wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING.3 BAB 2-NNS

Total questions: 10

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan penyataan mengenai Pulau Pinang sebelum kedatangan Barat, KECUALI _______. (m/s 30)

a)

Batu Uban merupakan pelabuhan yang paling awal Pulau Pinang

b)

Pulau Pinang sering dikunjungi oleh pedagang dari Acheh, Arab dan Lingga.

c)

Sultan Kedah menganugerahkan Batu Uban kepada orang Sumatera kerana mereka membantu Kedah menentang Siam.

d)

Pembuka Pulau Pinang ialah Francis Light.

2.

Kesultanan Johor Riau meliputi beberapa buah wilayah, KECUALI _________ . (M/S 31)

a)

Pahang

b)

Johor

c)

Kalimantan

d)

Kepulauan Riau Lingga

3.

Sebelum British meluaskan kuasa di kepulauan Melayu, BELANDA menjadikan pelabuhan ___________ sebagai pusat perdagangan utama di alam Melayu. (m/s 31)

a)

Betawi

b)

Pulau Pinang

c)

Singapura

d)

Melaka

4.

Pilih 3 SEBAB UTAMA British memilih untuk meluaskan kuasanya di Pulau Pinang. (m/s 32)

a)

Pangkalan Tentera

b)

Pusat Pengumpulan Barang

c)

Kekayaan Hasil Bumi

d)

Pelabuhan Persinggahan

5.

Semasa Perang Napoleon (1793-1814), Belanda telah menandatangani Surat Kew bersama England, bagi menyerahkan kawasan jajahannya di Timur secara sementara kepada British sehingga perang tamat. Di manakah wilayah-wilayah yang diserahkan itu? (m/s 36)

a)

Melaka

b)

Betawi

c)

Bangkahulu

d)

Pulau Pinang

6.

3 SEBAB utama British sangat mengimpikan Singapura ialah __________________. (m/s 37)

a)

Terlindung daripada tiupan angin monsun.

b)

British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu.

c)

Kedudukan Singapura paling Selatan Semenanjung Tanah Melayu, dapat mengawal perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda.

d)

Singapura sebagai pusat pengumpulan hasıl-hasil ekonomi Alam Melayu

7.

Berikut merupakan faktor-faktor Pakatan Inggeris-Belanda sebelum Perjanjian London 1824, KECUALI (m/s 40)

a)

Dasar persahabatan Inggeris dan Belanda di Eropah

b)

Penyelesaian untuk perdamaian

c)

Menamatkan pertikaian mengenai Singapura

d)

Belanda bimbang kemajuan Singapura menjejaskan perdagangan di Betawi

8.

Perjanjian London 1824 telah memberikan perubahan yang sangat besar pada Alam Melayu. Antara KESAN perjanjian ini ialah ____________. (ms42-45)

a)

Pembahagian Alam Melayu kepada 2 Blok Pengaruh Barat

b)

Belanda menguasai Pulau Pinang

c)

Perpecahan Empayar Kesultanan Johor Riau

d)

Selat Melaka di bawah kekuasaan British

9.

Apakah kepentingan Negeri-negeri Selat kepada British? (m/s 47)

a)

Dapat menguasai keseluruhan laluan Selat Melaka.

b)

Taraf 'pelabuhan bebas' dapat menarik para pedagang dari dalam dan luar Alam Melayu.

c)

Dapat mengumpul hasil bumi terutama bijih timah dan bersaing dengan pelabuhan Betawi milik Belanda.

d)

Menjadi pintu masuk kepada buruh luar untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi British.

10.

Indian Office (Pejabat India) dibentuk pada 1858 untuk mengawasi pentadbiran British India yang meliputi wilayah ___________________, KECUALI (m/s 48)

a)

Bangladesh

b)

Burma

c)

Pakistan

d)

Vietnam