wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 5

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

APAKAH TIGA (3) IMPLIKASI JIKA TIDAK MENGAMALKAN NILAI AMANAH KEPADA DIRI SENDIRI?

a)

Kehilangan kepercayaan masyarakat – susah mendapat pekerjaan

b)

Mengalami trauma emosi dan psikologi seperti murung

c)

Menjejaskan nama baik

diri/menjatuhkan maruah diri

d)

Dihormati oleh ahli keluarga dan

masyarakat

2.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) LANGKAH YANG DIAMBIL OLEH PIHAK KERAJAAN UNTUK MENGATASI GEJALA RASUAH DARIPADA TERUS BERLELUASA...

a)

Mengurangkan kadar denda atau hukuman / memberi Pengampunan kepada pelaku rasuah

b)

Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan menjauhi rasuah

c)

Memberikan pendidikan pencegahan rasuah kepada masyarakat

d)

Membentuk institusi pencegahan rasuah-menyiasat kes rasuah

3.

APAKAH AKTA YANG DIGUBAL UNTUK MEMERANGI GEJALA RASUAH?

a)

Akta Pencegahan Rasuah 1977

b)

Akta Pencegahan Rasuah 1987

c)

Akta Pencegahan Rasuah 1997

d)

Akta Pencegahan Rasuah 1167

4.

BADAN PENCEGAH RASUAH (BPR) TELAH DIBUAT PENJENAMAAN SEMULA IAITU SPRM.


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SPRM?

a)

Suruhanjaya Majlis Pencegahan Rasuah Malaysia

b)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

c)

Suruhanjaya Pembasmi Rasuah Malaysia

d)

Suruhanjaya Kementerian Dalam Negara Malaysia

5.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA (3) KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA DENGAN BAIK

a)

Dapat mengelakkan pembaziran masa – masa dapat diguna secara optimum

b)

Dapat mengelakkan kerja tertangguh – kerja siap dalam tempoh masa yang ditetapkan

c)

Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah contohnya bersukan

d)

Dapat melakukan semua aktiviti yang disukai tanpa mengira masa

6.

BERIKUT MERUPAKAN MATLAMAT UTAMA DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK), KECUALI

a)

Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

Mempertingkat kualiti kehidupan manusia

d)

Membolehkan negara lain menghormati Malaysia

7.

ANTARA YANG BERIKUT, SIAPAKAH SALAH SEORANG WIRA NEGARA YANG TELAH BERJAYA MENDAKI GUNUNG EVEREST?

a)

N. Mohandas

b)

V. Saravanan

c)

K. Mohan

d)

G. Shanti

8.

ANTARA PERIBAHASA BERIKUT, YANG MANAKAH TIDAK SESUAI DENGAN NILAI KERAJINAN?

a)

Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

b)

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya

c)

Sikit-sikit lama-lama menjadi bukit

d)

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

9.

BERIKUT ADALAH TIGA (3) JENIS CUKAI YANG PERLU DIBAYAR OLEH RAKYAT

a)

Cukai jalan

b)

Cukai perkhidmatan

c)

Cukai tanah

d)

Cukai perbelanjaan

10.

APAKAH TUJUAN UTAMA KERAJAAN MENGENAKAN CUKAI?

a)

Mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan negara

b)

Untuk mengaut keuntungan

c)

Membayar gaji pemimpin negara

d)

Membayar / menjelaskan hutang negara

11.

APAKAH MAKSUD SUHAKAM?

a)

Suruhanjaya Hak Asasi Masyarakat Malaysia

b)

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia

c)

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

d)

Suruhanjaya Hak Kebajikan Manusia

12.

TIGA (3) PERANAN / FUNGSI PENUBUHAN SUHAKAM ADALAH

a)

Menyiasat aduan tentang kes pelanggaran hak asasi manusia di Malaysia

b)

Memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubungan dengan hak asasi manusia

c)

Menasihati dan membantu kerajaan dalam merumuskan perundangan berkaitan

d)

Memastikan masyarakat dunia mendapat bantuan makanan secukupnya

13.

BERIKUT MERUPAKAN JENIS-JENIS PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Penderaan seksual

b)

Penderaan fizikal

c)

Penderaan hati

d)

Penderaan emosi

14.

BERIKUT MERUPAKAN FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KES PENDERAAN TERHADAP KANAK-KANAK, KECUALI

a)

Panas baran

b)

Faktor kemiskinan / kewangan

c)

Didorong oleh pasangan

d)

Tekanan dengan sikap anak yang sukar dikawal

15.

NILAI KESEDERHANAAN DAPAT DIAMALKAN DALAM PERLAKUAN / TINGKAH LAKU BERIKUT, KECUALI

a)

Melalui pertuturan

b)

Melalui pemilihan kawan

c)

Melalui pemikiran

d)

Melalui perbelanjaan