Font size
WorksheetsLatihan Akhir Tahun Sains Tahun 5
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Kemahiran Proses Sains manakah merupakan penjelasan bagi pemerhatian?
Memerhati
Meramal
Membuat inferens
Mengukur dan menggunakan nombor
Rajah berikut menunjukkan bagaimana produk-produk di pasar raya dikelaskan dan dipamerkan mengikut kategori.
Mengapakah pengelasan ini penting?
Tiada sebab tertentu
Supaya pasar raya kelihatan kemas
Memastikan produk tidak rosak dengan mudah
Supaya pengguna dapat mencari dan membeli produk yang diperlukan dengan lebih mudah dan cepat
Antara pemerhatian yang berikut, yang manakah menggunakan perhubungan ruang dan masa?
Buaya mempunyai empat kaki
Bola keranjang lebih besar daripada bola ping pong
Ketulan ais mengambil masa 15 minit untuk mencair sepenuhnya
Bilangan murid perempuan dan bilangan murid lelaki kelas tahun 5 adalah sama.
Rajah berikut menunjukkan isipadu air dalam sebuah silinder penyukat.
Sekiranya 15 ml air ditambah ke dalam silinder penyukat tersebut, berapakah jumlah isipadu air di dalam silinder penyukat?
11 ml
15 ml
26 ml
31 ml
Jadual berikut menunjukkan ketinggian pokok bayam dalam tempoh 4 minggu.
Apakah corak perubahan ketinggian pokok ini dalam masa 4 minggu?
Bertambah
Berkurang
Bertambah dan mendatar
Bertambah dan berkurang
Mengapakah kita perlu mematuhi peraturan Bilik Sains?
Supaya tidak dimarahi cikgu
Untuk mendapat kepujian cikgu
Supaya memperolehi keputusan eksperimen yang tepat
Mencegah kemalangan dan kecederaan yang mungkin berlaku semasa eksperimen dijalankan
Rajah berikut menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai cara berlindung daripada musuh yang sama.
Antara yang berikut, yang manakah dapat dikelaskan ke dalam kumpulan yang sama?
Beluncas
Cicak
Ulat gonggok
Cacing tanah
Rajah berikut menunjukkan sejenis ikan paus.
Mengapakah haiwan ini mengembara ribuan kilometer ke tempat yang lebih panas pada musim sejuk ?
Untuk mencari ibu mereka
Untuk mencari habitat baru
Untuk mengurangkan berat badan
Untuk membiak dan mencari makan
Apakah yang dimaksudkan dengan kemandirian spesies?
Keupayaan haiwan mengekalkan spesiesnya daripada pupus
Keupayaan haiwan mencari dan memburu makanan untuk anaknya
Kebolehan haiwan mengelirukan musuh bagi melindungi diri dan anak-anaknya
Kebolehan haiwan meningkatkan tempoh usia spesiesnya agar tidak cepat pupus
Antara pernyataan berikut, yang manakah menunjukkan cara kemandirian spesies yang betul?
Rama-rama bertelur di dalam tanah
Katak menjaga telurnya sepanjang masa
Penyu bertelur dengan banyak pada satu masa
Gajah menyembunyikan anaknya di dalam hutan tebal
Rajah berikut menunjukkan satu siratan makanan.
Apakah yang membentuk siratan makanan ini?
2 pengeluar
3 rantai makanan
4 organisma
5 pengguna
Rajah berikut menunjukkan satu siratan makanan.
Antara yang berikut, pernyataan yang manakah benar tentang siratan makanan diatas?
R dan U adalah karnivor
Q dan T makan tumbuhan dan haiwan
P tidak boleh membuat makanan sendiri
Apabila bilangan S berkurang, bilangan Q juga akan turut berkurang.
Antara yang berikut, ciri yang manakah boleh membantu tumbuhan untuk melindungi dirinya daripada dimakan?
Akar panjang
Batang berduri
Daun berpecah-pecah
Biji benih yang bercangkuk
Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri tumbuhan K.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan tumbuhan K.
Kaktus
Pokok pisang
Pokok jagung
Paku pakis
Seekor monyet mati selepas memakan buah X. Apakah buah X?
Antara yang berikut, yang manakah mempunyai tenaga kimia?
Ombak
Makanan
Air
Angin
Apakah benda yang tidak diperlukan untuk menghasilkan bayang-bayang?
Skrin
Sumber cahaya
Objek lut sinar
Objek legap
Rajah berikut menunjukkan Ali sedang bermain buaian.
Pada kedudukan yang manakah, Ali mempunyai tenaga keupayaan yang paling tinggi?
P
Q
R
S
Alat X mengubah tenaga elektrik kepada tenaga haba manakala alat Y mengubahkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik. Apakah alat X dan Y?
X: Seterika Y: Bateri
X: Kipas Y: Bateri
X: Pengering rambut Y: Dinamo
X: Pembakar roti Y: Panel suria
Apakah fungsi suis?
Mengeluarkan cahaya
Mengalirkan arus elektrik
Membekalkan tenaga elektrik
Menyambung dan memutuskan litar elektrik
Antara berikut, yang manakah bukan kegunaan elektrik?
