Worksheets5.4.2 KUALITI DIRI HANG TUAH
Total questions: 12
Worksheet time: 6mins
Siapakah sultan yang melantik Hang Tuah menjadi Laksamana Melaka?
Sultan Alauddin Riayat Shah
Sultan Muzzafar Shah
Sultan Mansur Shah
Berapakah kualiti diri Hang Tuah yang telah anda pelajari pada halaman 158 dan 159 buku teks Sejarah, Tahun 4, Sekolah Kebangsaan?
8
6
4
Hang Tuah telah menggunakan kebijaksanaanya untuk bertarung dengan ___________________________ sehingga memperoleh kemenangan.
Taming Sari
Laksamana Cheng Ho
Patih Gajah Mada
Hang Tuah memiliki kebijaksanaan sehingga berjaya _________________________.
menakluk 12 negara yang memiliki kehebatan tentera.
menguasai 12 bahasa bagi memudahkan tugas rasmi.
mengalahkan 12 kumpulan lanun di perairan Melaka.
Hang Tuah telah menjaga kesejahteraan Melaka. Penyataan ini berkaitan dengan kualiti diri Hang Tuah yang memiliki sifat __________________________________________.
jujur dan amanah.
sabar dan tabah.
berani dan hebat.
Kualiti diri Hang Tuah ialah melalui sifat tanggungjawab. Pilih pernyataan yang benar tentang Hang Tuah.
Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China, India dan Turki.
Menjaga nama keluarga untuk memastikan ibu bapanya hidup tenteram.
Menjaga keselamatan kampungnya untuk memastikan orangkampung hidup selesa.
Hang Tuah sangat komited dan bertanggungjawab sehingga Melaka menjadi pusat perdagangan yang terkenal di dunia. Apakah faktor yang menyebabkan Melaka terkenal pada ketika itu?
Keselamatan perairan Melaka.
Keselamatan pembesar dan rakyat Melaka.
Keselamatan sultan Melaka.
Pilih kualiti diri Hang Tuah yang tepat berdasarkan akur arahan dan perintah sultan.
Semangat juang yang tinggi
Berhati waja
Taat setia
Keberanian Hang Tuah telah menyelamatkan ________________________ daripada orang mengamuk.
Bendahara Tun Perak
Sultan Mansur Shah
Tun Perpatih Putih
Siapakah yang menghantar orang upahan Majapahit ke Melaka?
Patih Gajah Mada
Tun Mutahir
Tun Kudu
Hang Tuah dilantik menjadi Laksamana Melaka kerana kualiti diri melalui pembelajaran dalam ilmu ________________ .
masakan
persilatan
membuat senjata
Siapakah nama guru silat Hang Tuah?
Tun Perak
Aria Putera
Patih Gajah Mada
