wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAT SEJARAH TING 3

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sistem sukatan yang diperkenalkan setelah kemasukan pengaruh British ke Alam Melayu?

a)

Leng

b)

Gelen

c)

Kepul

d)

Cupak

2.

Kuasa Barat memerlukan pelabuhan yang sesuai sebagai tempat berlindung.

Mengapakah kuasa Barat memerlukan pelabuhan tersebut?

a)

Membaiki kapal

b)

Memerlukan bekalan makanan

c)

Mengelak serangan musuh

d)

Menunggu peralihan angin monsun

3.

Apakah kepentingan penciptaan kapal wap kepada kuasa-kuasa Barat?

a)

Menghubungi ejen di Tanah Melayu dengan cepat

b)

Mampu bersaing antara kuasa Barat

c)

Semakin tinggi sanjungan

d)

Menjimatkan kos

4.

Apakah kepentingan negeri-negeri Melayu, Sarawak dan Sabah kepada British?

a)

Kaya dengan bahan mentah

b)

Kawasan yang strategik

c)

Penduduk yang ramai

d)

Pusat agama kristian

5.

Apakah strategi yang digunakan oleh British dalam usaha menguasai Pulau Pinang?

a)

Manipulasi

b)

Tipu helah

c)

Perjanjian

d)

Pajakan

6.

Berikut ialah ciri-ciri institusi pendidikan masyarakat Melayu:

*Mempunyai sukatan pelajaran

*Dilaksanakan secara kelas

*Diawasi oleh mudir (guru besar)

*Diselia oleh jawatankuasa kewangan

a)

Surau

b)

Pondok

c)

Pesantren

d)

Madrasah

7.

Apakah pusat perdagangan utama Belanda di Alam Melayu?

a)

Betawi

b)

Melaka

c)

Singapura

d)

Bangkahulu

8.

British meluaskan kuasanya di Pulau Pinang atas sebab-sebab berikut kecuali

a)

Menjadi pusat pengumpulan barang

b)

Memerlukan pengkalan tentera yang baru

c)

Mempunyai hasil hutan dan laut yang banyak

d)

Menjadi pelabuhan persinggahan

9.

Apakah barangan yang diperlukan oleh British dari China?

a)

Rempah ratus

b)

Tembikar

c)

Emas

d)

Teh

10.

Apakah tindakan yang diambil oleh British untuk menguasai Singapura?

a)

Memanipulasi isu pewarisan takhta

b)

Menggunakan masalah ancaman Siam

c)

Mengadakan hubungan baik dengan Belanda

d)

Memaksa Kesultanan Johor menandatangani perjanjian

11.

Apakah kesan Perjanjian London 1824 terhadap Alam Melayu?

a)

Tanah Melayu berada di bawah pengaruh Belanda

b)

Indonesia diletakkan di bawah pengaruh British

c)

Perpecahan empayar Kesultanan Johor Riau

d)

Singapura diserahkan kepada Belanda

12.

Mengapakah wujudnya hubungan baik antara Negeri-negeri Selat dengan Negeri-negeri Melayu?

a)

Melabur modal untuk memajukan perlombongan bijih timah

b)

Menjadi pintu masuk pelabur luar ke Negeri-negeri Selat

c)

Mendapat bantuan kewangan untuk memajukan ekonomi

d)

Memerlukan pelabuhan untuk memasarkan hasil dagangan

13.

Mengapakah British mahu meluaskan kuasanya ke atas Singapura setelah mendapatkan Pulau Pinang dan Melaka?

a)

Mendapatkan bahan mentah

b)

Memecah penguasaan Belanda

c)

Memajukan pelabuhan Singapura

d)

Menarik perhatian kuasa luar yang lain

14.

Apakah yang dilakukan oleh Long Jaafar dan Ngah Ibrahim bagi memajukan perlombongan bijih timah di Perak pada abad ke-19?

a)

Membawa masuk pelombong Cina

b)

Membawa masuk pelabur British

c)

Menggunakan teknologi moden

d)

Membuka bandar baru di Perak

15.

Antara berikut, yang manakah kaedah yang digunakan oleh masyarakat tempatan dalam kegiatan perlombongan emas di Pahang pada abad ke-16 dan 17?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Mendulang

b)

Melampan

c)

Lombong dedah

d)

Lombong bawah tanah

16.

Apakah kepentingan Lukut pada tahun 1830-an?

a)

Pusat pelabuhan utama

b)

Pusat penanaman getah

c)

Pusat pentadbiran kerajaan

d)

Pusat perdagangan bijih timah

17.

Sultan Pahang memberi hadiah kepada negeri-negeri Melayu.

Apakah bentuk hadiah tersebut?

a)

Emas

b)

Nobat

c)

Sutera

d)

Cap mohor

18.

