Font size
WorksheetsKUIZ KELAB PENCINTA ALAM
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Isu pencemaran di pantai dan dalam lautan telah menjadi kegusaran penduduk dunia kerana dipercayai, jika kita tidak mengambil tindakan apa-apa pada hari ini maka menjelang 2050, dikhuatiri akan lebih banyak sampah yang wujud di lautan berbanding ikan itu sendiri. Apakah istilah terkenal yang berkaitan dengan isu sampah yang bertaburan di pantai?
Marine coach
Marine debris
Marin kotor
Marin kelmarin
1) Adakah hidupan di laut hanya ada ikan sahaja?
Ya, sudah tentu
Mungkin
Tidak pasti
Tidak, ada pelbagai hidupan lain di lautan selain ikan.
Tahukah anda, dunia menghasilkan hampir 300 juta plastik setahun dan ada plastik tersebut yang anda guna hanya sekali dan buang begitu sahaja. Malah, ribuan penyu ada yang kini mati hanya kerana memakan plastik yang dibuang oleh manusia di lautan. Jangan pelik, kenapa penyu tidak lagi bertandang di rantau abang. Malah mungkin, generasi z akan datang tidak perasan kehadiran binatang seperti penyu kerana mereka sudah pupus sama sekali kerana plastik. Sebagai pelajar, apakah tindakan terbaik untuk anda lakukan sekarang?
Pastikan tidak menjejak kaki ke pantai lagi selama-lamanya mulai sekarang
Berhenti sekolah dan terus mencari kerja di hotel yang berdekatan pantai untuk memastikan orang hotel tidak membuat sampah di pantai
Recycle barang plastik dan jika berada di pantai, jadilah rakyat malaysia yang bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah merata- rata
Tumbuk anak-anak kecil yang membuang plastik di tepi pantai.
Apakah anda rasa tindakan yang terbaik untuk anda lakukan bagi mengelak penggunaan plastik di sekolah?
Membawa bekal dari rumah dengan membalut roti sandwich dengan kertas pembalut plastik
Membawa bekal dari rumah dengan menggunakan bekas tupperware yang boleh dibasuh dan digunakan semula beberapa kali
Membuang plastik botol air yang digunakan hanya sekali ke dalam tong sampah
Lempar plastik yang telah digunakan ke luar pagar sekolah
Apakah maksud kitar semula?
Menjual dan membeli
Mengolah semula bahan untuk dijadikan bahan yang baharu
Menghasilkan bahan baharu
Menggunakan bahan yang sedia ada tanpa tujuan
Apakah yang mungkin terjadi dalam lautan jika kita tidak mencegah marine debris dari sekarang?
Akan berlaku gangguan ekosistem terhadap hidupan laut dan kita semua
Akan berlaku bunuh diri di kalangan nelayan
Akan menyebabkan pelajar buta huruf
Akan mengakibatkan sebaran kuman corona virus di dalam laut
Mengapa ramai manusia tidak mengambil kisah terhadap isu sampah di pantai
Manusia sibuk belajar di sekolah
Manusia sibuk bekerja di tepi pantai
Manusia menganggap isu ini kecil dan bersikap malas
Manusia menganggap isu ini urusan kerajaan
Di bawah ini merupakan seekor ikan mola-mola yang sangat cantik dan hampir kepupusan akibat pencemaran plastik dalam laut. Pada firasat anda mampukah ikan sebesar ini mati hanya kerana isu plastik?
Pada firasat saya, ikan mola-mola mampu memuntahkan semula plastik keluar sekiranya tertelan
Pada firasat saya, ikan mola-mola boleh mati kerana plastik
Pada firasat saya, ikan mola-mola sangat kuat dan mampu bertahan
Pada firasat saya, saya tidak pasti bagaimana untuk berfikir.
Yang manakah antara berikut institut yang terlibat secara serius tentang marine debris di malaysia?
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Institut Perguruan Kota Bharu (MPKB)
Institut Maritim Malaysia (MIMA)
Pada pandangan anda, apakah cara terhebat atau alat tercanggih yang boleh digunakan untuk membersihkan laut yang kotor atau penuh plastik sehingga kotoran ini telah menutupi semua plankton di dasar laut daripada mendapat cahaya matahari?
