wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Fun AccQuiz 2

Total questions: 25

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Simpan kira merupakan proses....

a)

merekod urus niaga dalam dua akaun yang berbeza

b)

mengelas, merekod, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan

c)

merekod urus niaga perniagaan secara tepat dan sistematik berasaskan sistem catatan bergu

d)

menyediakan maklumat kewangan untuk membuat keputusan, perbandingan dan perancangan

2.

Maklumat di bawah menunjukkan ciri-ciri satu jenis perniagaan


# Liabiliti pemilik terhad

# Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang ramai


Antara berikut, jenis perniagaan yang manakah menepati ciri-ciri itu?

a)

Khalid Enterprise

b)

Khalid Tan Berhad

c)

Klinik Khalid dan Tan

d)

Khalid Tan Sendirian Berhad

3.

Antara berikut, yang manakah bukan tujuan penubuhan Malaysian Accounting Standard Board (MASB)?

a)

Menetukan kod etika professional

b)

Menentukan taraf kelayakan professional

c)

Menyediakan amalan yang standard dalam pelaporan

d)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

4.

Pada 1 Januari 2017, Encik Samad telah membeli sebidang tanah pada harga RM15 000. Pada 31 Disember 2019, harga pasaran tanah tersebut telah meningkat kepada RM50 000. Catatan dalam buku perniagaan masih menunjukkan harga tanah sebagai RM15 000. Ini merujuk kepada prinsip…

a)

Ketekalan

b)

Prinsip kos

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

5.

Antara butir-butir berikut, yang manakah dikelaskan sebagai aset?

Boleh pilih lebih daripada 1 jawapan

a)

Overdraf bank, Modal

b)

Kenderaan, Simpanan tetap

c)

Tunai, Akaun Belum Terima

d)

Akaun Belum Bayar, Pinjaman

6.

Data 1 menunjukkan aset dan liabiliti seorang peniaga pada 30 Jun 2019.


Kenderaan RM25 000

Inventori RM5 840

Akaun Belum Terima RM1 210

Bank (RM2 720)

Sewa belum bayar RM450

Komisen belum terperoleh RM50


Hitungkan modal beliau pada tarikh tersebut

a)

RM3 220

b)

RM28 830

c)

RM32 050

d)

RM34 270

7.

Data 2 menunjukkan maklumat yang diperoleh daripada buku Grinch Enterprise pada 31 Disember 2019


Untung kasar RM20 000

Sewa RM3 600

Gaji RM4 200

Kenderaan RM6 000

Tunai RM 500

Kadar bayaran RM1 800


Hitungkan untung bersih perniagaan tersebut bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

a)

RM4 900

b)

RM5 700

c)

RM10 400

d)

RM10 900

8.

Apakah tujuan diskaun niaga?

a)

Menarik lebih ramai pelanggan

b)

Mengelakkan berlakunya hutang lapuk

c)

Menggalakkan pembeli membayar segera

d)

Menggalakkan pembeli membeli dengan kuantiti yang banyak

9.

Sistem panjar biasanya diamalkan dalam penyediaan

a)

Buku Tunai Runcit

b)

Penyata Bank

c)

Akaun Bank

d)

Buku Tunai

10.

Jumlah jualan dalam invois yang dikirim kepada Encik Kassim pada 3 Februari 2020 ialah RM450. Syarat diskaun tunai ialah 10% jika dibayar dalam tempoh sebulan. Hitungkan jumlah yang harus dibayar oleh Encik Kassim jika beliau membuat bayaran pada 5 Mac 2020.

a)

RM45

b)

RM405

c)

RM450

d)

RM495

11.

Antara berikut, yang manakah bukan fungsi Buku Tunai?

a)

Merancang aliran wang tunai

b)

Merekod semua urus niaga tunai

c)

Mengetahui jenis-jenis sumber dan penggunaan tunai

d)

Mengetahui jumlah penerimaan dan pembayaran tunai

12.

Lejar adalah buku yang ….

a)

menyenaraikan kos jualan bagi satu tempoh perakaunan

b)

merekodkan hasil dan belanja untuk mengira keuntungan perniagaan

c)

merekodkan semua perbelanjaan perniagaan dalam tempoh perakaunan

d)

mengandungi pelbagai jenis akaun yang digunakan untuk merekod urus niaga

13.