Bagaimanakah cara British menguasai ekonomi di Sungai Linggi, Negeri Sembilan?

a)

Membuat ugutan

b)

Melancarkan serangan

c)

Menggunakan tipu helah

d)

Melakukan manipulasi politik

19.

Mengapakah Raja Abdullah di Perak tidak ditabalkan sebagai sultan selepas kemangkatan Sultan Ali?

a)

Tidak mempunyai kelayakan

b)

Tidak hadir ke majlis pemakaman

c)

Tidak berminat sebagai pemerintah

d)

Tidak mendapat sokongan pembesar

20.

Apakah kesan Perang Klang yang berlaku pada 1866 - 1874 terhadap Tanah Melayu?

a)

Pemusatan kuasa Sultan

b)

Peluasan kuasa penjajah

c)

Pembesar kehilangan kuasa

d)

Perubahan sempadan negeri

21.

PERJANJIAN BRITISH - SUNGAI UJUNG 1874

PERJANJIAN BRITISH - PAHANG 1887

PERJANJIAN BRITISH - SELANGOR 1875


Apakah iktibar yang diperoleh daripada perjanjian di atas?

a)

Bersyukur dengan sumber alam negara

b)

Tidak mudah mempercayai kuasa asing

c)

Bertoleransi terhadap kuasa asing

d)

Sepakat membawa berkat

22.

Apakah peristiwa yang menyebabkan Sultan Pahang dipaksa menerima perlindungan British pada abad ke-19?

a)

Serangan lanun di perairan

b)

Pertelingkahan kerabat diraja

c)

Rompakan kapal dagang British

d)

Kematian seorang rakyat British

23.

Apakah antara syarat Perjanjian British - Pahang 1887?

a)

British menempatkan seorang wakil

b)

British membantu sultan memerintah negeri

c)

British bertanggungjawab memajukan negeri

d)

British berkuasa mentadbir kerajaan

24.

Mengapakah British membentuk Negeri-negeri Melayu Bersekutu?

a)

Mengatasi kelemahan pembesar tempatan dalam pentadbiran

b)

Menangani masalah perebutan kuasa

c)

Menjamin keselamatan British

d)

Menyeragamkan pentadbiran

25.

Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan Perlis bagi mengelak campur tangan kuasa lain?

a)

Membahagikan Perlis kepada 22 mukim

b)

Menjalin hubungan luar dengan Siam

c)

Membayar cukai kepada British

d)

Meminta bantuan British

26.

Antara berikut yang manakah peranan pembesar peringkat Jajahan dalam Kesultanan Melayu?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Memungut cukai

b)

Menjaga keamanan

c)

Mempertahankan kedaulatan negeri

d)

Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu

27.

Kesultanan Kedah menjalinkan hubungan dua hala dengan Siam. Bagaimanakah cara hubungan dua hala tersebut berlaku? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Keagamaan

d)

Perdagangan

28.

Antara berikut, negeri manakah yang paling akhir menerima Penasihat British?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Terengganu

29.

Maharaja Abu Bakar telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan.

Pilih DUA negara yang dilawati oleh pemerintah tersebut.

a)

India

b)

Jepun

c)

Eropah

d)

Sri Lanka

30.

Apakah kesan Perjanjian Bangkok 1909 kepada negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?

a)

Menerima Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Menerima Gabenor British

c)

Menerima Residen British

d)

Menerima Penasihat British

31.

Mengapakah Negeri-negeri Melayu Utara menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali kepada Siam?

a)

Tanda pertuanan

b)

Tanda kepatuhan

c)

Tanda kemegahan

d)

Tanda persahabatan

32.

Mengapakah British gagal menggabungkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Tentangan daripada Raja Melayu

b)

Bantahan daripada orang Melayu

c)

Ketidakseimbangan kuasa mentadbir

d)

Gagal mendapat sokongan pembesar

33.

Siapakah yang mengetuai pentadbiran negeri di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu?

a)

Residen British

b)

Gabenor Jeneral

c)

Setiausaha Kerajaan

d)

Pesuruhjaya Tinggi Negeri

34.

Pilih DUA sistem pemerintahan yang diamalkan di Sarawak.

a)

Sistem adat

b)

Sistem kedatuan

c)

Sistem kesukuan

d)

Sistem ketua bebas

35.

Pilih DUA sistem pemerintahan yang diamalkan di Sabah.

a)

Sistem adat

b)

Sistem anak negeri

c)

Sistem kesukuan

d)

Sistem ketua bebas

36.

Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota sebagai pembesar Brunei di kawasan Sungai Sarawak?

a)

Menguasai adat

b)

Membanteras lanun

c)

Menguasai ekonomi

d)

Menjalankan pentadbiran

37.

Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?

a)

Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang

b)

Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman

c)

Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan

d)

Menyelesaikan masalah di Sarawak

38.

