wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Tatabahasa Tahun 5 - Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Adik _________________kerana ayah tidak membenarkannya turut serta dalam lawatan kelasnya ke Pulau Pinang.

a)

besar hati

b)

ambil hati

c)

kecil hati

d)

makan hati

2.

Ketua Kampung Paya Mas sangat oleh _____________ nya kerana sangat prihatin dan bertanggungjawab mereka.

a)

anak tut

b)

anak-anak buah

c)

anak emas

d)

anak bangsa

3.

Ayah sangat __________________ terhadap sikap kami adik-beradik ketika berada di sekolah.

a)

lepas tangan

b)

adu domba

c)

ambil berat

d)

cuci tangan

4.

Para sukarelawan ber ____________________ membantu mangsa-mangsa yang terselamat dalam kejadian kebakaran di kampung tersebut.

a)

ganding bahu

b)

senang-lenang

c)

ringan tulang

d)

golok-gadai

5.

Abang berhempas-pulas menggunakan tulang________________nya untuk menyiapkan pagar baru di sekeliling kebun duriannya.

a)

belakang

b)

rangka

c)

temulang

d)

empat kerat

6.

_________________ bersama-sama dengan Almarhum Dato Ustaz Ismail Kamus merupakan pengalaman yang tidak dapat saya lupakan seumur hidup.

a)

Temu duga

b)

Soal siasat

c)

Temu ramah

d)

Soal jawab

7.

Sebagai __________________ yang bertanggungjawab terhadap watannya, aspek kebersihan dan keceriaan perlulahsentiasa kita utamakan.

a)

warganegara

b)

warga maya

c)

warga rimba

d)

anak tut

8.

Oleh sebab pergerakkannya yang laju ibarat _______________, Malik Dinar dipilih oleh jurulatih sebagai pemain sayap kiri pasukan bola sepak sekolah.

a)

orang kanan

b)

lembu kenyang

c)

lipas kudung

d)

ayam tambatan

9.

Perangai Zizou yang _____________ menyebabkan dia tidak disukai oleh rakan-rakan sekuliahnya.

a)

telinga lebar

b)

baik hati

c)

puteri lilin

d)

hidung tinggi

10.

Sebagai __________________ persatuan, saya bertanggungjawab mencatat minit mesyuarat pada setiap kali mesyuarat berlangsung.

a)

bendahari

b)

bendahara

c)

setiausaha

d)

Perdana Mentari

11.

Saya berkulit sawo matang sedangkan adik saya berkuit _____

a)

merah padam

b)

kuning langsat

c)

biru laut

d)

merah menyala

12.

Pasukan ______________sekolah berjaya mengharumkan nama sekolah setelah kuartet 4 X100 meter berjaya meraih pingat emas dan memecahkancrekod kejohanan dalam acara olaharag peringkat negeri minggu lepas.

a)

ping pong

b)

bola sepak

c)

bola baling

d)

olahraga

13.

Stalaktit dan stalagmit merupakan batu-batan yang sering ditemukan di kawasan bukit atau pergunungan ________________

a)

batu belah

b)

batu kapur

c)

batu bata

d)

batu loncatan

14.

________________ majlis itu dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Harun Din.

a)

Urus setia

b)

Atur cara

c)

Susun atur

d)

Senarai semak

15.

_________________mengetuai sistem pentadbiran di peringkat persekutuan di negara kita.

a)

Menteri Besar

b)

Ketua Menteri

c)

Perdana Menteri

d)

Duta Besar

16.

Adik menangis teresak-esak kerana _____________ yang baru dibelinya tadi di pasar raya besar telah disorokkan oleh abang.

a)

alat ganti

b)

alat tulis

c)

alat pemadam api

d)

barang kemas

17.

Semua murid perlu mendapatkan _____________________ibu bapa atau penjaga masing-masing sebagai bukti pengesahan.

a)

tanda tanya

b)

tanda soal

c)

tandatangan

d)

buah mulut

18.

Abang berhasrat untuk membeli _______________ yang baru sebaik sahaja tabungannya mencukupi.

a)

komputer baring

b)

komputer dakap

c)

komputer sila

d)

komputer riba

19.

Semenjak era digital digunakan secara meluas oleh masyarakat di negara ini, peranan _____________ semakin berkurangan.

a)

surat khabar

b)

surat berantai

c)

surat layang

d)

surat menyurat

20.

Sebuah _______________ didirikan di atas pulau batu karang itu untuk memberi panduan kepada kapal-kapal yang berlayar di perairan tersebut khususnya pada waktu malam.

a)

rumah tumpangan

b)

rumah agam

c)

rumah api

d)

rumah rehat