wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang menunjukkan cara bersikap adil terhadap jiran.

a)

Memberi layanan yang baik terhadap jiran yang rapat sahaja.

b)

Sentiasa bersikap adil dalam pergaulan tanpa mengira bangsa dan agama.

c)

Memberikan teguran dan nasihat kepada jiran yang tidak disukai.

d)

Mengagihkan bantuan kepada jiran yang dikenali sahaja.

2.

Apakah kepentingan bersikap adil terhadap jiran?

a)

Menyebabkan perasaan kurang puas hati dalam kalangan jiran

b)

Mewujudkan kumpulan-kumpulan tertentu dalam kalangan jiran

c)

Mewujudkan hubungan yang baik dan harmoni sesama jiran

d)

Mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri

3.

Bagaimanakah cara untuk menyuarakan pandangan yang membina terhadap jiran?

a)

Menunjukkan perasaan marah dan meninggikan suara

b)

Tidak perlu berterus-terang kepada jiran tentang perkara yang membawa kebaikan

c)

Bertengkar semasa perbincangan dengan jiran

d)

Menyampaikan teguran dengan cara yang sopan dan berhemah

4.

Nyatakan tindakan berani yang perlu diambil oleh Hazmi apabila terlihat anak-anak jiran merosakkan pokok-pokok bunga di taman permainan.

a)

Melihat dan membiarkan sahaja perbuatan mereka

b)

Menegur dengan baik supaya mereka menghentikan perbuatan tersebut.

c)

Memarahi dan mengancam akan mengasari mereka.

d)

Menjauhkan diri daripada mereka

5.

Pilih pernyataan yang menunjukkan sikap jujur terhadap jiran.

a)

Bercakap benar terhadap jiran

b)

Menceritakan rahsia jiran kepada orang lain

c)

Membantu jiran kerana mengharapkan balasan atau ganjaran

d)

Tidak memberitahu perkara sebenar kepada jiran

6.

Kebaikan mengamalkan sikap jujur dalam hubungan dengan jiran ialah...

a)

Dipandang tinggi dan dipuji oleh jiran

b)

Tidak disukai jiran

c)

Dihormati dan dipercayai oleh jiran

d)

Dibenci oleh jiran

7.

Apakah kepentingan kita mengamalkan sikap rajin sesama jiran?

a)

Kita akan mendapat lebih banyak jiran

b)

Kita akan lebih dikenali oleh jiran

c)

Hubungan dengan jiran menjadi lebih mesra dan akrab

d)

Kita akan dapat menyalasaikan masalah jiran

8.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang aktiviti yang dapat dilakukan bersama jiran?

a)

Menyanyi beramai-ramai ketika waktu malam hingga mengganggu ketenteraman jiran yang lain

b)

Bekerjasama dalam menjaga kebersihan di kawasan kejiranan dengan melakukan aktiviti gotong royong

c)

Berkumpul dan berbual-bual dengan anak-anak jiran yang sebaya sepanjang hari

d)

Bekerjasama melakukan sesuatu aktiviti dalam kumpulan dengan jiran tertentu sahaja

9.

Apakah kesan bekerjasama dengan jiran?

a)

Amalan bekerjasama akan dapat memupuk hubungan yang baik dan erat sesama jiran

b)

Amalan bekerjasama akan dapat menambahkan lebih banyak jiran

c)

Amalan bekerjasama menyebabkan banyak peralatan yang perlu disediakan

d)

Amalan bekerjasama menyebabkan pertambahan sampah sarap di kawasan kejiranan

10.

Pilih satu cara bersikap sederhana yang BETUL.

a)

Menghidupkan semua penghawa dingin di balai raya dengan suhu yang sangat rendah

b)

Bermain badminton di dewan dalam tempoh yang lama tanpa memberikan peluang kepada jiran lain yang sedang menunggu giliran

c)

Membenarkan anak jiran meminjam basikal kamu

d)

Menunjuk-nunjuk telefon bimbit yang baru dibeli kepada jiran-jiran

11.

Kita hendaklah sentiasa (a)   sesama jiran untuk mengelakkan sikap mementingkan diri.

12.

Kerja yang berat akan menjadi ringan apabila semua jiran tetangga (a)   antara satu dengan yang lain

13.

Kita hendaklah jujur dalam semua kerja yang dilakukan agar (a)   diri terpelihara.

14.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.Oleh itu,kita hendaklah bersikap (a)   tanpa mengira kaum dan kepercayaan.

15.

Janganlah bersikap (a)   diri dalam membuat sebarang keputusan semasa perbincangan dengan jiran tetangga.

16.

Semua penduduk kampung digalakkan (a)   membersihkan balai raya sebanyak dua kali sebulan demi menjaga kebersihan balai raya itu.

17.

Bersederhanalah semasa menyambut sesuatu perayaan atau majlis demi menjaga (a)   sesebuah kejiranan.

18.

Ahli keluarga pasti berasa (a)   terhadap saya kerana saya mengamalkan sikap jujur dalam kehidupan.

19.

Sekiranya saya melakukan kesalahan,saya sanggup (a)   kesalahan dan meminta maaf.

20.

Saya berasa lega apbila dapat (a)   pertelingkahan antara adik saya dengan anak jiran dengan adil dan saksama