Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Tingkatan 3

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Banyak maklumat yang berguna dapat _____________ diperoleh daripada Pameran Kesihatan Mental itu," jelas Melanie ketika berbual dengan rakan sekelasnya.

a)

kami

b)

kita

c)

kalian

d)

mereka

2.

Beliau seorang tokoh ______________yang disegani kerana mempunyai pengetahuan yang luas tentang adat dan kesenian negara.

a)

karyawan

b)

budayawan

c)

usahawan

d)

dermawan

3.

Tiga orang ____________ asing ditahan oleh pihak berkuasa maritim dan hasil tangkapan mereka dirampas kerana menceroboh perairan negara.

a)

nakhoda

b)

pekerja

c)

nelayan

d)

pengawal

4.

Bangunan lama yang bersejarah itu sedang ___________ tanpa mengubah bentuk asalnya sebagai khazanah warisan negara.

a)

dibaik pulih

b)

diambil alih

c)

diubah suai

d)

dikitar semula

5.

Projek pembinaan kompleks sukan itu _____________ sehingga sekarang kerana kekurangan dana.

a)

terbantut

b)

terganggu

c)

tersekat

d)

terbengkalai

6.

Sekumpulan orang mengadakan tunjuk perasaan untuk ____________ kenaikan harga barang.

a)

menyanggah

b)

memprotes

c)

menyokong

d)

menolak

7.

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang terus ________________ bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan.

a)

dialu-alukan

b)

diwar-warkan

c)

diagih-agihkan

d)

diapi-apikan

8.

Lelaki itu digelar ______________ kerana suka bercakap besar tetapi tidak peka akan isu-isu semasa.

a)

alim-alim kucing

b)

muka tembok

c)

patah kandar

d)

tin kosong

9.

Ayah mengopek durian __________ Asraf menjolok buah rambutan di halaman.

a)

sementara

b)

manakala

c)

kerana

d)

dan

10.

Sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara baik dan tidak perlu ____________ untuk menarik perhatian ramai.

a)

dikucar-kacirkan

b)

dibolak-balikkan

c)

dicorat-coretkan

d)

digembar-gemburkan

11.

Pilih ayat yang betul.

a)

Hazman menyatakan yang dia sudah sihat.

b)

Hazman menyatakan bahawa dia sudah sihat.

12.

Pilih ayat yang betul.

a)

Kamu harus mengikut nasihat doktor agar supaya cepat sembuh.

b)

Kamu harus mengikut nasihat doktor supaya cepat sembuh.

13.

Pilih ayat yang betul.

a)

Jumpalah doktor bila sakit.

b)

Jumpalah doktor apabila sakit.

14.

Pilih struktur ayat yang betul.

a)

Peti ais itu tidak dapat digunakan sebab tiada kuasa elektrik.

b)

Peti ais itu tidak dapat digunakan kerana tiada kuasa elektrik.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Taman itu paling indah sekali.

b)

Taman itu paling indah.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adalah dimaklumkan bahawa semua pejabat kerajaan ditutup esok.

b)

Dengan ini dimaklumkan bahawa semua pejabat kerajaan ditutup esok.

17.

Pilih ayat yang betul.

a)

Gunung tertinggi di Malaysia adalah Gunung Kinabalu.

b)

Gunung tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.

18.

Pilih ayat yang betul.

a)

Tempat itu adalah bukan untuk kita.

b)

Tempat itu bukan untuk kita.

19.

Pilih ayat yang betul.

a)

Adi menolong ayahnya menoreh getah di setiap pagi.

b)

Adi menolong ayahnya menoreh getah pada setiap pagi.

20.

Pilh ayat yang betul.

a)

Surat itu diserahkan ke Azman.

b)

Surat itu diserahkan kepada Azman.