WorksheetsLATIHAN PSV T1: KONTRA DAN WARNA
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai kontra?
Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain
salah satu fungsi kontra adalah untuk mengelakkan kebosanan
perbezaan sifat garisan adalah teknik penghasilan kontra
penggunaan warna yang sama menghasilkan kontra
Antara berikut yang manakah teknik penghasilan kontra?
Persamaan saiz
Menimbulkan penegasan
Penggunaan bentuk yang bertentangan
Jalinan yang mempunyai similariti
Mengapakah warna jersi penjaga gawang pasukan bola sepak berbeza dengan ahli pasukannya yang lain?
Sebagai aspek keindahan dan keistimewaan rekaan jersi
Khas untuk keselesaan penjaga gawang gol
Menimbulkan penegasan perbezaan posisi pemain
Untuk memberi tenaga negatif kepada pihak lawan
Keadaan yang manakah antara situasi yang berikut menunjukkan tentang kontra?
Perbarisan angkatan tentera yang memakai pakaian beruniform yang seragam
Penyanyi yang mengenakan pakaian serba merah jambu ketika membuat persembahan
kanak-kanak membawa lampu minyak tanah dalam suasana malam yang gelap gelita
Kuih karipap yang dijual oleh ibu berintikan kentang
Antara gambar yang berikut, yang manakah benar tentang kontra?
Antara berikut, yang manakah fungsi penegasan?
untuk memberi keceriaan dan ketenangan
untuk menarik tumpuan pada sesuatu yang ditekankan
untuk memberikan perbezaan pendapatan
untuk memberi maksud tentang keindahan
Berdasarkan gambar di bawah, apakah fungsi penegasan pada rekaan lambang jenama kereta?
sebagai penegasan pada kualiti dan prestij
sebagai penentuan harga pasaran
sebagai penentuan keluaran tempatan
sebagai penegasan keselesaan
Mengapakah susun atur makanan yang dihidangkan juga memerlukan penegasan?
boleh memberikan maksud tertentu
boleh membangkitkan selera
boleh meningkatkan harga pasaran
menjadikan makanan tersebut lebih enak
Mengapakah penegasan penting dalam penghasilan poster antidadah seperti di atas?
supaya boleh menakutkan anak muda
supaya poster itu nampak ceria
supaya mesej dapat disampaikan
supaya poster itu nampak cantik
Penegasan melalui perbezaan warn ajuga boleh dilihat melalui lampu isyarat. Nyatakan maksud warna tersebut?
Hijau: jalan, Kuning: bersedia untik berhenti, Merah: berhenti
Hijau: berhenti, kuning: bersedia untuk berhenti, merah: jalan
Hijau: bersedia untuk jalan, Kuning: jalan, Merah: berhenti
Hijau: bersedia untuk laju, Kuning: berhenti, Merah: jalan
