WorksheetsKuiz Program Lambaian Kaabah (Haji & Umrah) 2020
Total questions: 30
Worksheet time: 15mins
Maksud tawaf ialah?
Berniat Mengerjakan ibadah haji.
Mengelilingi Kaabah 7 pusingan.
Ulang-alik 7 kali dari safa ke marwah.
Bergunting sekurang-kurang 3 helai rambut.
Berikut adalah syarat sah tawaf, kecuali?
Berjalan kaki.
Bertujuan tawaf.
Menutup aurat.
Suci dari hadas.
Berikut merupakan jenis-jenis tawaf, kecuali?
Tawaf Qudum.
Tawaf Ifadah.
Tawaf Widak.
Tawaf Sobah.
Berikut merupakan perkara yang betul berkaitan dengan tawaf, kecuali?
Berjalan dengan hanya tujuan tawaf.
Cukup tujuh kali pusingan.
Dimulakan tawaf dari sudut Hajarul Aswad.
Menganankan kaabah sepanjang tawaf.
Tawaf A merupakan tawaf yang wajib ditunaikan oleh jemah Haji. Tawaf A ialah?
Tawaf Sunat.
Tawaf Widak.
Tawaf Qudum.
Tawaf Ifadah.
Antara berikut yang manakah bukan amalan sunat haji?
Memakai pakaian ihram berwarna putih
Memotong kuku
Niat ihram di miqat
Berturut-turut tujuh pusingan tawaf
Antara berikut yang manakah larangan ketika ihram khusus bagi wanita?
Memburu binatang darat
Memakai pakaian berjahit
Memakai minyak rambut di kepala
Menutup muka dan dua tapak tangan
Berikut ialah hikmah diadakan larangan ihram kecuali
Melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin
Menggalakkan jemaah haji supaya beribadat bersungguh-sungguh
Memberi kesedaran kepada jemaah haji supaya menghargai makhluk lain
Menguji kesabaran manusia dalam menyempurnakan perintah Allah SWT
Para Jemaah haji hendaklah berihram ketika ________________
Bermalam di Mina
Tawaf di Baitullah
Wukuf di Padang Arafah
Bermalam di Muzdalifah
Sempadan tempat bagi Jemaah haji memulakan niat ihram.
Pernyataan di atas adalah merujuk kepada
Wajib haji
Rukun haji
Miqat zamani
Miqat makani
Berikut merupakan syarat-syarat sah bercukur KECUALI;
Masuk waktu
Rambut di kepala
Tidak kurang 3 helai rambut
Boleh bercukur selepas pulang ke tanah air
Apakah yang dimaksudkan dengan tahallul?
Melepaskan diri daripada larangan haji
Berjalan ulang-alik antara bukit safa dan bukit marwah
Mengucapkan talbiah ketika tawaf
Memakai pakaian ihram
Nyatakan adakah pernyataan berikut BENAR atau SALAH?
"Tahallul haji terbahagi kepada dua iaitu tahallul awal dan tahalul thani"
Benar
Salah
Nyatakan jenis haji yang sesuai bagi tertib berikut;
Niat ihram haji-tawaf qudum (sa’ie haji)-wuquf-bercukur-tawaf haji
Haji tamattu’
Haji ifrad & Qiran
Rukun haji hendaklah dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun KECUALI:
Didahulukan niat ihram drpd rukun-rukun lain
Didahulukan wuquf daripada tawaf ifadah
Didahulukan tawaf daripada sa’ie
Bercukur boleh dilakukan sebelum wuquf apabila telah masuk waktu dan sebelum tawaf rukun
Berikut adalah faktor yang mengharuskan upah haji kecuali
Sakit yang tiada harapan sembuh
Sibuk dengan kerjaya
Meninggal dunia
Terlalu tua
Kesan ibadat haji terhadap individu ialah
boleh menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan umat Islam
dapat menghubungkan silaturrahim antara umat Islam
boleh meningkatkan keimanan kepada Allah S.W.T.
dapat menjalankan urusan perniagaan
Manakah yang berikut tidak benar mengenai maksud berkemampuan dalam ibadat haji?
Sihat tubuh badan
Aman perjalanan pergi dan balik
Memiliki ilmu pengetahuan yang cukup
Mempunyai bekalan untuk tanggungan yang ditinggalkan
Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjah. Ibadat tersebut ialah
Berwaqaf
Berwuquf
Bertahallul
Bersaie
Ibadat __________ mengingatkan kembali sejarah Siti Hajar mencari air untuk puteranya Ismail.
Tawaf
Saie
Wuquf
Berlari-lari anak
Berikut adalah perkara-perkara yang dilarang ketika berihram kecuali
menutup kepala bagi perempuan
memakai pakaian berjahit bagi lelaki
memakai minyak wangi pada pakaian
memakai sarung tangan bagi perempuan
Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullah sebanyak ________ kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah S.W.T.
8
7
6
5
Pada 9 Zulhijjah setiap tahun, jemaah haji wajib menghadirkan diri di padang Arafah untuk menunaikan salah satu rukun haji.
Nyatakan rukun haji tersebut?
Bermiqat
Bersaie
Berwuquf
Berihram bersama niat
Perkara yang membezakan antara rukun haji dan umrah ialah
Niat
Tawaf
Wukuf
Bercukur
______________ bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain.
Haji
Upah Umrah
Umrah
Upah Haji
Apakah syarat-syarat yang membolehkan ibadah saie diterima?
Dilakukan sebelum Tawaf Rukun atau Tawaf Ifadhah
Dimulai dari Bukit Safa dan disudahi di Bukit Marwah
Dimulai dari Bukit Marwah dan disudahi di Bukit Safa
Boleh dilakukan dengan cara mendongak kepala
memakai pakaian berjahit bagi lelaki adalah perkara
Perkara sunat haji
Perkara wajib umrah
Perkara dilarang ketika ihram
Perkara diharuskan ketika ihram
Antara bulan haji ialah
Rabiul Awal
Rabiul Akhir
Syaaban
Zulhijjah
Berada di Padang Arafah pada ________Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar ______ Zulhijjah. Ibadat tersebut ialah
9 , 10
10 , 11
13 ,14
14 , 16
Haji merupakan rukun _________ yang ke _________
Iman , 6
Iman , 5
Islam , 5
Islam , 6