Data di bawah menunjukkan butiran berkaitan jualan kredit suatu perniagaan pada bulan Januari 2020


Baki awal Akaun Belum Terima RM2 380

Baki akhir Akaun Belum Terima RM3 160

Bayaran oleh pelanggan RM12 450

(termasuk hutang lapuk pulih RM200)

Pulangan jualan RM 720


Kira jualan kredit bagi bulan itu

a)

RM12 190

b)

RM13 550

c)

RM13 750

d)

RM13 950

14.

Data di bawah diperolehi daripada Imbangan Duga Syarikat Narina pada 30 Jun 2019.


Modal RM20 000

Overdraf bank RM3 000

Akaun Belum Terima RM4 800

Akaun Belum Bayar RM4 300

Kenderaan RM21 150

Jualan RM23 000

Belian RM15 000

Gaji RM9 350


Kira angka imbangan pada tarikh itu.

a)

RM45 500

b)

RM50 300

c)

RM53 300

d)

RM58 300

15.

Manakah yang berikut boleh mengurangkan modal perniagaan?

a)

Ambilan

b)

Untung kasar

c)

Untung bersih

d)

Modal tambahan

16.

Pelupusan aset merujuk kepada aset yang …

a)

rosak

b)

dibeli

c)

dijual

d)

dibaiki

17.

Maklumat di bawah menunjukkan baki Akaun Perabot dan Akaun Susut nilai Terkumpul Perabot bagi suatu firma.


Baki Akaun Perabot 1 Jan 2019 RM40 000

Baki Akaun Susut nilai terkumpul RM4 000


Polisi firma menggariskan bahawa perabot hendaklah disusut nilai menggunakan kaedah baki berkurangan pada kadar 10% setahun.

Kira susut nilai perabot bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.

a)

RM3 600

b)

RM3 900

c)

RM4 000

d)

RM8 000

18.

Pada 30 April 2019, Syarikat Deluxe Generation Sdn. Bhd. Telah membayar premium insurans tahunan RM360. Tempoh perakaunan syarikat tersebut berakhir pada 31 Disember 2019.

Kira belanja insurans bagi tahun 2019.

a)

RM120

b)

RM180

c)

RM240

d)

RM360

19.

Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Ahmad.


o Memulakan perniagaan menjual alat ganti kereta pada 1 Mac 2020

o Tempoh perakaunannya berakhir setiap enam bulan


Antara berikut, yang manakah tempoh perakaunan perniagaan Encik Ahmad?

a)

1 Mac 2020 hingga 1 Ogos 2020

b)

1 Mac 2020 hingga 31 Ogos 2020

c)

1 Mac 2020 hingga 1 September 2020

d)

1 Mac 2020 hingga 30 September 2020

20.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan perniagaan milikan tunggal?

a)

Han San Berhad

b)

Melati Putih Sdn Bhd

c)

Pemborong Klasik Emas

d)

Delta Travelling dan Keluarga

21.

Pada akhir tempoh perakaunan, buku Perniagaan Ikram Enterprise menunjukkan baki-baki berikut:


Aset RM50 000

Liabiliti RM17 590


Berapakah modal awal perniagaan jika Perniagaan Ikram Enterprise mengalami kerugian sebanyak RM5 950?

a)

RM23 540

b)

RM26 460

c)

RM32 410

d)

RM38 360

22.

Sewa belum terperoleh dicatatkan dalam Penyata kedudukan Kewangan sebagai…

a)

Aset Semasa

b)

Liabiliti Semasa

c)

Aset Bukan Semasa

d)

Liabiliti Bukan Semasa

23.

Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Syarikat Wawasan.


Akaun Belum Terima RM9 600

Peruntukan hutang ragu (1 Januari 2019) RM450


Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada 8% atas Akaun Belum Terima


Berapakah peruntukan hutang ragu yang perlu dicatatkan dalam Akaun Untung Rugi pada 31 Disember 2019?

a)

RM318

b)

RM732

c)

RM768

d)

RM1 218

24.

Kumar telah membayar insurans tahunan kedainya sebanyak RM600 pada 31 Mac 2019. Tempoh perakaunannya berakhir pada 31 Disember 2019.

Berapakah insurans bagi tahun 2019?

a)

RM150

b)

RM200

c)

RM450

d)

RM500

25.

Pernyataan yang manakah benar tentang pelarasan pada tarikh imbangan?

a)

Insurans prabayar - Liabiliti semasa

b)

Hutang lapuk terpulih - Hasil

c)

Alat tulis - Belanja

d)

Komisen belum terperoleh - Aset Semasa