wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata ganda

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Majlis kenduri kesyukuran di rumah Pak Khalil itu hanya diadakan secara ________________ .

a)

besar-besaran

b)

gilang-gemilang

c)

kecil-kecilan

d)

terang-benderang

2.

Ismah dan Aini berlari __________ apabila dikejar oleh lima ekor anjing liar.

a)

simpang-siur

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

d)

lintang-pukang

3.

Tok penghulu berasa simpati melihat Pak Aiman ___________ bekerja untuk menyara keluarganya.

a)

menokok-nambah

b)

bertungkus-lumus

c)

terhuyung-hayang

d)

berkeluh-kesah

4.

"Jalan masuk ke rumah pengantin lelaki itu _________, " kata Pak Haziq kepada Pak Afiq.

a)

berbolak-balik

b)

bersimpang-siur

c)

berkusut-masai

d)

compang-camping

5.

Pekerja itu menggunakan ________ untuk memotong papan.

a)

sesiku

b)

gergaji

c)

kekisi

d)

jejari

6.

Aina berasa _________ selepas terpegang seekor katak yang berada di dalam kasut sukannya.

a)

geli-geleman

b)

kusut-masai

c)

haru-biru

d)

punah-ranah

7.

Tukang masak di hotel itu memasukkan _________ ke dalam masakannya.

a)

ulam-ulaman

b)

lauk-pauk

c)

rempah-ratus

d)

biji-bijian

8.

Kedengaran _______ penyokong pasukan negara yang bergema di dalam dewan itu.

a)

riuh-rendah

b)

desas-desus

c)

sorak-sorai

d)

kucar-kacir

9.

Keadaan di velodrom menjadi ________ apabila Azizulhasni Awang terlibat dalam kemalangan pada pusingan terakhir.

a)

porak-peranda

b)

hingar-bingar

c)

hiruk-pikuk

d)

gundah-gelana

10.

Kawasan yang ________ itu sudah cerah apabila dihiasi dengan lampu sempena Hari Kemerdekaan yang bakal tiba.

a)

lekak-lekuk

b)

gelap-gelita

c)

hiruk-pikuk

d)

warna-warni

11.

Para pelancong dari luar negara amat tertarik dengan sikap penduduk di Malaysia yang _______ dan berbudi Bahasa.

a)

gopoh-gapah

b)

kaya-raya

c)

comot-momot

d)

ramah-tamah

12.

Jiran-jiran Encik Badrul berasa agak kecewa kerana dia hanya menjemput ________nya sahaja ke majlis rumah terbukanya.

a)

suku-sakat

b)

tanah-tanih

c)

tulang-temulang

d)

saki-baki

13.

Penduduk Taman Melati ________ antara satu dengan yang lain demi mewujudkan suasana kehidupan yang aman sentosa.

a)

dengki-mendengki

b)

ejek-mengejek

c)

puji-pujian

d)

hormat-menghormati

14.

Suasana di padang _________ dengan suara kanak-kanak yang menyertai pelbagai acara sukaneka itu.

a)

kacau-bilau

b)

kucar-kacir

c)

riuh-rendah

d)

gopoh-gapah

15.

Datuk membuat ___________ daripada batang-batang padi yang sudah kering untuk menghalau burung-burung di sawahnya.

a)

panji-panji

b)

pundi-pundi

c)

orang-orang

d)

angkup-angkup

16.

Keluarga yang __________ merupakan salah satu daripada faktor penyebab remaja menghadapi masalah sosial.

a)

huru-hara

b)

hingar-bingar

c)

gundah-gelana

d)

porak-peranda

17.

Operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter telah diserahkan kepada pasukan renjer kerana mereka lebih mengetahui _________ hutan simpan itu.

a)

gerak-geri

b)

selok-belok

c)

tindak-tanduk

d)

simpang-siur

18.

Cecair berwarna merah di dalam ________ termometer ialah merkuri.

a)

aci-aci

b)

kisi-kisi

c)

buli-buli

d)

bola-bola

19.

Kaki ayah berasa _________ setelah lama bersila di lantai.

a)

jari-jari

b)

sakit-sakit

c)

liat-liat

d)

semut-semut

20.

Api lilin di dalam bilik itu ___________ ditiup angin.

a)

berlintang-kedak

b)

berselang-seli

c)

berliang-liuk

d)

berulang-alik