan jati diri.

10.

Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam Prosa Tradisional ini.

a)

Kita perlulah memahami dan menghayati sejarah tanah air kerana sejarah merupakan fakta kebenaran, bukannya suatu pembohongan.

b)

Kita mestilah menyokong dan menyahut dasar-dasar

kerajaan demi kemajuan bangsa dan negara.

c)

Kita perlulah bersikap rasional dengan menggunakan

saluran yang betul bagi menuntut hak-hak kita kembali.

d)

Kita mestilah bijak menggunakan tipu muslihat untuk

menjerat musuh.