Pilih DUA strategi James Brooke untuk mendapatkan Sarawak.

a)

Menentang pentadbiran Datu Patinggi Ali

b)

Ugutan menyerang Pengiran Raja Muda Hashim

c)

Kehadiran angkatan tentera laut British ke Brunei

d)

Memaksa pembesar tempatan menerima Residen

39.

Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak?

a)

Memerangi ancaman lanun

b)

Menghapuskan perang saudara

c)

Menentang kebangkitan pembesar

d)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

40.

Siapakah yang membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah di Sabah?

a)

Ketua Anak Negeri

b)

Penasihat British

c)

Penghulu

d)

Majistret

41.

Apakah usaha yang dilakukan oleh British untuk memajukan industrti getah di negeri-negeri Melayu pada awal abad ke-20?

a)

Menarik pelabur Eropah dalam pembukaan ladang getah

b)

Menggalakkan pembukaan getah oleh syarikat tempatan

c)

Pengusaha tempatan diberikan bantuan kewangan

d)

Membuka kilang getah tempatan

42.

Pilih DUA sumbangan H.N. Ridley kepada sektor pertanian di negeri-negeri Melayu.

a)

Memperkenalkan mesin memproses getah

b)

Memperkenalkan teknik torehan sistem ibedem

c)

Memperkenalkan teknik membungkus anak pokok getah

d)

Memperkenalkan cara mengawal kesuburan pokok getah

43.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu?

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyakkan pekerjaan

44.

Mengapakah British mengusahakan gambir, lada hitam, buah pala dan kayu manis pada peringkat awal?

a)

Tujuan pemasaran yang luas

b)

Harganya tinggi di pasaran dunia

c)

Terdapat tenaga buruh yang ramai

d)

Kemerosotan permintaan terhadap kopi

45.

Apakah faktor yang mendorong kedatangan buruh yang ramai dari China ke negeri-negeri Melayu?

a)

Pembinaan kapal laut

b)

Sokongan pembesar

c)

Modal yang banyak

d)

Peluang pekerjaan

46.

Mengapakah Sistem Kontrak dan Sistem Kangani dipilih oleh buruh dari luar untuk masuk ke Tanah Melayu pada kurun ke-19?

a)

Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa

b)

Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan

c)

Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan

d)

Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik

47.

Antara berikut, yang manakah DUA landasan kereta api yang terawal di negeri-negeri Melayu?

a)

Port Dickson

b)

Gua Musang

c)

Kuala Lipis

d)

Port Weld

48.

Manakah yang TIDAK berkaitan dengan kemajuan telekomunikasi pada abad ke-19?

a)

Radio

b)

Internet

c)

Telefon

d)

Telegraf

49.

Dol said melakukan penentangan di kawasan?

a)

johol

b)

rembau

c)

naning

50.

pada tahun 1875, Yamtuan Antah dilantik sebagai?

a)

Gabenor

b)

Yamtuan Seri Menanti

c)

Sultan

51.

Abdul Rahman Iman Noh turut dikenali sebagai?

a)

Tok Janggut

b)

Dato Bahaman

c)

Mat Kilau

52.

Rentap bermaksud?

a)

penggoncang dunia

b)

penguasa dunia

c)

penyelamat dunia

53.

Tok Janggut mendapat pendidikan pondok di kelantan dan?

a)

mumbai

b)

madinah

c)

Makkah

54.

Residen pertama British di Perak?

a)

J.G Davidson

b)

J.W.W Birch

c)

Frank Sweetenham

55.

Dato Maharaja Lela ialah pembesar Berlapan yang mentadbir?

a)

Pasir Puteh

b)

Pasir Salak

c)

Pasir Panjang

56.

Dato Maharaja Lela, Dato sagor, Pandak Indut dan Siputum telah dikenakan hukuman?

a)

gantung sampai mati

b)

pancung

c)

rejam

57.

Haji Abdul Rahman Limbong ialah ketua gerakan kebangkitan?

a)

Kebangkitan Limbong

b)

Kebangkitan Tani

c)

Kebangkitan Telemong

58.

Rajah berikut berkaitan dengan sistem kerajaan berpelembagaan di Terengganu.

Siapakah tokoh X berikut ___________________

a)

Sultan Ibrahim

b)

Sultan Muhammad II

c)

Sultan Zainal Abidin III

d)

Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

59.

Apakah nilai yang dicontohi dari usaha pembesar negeri memajukan negeri-negeri Melayu?

a)

Berkorban

b)

Bijaksana

c)

Taat setia

d)

Berani

60.

Peranan pemerintah tempatan dan pembesar negeri telah berjaya melambatkan perluasan kuasa British di negara kita. Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada kenyataan tersebut. .

a)

Sikap berhati-hati dan berwaspada

b)

Bekerjasama dengan penjajah

c)

Menandatangani perjanjian

d)

Menghormati penjajah