Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU TAHUN 6 - Simpulan Bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Cikgu Aidawati berasa seronok mengajar Kelas 6 UITM kerana murid-muridnya ___________________

a)

rambang mata

b)

tajam akal

c)

otak udang

d)

tanda mata

2.

Hakimi suka mengambil pemadam tanpa kebenaran. Dia digelar __________ oleh rakan-rakannya.

a)

buruk siku

b)

panjang tangan

c)

lintah darat

d)

durian runtuh

3.

Pekerja-pekerja di hotel itu _____________ untuk menyiapkan pentas khas untuk majlis tersebut.

a)

bermandi peluh

b)

bertegang urat

c)

berputih tulang

d)

berpatah arang

4.

Setelah begitu lama berbual-bual di rumah Adam Johan, kami pun _____________ untuk pulang ke rumah.

a)

minta diri

b)

minta nyawa

c)

minta hati

d)

minta kasih

5.

Faris seperti ________________ kerana suka mengasingkan diri.

a)

alim kucing

b)

Abu Nawas

c)

kera sumbang

d)

bodoh sepat

6.

Peniaga pasar mula marah dengan peraih-peraih ikan itu yang bersikap seperti _________________ kerana mengenakan harga yang sangat tinggi .

a)

lintah darat

b)

hidung tinggi

c)

telinga kuali

d)

muka tembok

7.

Masyarakat kini sering memandang rendah akan penagih dadah. Mereka dianggap sebagai _______________ .

a)

kutu embun

b)

buang diri

c)

bawa nasib

d)

kucing kurap

8.

Mereka berasa _____________ apabila mendengar cerita Aqil yang terjatuh ke dalam parit sewaktu pulang dari sekolah.

a)

geli hati

b)

curi hati

c)

makan hati

d)

iri hati

9.

Iffah Qaseh memasukkan _________ bunga ros ke dalam pasu bunga.

a)

serumpun

b)

sejambak

c)

seuntai

d)

segugus

10.

Ayah _____________ apabila mendapat tahu Aman memecahkan cermin sisi motosikal baharunya.

a)

naik hairan

b)

naik kasihan

c)

naik angin

d)

naik hantu

11.

Marissa membuat agar-agar sebagai _________________ untuk kami selepas makan.

a)

mulut tempayan

b)

banyak mulut

c)

pencuci mulut

d)

mulut murai

12.

Ammar mendapat _____________________ selepas menyertai pertandingan program realiti itu.

a)

durian runtuh

b)

batu api

c)

mata duitan

d)

gaji buta

13.

Nasihat yang diberikan oleh ayah kepada Irfan bagai _____________ kerana Irfan tidak ingin menuruti kata-kata ayah.

a)

kacang lupakan kulit

b)

mencurahkan air ke daun keladi

c)

kaca jatuh ke batu

d)

tikus membaiki labu

14.

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan faham.

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

15.

Anak yang paling disayangi dalam sesebuah keluarga juga dipanggil sebagai __________.

a)

anak angkat

b)

anak tunggal

c)

anak menantu

d)

anak emas

16.

Rayyan dan keluarganya pergi ke Pantai Teluk Cempedak untuk _______________________.

a)

angin masuk

b)

tolak angin

c)

makan angin

d)

buang angin

17.

Sikap Makcik Bedah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.

a)

angkat muka

b)

muka tembok

c)

bermuka-muka

d)

tebal muka

18.

Nyatakan Simpulan Bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

buah hati

b)

buah mata

c)

buah mulut

d)

buah tangan

19.

Nyatakan Simpulan Bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

anak bongsu

b)

cahaya mata

c)

anak sulung

d)

anak mata

20.

Nyatakan Simpulan Bahasa yang sesuai berdasarkan gambar.

a)

ringan tulang

b)

tulang itik

c)

ambil ringan

d)

ringan kaki