wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS KBSM BAB 4 TINGKATAN 4

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah sifat suatu jirim?

a)

Memenuhi ruang

b)

Tidak mempunyai jisim

c)

Terdiri daripada zarah yang kecil

d)

Wujud dalam keadaan pepejal sahaja

2.

Apakah perbezaan antara zarah-zarah air dan zarah-zarah ais?

a)

Saiz zarah

b)

Jisim zarah

c)

Isi padu zarah

d)

Jarak antara zarah-zarah

3.

Gas boleh dimampat kerana...

a)

zarah-zarahnya adalah jauh

b)

zarah-zarahnya tersusun rapat dan teratur

c)

daya tarikan antara zarah-zarahnya kuat

d)

zarah-zarahnya bergetar dalam kedudukan yang tetap

4.

Pemejalwapan berlaku dalam...

a)

ais

b)

lilin

c)

asid sulfurik

d)

naftalena

5.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam bongkah ais?

a)
b)
c)
d)
6.

Zarah-zarah yang mempunyai tenaga kinetik yang sangat tinggi dan ruang antara zarah-zarah adalah luas. Pernyataan ini merujuk pada zarah-zarah dalam...

a)

oksigen dan karbon dioksida

b)

gula dan susu

c)

minyak dan air

d)

nitrogen dan berlian

7.

Atom adalah zarah yang neutral kerana..

a)

bilangan proton sama dengan bilangan elektron

b)

bilangan proton sama dengan bilangan neutron

c)

bilangan elektron sama dengan bilangan neutron

d)

atom mempunyai bilangan proton, elektron dan neutron yang sama

8.

Antara zarah-zarah berikut, yang manakah boleh bergerak dari satu atom kepada satu atom yang lain?

a)

Proton

b)

Elektron

c)

Proton dan elektron

d)

Neutron dan elektron

9.

Nukleus bagi suatu atom terdiri daripada...

a)

proton dan neutron

b)

proton dan elektron

c)

elektron dan neutron

d)

proton, elektron dan neutron

10.

Atom R mengandungi 9 proton, 10 neutron dan 9 elektron. Apakah nombor nukleon bagi atom R? [Klu: Nombor nukleon adalah hasil tambah proton dan neutron]

a)

9

b)

10

c)

19

d)

28

11.

Klorin-35 dan klorin-37 adalah isotop. Apakah persamaan antara kedua-dua atom ini?

a)

Sifat kimia

b)

Jisim

c)

Ketumpatan

d)

Bilangan neutron

12.

Apakah nama kumpulan yang mengandungi argon dalam jadual berkala?

a)

Logam alkali

b)

Logam alkali bumi

c)

Halogen

d)

Gas adi

13.

Suatu bahan yang terdiri daripada atom mempunyai takat didih yang tinggi kerana...

a)

daya Van der Waals antara atom-atom

b)

ikatan logam yang kuat antara atom-atom

c)

ikatan ion yang kuat antara atom-atom

d)

atom boleh bergerak bebas dalam bahan tersebut

14.

Antara bahan berikut, yang manakah terdiri daripada ion?

a)

Natrium

b)

Sulfur

c)

Ammonia

d)

Kuprum sulfat

15.

Antara unsur yang berikut, yang manakah adalah logam?

a)

Kuprum

b)

Klorin

c)

Hidrogen

d)

Karbon

16.

Apakah maksud boleh ditempa?

a)

Boleh dibengkokkan dengan senang

b)

Mempunyai permukaan yang berkilat

c)

Pengalir haba yang baik

d)

Pengalir arus elektrik yang baik

17.

Antara bukan logam berikut, yang manakah boleh mengalirkan arus elekrik?

a)

Berlian

b)

Sulfur

c)

Grafit

d)

Klorin

18.

Proses yang digunakan untuk menghasilkan hablur garam daripada larutan garam dikenali sebagai..

a)

pendidihan

b)

penghabluran

c)

kondensasi

d)

penyulingan berperingkat

19.

Mengapakah penyulingan berperingkat digunakan untuk mengasingkan alkohol daripada campuran alkohol dan air?

a)

Air dan alkohol mempunyai takat didih yang berbeza

b)

Air dan alkohol mempunyai takat beku yang berbeza

c)

Alkohol dan air tidak bercampur

d)

Alkohol tidak larut dalam air