Menyalakan mentol
Menyalakan lampu bilik
Meniup angin di pantai
Memanaskan cerek elektrik
Rajah berikut menunjukkan sebiji bola dan bayang-bayangnya.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kedudukan sumber cahaya?
W
X
Y
Z
Rajah 9 menunjukkan satu litar elektrik.
Apakah yang akan berlaku sekiranya mentol X terbakar?
Mentol Y dan mentol Z menyala
Mentol Y dan mentol Z tidak menyala
Mentol Y menyala manakala mentol Z tidak menyala
Mentol Z menyala manakala mentol Y tidak menyala
Mengapakah merkuri digunakan di dalam termometer untuk menyukat suhu?
Merkuri mudah dilihat
Merkuri tidak berbahaya
Merkuri mudah diperolehi
Merkuri sangat peka terhadap haba dan Merkuri mudah dilihat
Rajah berikut menunjukkan sudu besi diletakkan di dalam air panas.
Mengapakah sudu besi tersebut menjadi panas?
Sudu besi kehilangan haba
Air panas menerima haba
Haba mengalir dari air panas ke sudu besi
Haba mengalir dari sudu besi ke dalam air panas
Rajah berikut menunjukkan satu keadaan.
Antara berikut, yang manakah merupakan cara terbaik untuk memisahkan kedua-dua gelas tersebut?
Masukkan ais ke dalam gelas X
Rendamkan gelas Y di dalam ais
Masukkan air panas ke dalam gelas X
Rendamkan kedua-dua gelas di dalam air panas
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah mencemarkan alam sekitar?
Ombak
Cahaya matahari
Petroleum
Angin
Apakah sumber tenaga yang tidak boleh dibaharui?
Sumber tenaga yang boleh dikitar semula
Sumber tenaga yang boleh berubah bentuk
Sumber tenaga yang akan habis digunakan
Sumber tenaga yang sentiasa ada dan tidak habis
Antara amalan-amalan berikut, yang manakah menjimatkan tenaga?
P
Q
R
Ammar meletakkan sebiji epal di hadapan cermin. Dia mendapati imej epal itu terbentuk di dalam cermin.
Mengapakah imej epal itu boleh terbentuk di dalam cermin?
Cahaya dibiaskan
Cahaya dipantulkan
Cahaya bergerak lurus
Cahaya tidak boleh menembusi objek legap
Rajah berikut menunjukkan pantulan cahaya pada bahan P.
Apakah yang boleh mewakili bahan P?
Cermin muka
Papan lapis
Meja kayu
Kain kapas
Rajah berikut menunjukkan dua cermin yang diletakkan di simpang tiga.
Apakah fungsi cermin-cermin itu?
Membolehkan polis trafik melihat pemandu
Membantu pemandu melihat kereta di belakang
Mengingatkan pemandu tentang lampu isyarat yang dipasang
Membolehkan pemandu melihat kereta yang menghampiri dari hadapan
Seorang murid mendapati mentol dalam litar elektrik yang dipasangnya kurang cerah. Apakah yang harus dilakukan oleh murid itu supaya mentol itu lebih cerah?
Tambahkan bilangan suis
Tambahkan bilangan sel kering
Ganti dengan mentol yang baharu
Ganti dengan mentol yang lebih besar
Rajah berikut menunjukkan beberapa peralatan elektrik yang digunakan di rumah Aiman.
Apakah sumber bahaya yang ditunjukkan?
Penebat wayar kipas sudah koyak
Wayar periuk nasi elektrik longgar
Aiman tidak patut menonton televisyen sepanjang hari
Terlalu banyak plug disambungkan pada satu sumber kuasa
Ayah Mariam menggantikan semua suis lampu bilik air dengan suis jenis bertali. Mengapakah ayahnya melakukan sedemikian?
Suis jenis bertali adalah lebih murah
Tali menggantikan wayar elektrik dalam suis jenis bertali
Suis jenis bertali boleh dipasang pada ketinggian berbeza
Suis jenis bertali adalah lebih selamat untuk digunakan di tempat yang basah
Apakah yang berlaku apabila sebuah bikar yang berisi air suam dibiarkan menyejuk?
Aras air menaik
Air itu menerima haba
Air itu kehilangan haba
Air itu menjadi lebih panas
Antara yang berikut, situasi yang manakah tidak akan menyebabkan pembiasan cahaya?
Cahaya bergerak di dalam air
Cahaya bergerak daripada air ke dalam kaca
Cahaya bergerak daripada air ke dalam minyak
Cahaya bergerak daripada kaca ke dalam udara
Mengapakah cahaya dibiaskan apabila bergerak daripada udara ke dalam air?
Jisim cahaya berubah
Kelajuan cahaya berubah
Cahaya dipantulkan oleh air
Cahaya tidak dapat bergerak melalui air
Apakah yang mesti berlaku kepada biji benih supaya dapat tumbuh dengan baik?
Biji benih mesti mengalami hibernasi
Biji benih mesti direndamkan di dalam air
Biji benih mesti disebarkan ke tempat yang menjauhi induknya
Biji benih mesti mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan perubahan tenaga telah berlaku?
Ali sedang menjerit
Matahari yang bersinar
Kapal terbang sedang berada di atas langit
Semua yang dinyatakan di atas
