wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bahasa Melayu Kuno

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya digunakan dalam bahasa Melayu kuno?

a)

Dangan, bhulan

b)

Merlari, niminumna

c)

Niparwuat, marlapas

d)

Sabanakna, mangujari

2.

Yang berikut ialah bahan bukti kewujudan bahasa Melayu kuno, kecuali


I batu bersurat Gandasuli

II batu bersurat Karang Brahi

III batu nisan Sultan Malikul Saleh

IV batu nisan Minye Tujuh di Acheh

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Yang manakah batu bersurat yang ditemukan di Palembang?

a)

Batu bersurat Gandasuli

b)

Batu bersurat Kota Kapur

c)

Batu bersurat Karang Brahi

d)

Batu bersurat Kedukan Bukit

4.
  • Dijumpai di daerah Hulu Jambi pada tahun 1904
  • Bertarikh 614 tahun Saka (692 Masihi)
  • Tulisannya jenis Palava


Tiga pernyataan di atas berkaitan dengan

a)

batu bersurat di Kota Kapur

b)

batu bersurat di Bangkahulu

c)

batu bersurat di Karang Brahi

d)

batu bersurat di Kedukan Bukit

5.

perkara - buatannya - enau


Dalam bahasa Melayu kuno, perkataan-perkataan di atas bermaksud

a)

parakara - wuatanna - henau

b)

prakara - wuatanna - hanau

c)

prakara - wuahna - enau

d)

pekarra - wuatna - anau

6.

Yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu kuno?


I Tidak wujud vokal depan luas

II Bunyi [b] dalam bahasa Melayu moden ialah [w]

III Awalan ni- berubah menjadi di- dalam bahasa Melayu moden

IV Imbuhan mar- berubah menjadi ber- dalam bahasa Melayu moden

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Yang manakah batu bersurat yang menggunakan tulisan yang berasal dari bahagian utara India?

a)

Gandasuli

b)

Kota Kapur

c)

Talang Tuwo

d)

Karang Brahi

8.

Kumpulan imbuhan yang kesemuanya terdapat dalam bahasa Melayu kuno ialah

a)

mar-, at-, swa-

b)

ni-, -wan, swa-

c)

dwi-, mar-, pra-

d)

nipar-, mar-, ni-

9.

Yang manakah tulisan yang digunakan pada zaman bahasa Melayu kuno?


I Jawi

II Kawi

III Rumi

IV Nagiri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

10.

Batu bersurat yang tertua yang menyebut nama Sriwijaya ialah

a)

Nagiri

b)

Talang Tuwo

c)

Kedukan Bukit

d)

Karang Brahi

11.

Yang manakah bukan ciri bahasa Melayu kuno?

a)

Menggunakan awalan nipar-

b)

Awalan di- menggantikan awalan ni-

c)

Tidak menggunakan bunyi vokal tengah

d)

Terdapat konsonan rangkap yang berunsur hembusan

12.

"Tlu ratus sapulu dua" bermaksud

a)

Tiga ratus dua puluh

b)

Tiga ratus dua belas

c)

Tiga ribu dua ratus dua

d)

Tiga ratus dua puluh ribu

13.

Bukti kewujudan bahasa Melayu kuno ditemukan di


I Sumatera

II Pulau Jawa

III Pulau Borneo

IV Pulau Sulawesi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Bahasa Melayu kuno ditemukan bercampur dengan

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Parsi

c)

bahasa Jawa

d)

bahasa Sanskrit

15.

Yang manakah bukan batu bersurat pada zaman bahasa Melayu kuno?

a)

Batu bersurat Talang Tuwo

b)

Batu bersurat Kedukan Bukit

c)

Batu bersurat Pagar Ruyung

d)

Batu bersurat Karang Brahi

16.

Batu bersurat yang manakah yang TIDAK ditemukan Palembang dan pulau di sekitarnya?

a)

Kedukan Bukit

b)

Talang Tuwo

c)

Kota Kapur

d)

Gandasuli

17.

Perkataan yang manakah yang memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kuno tidak mengandungi vokal "e pepet" tetapi menggantikannya dengan vokal "a"?

a)

dukkha

b)

wanak

c)

talaga

d)

wulan

18.

Pasangan batu bersurat yang manakah yang mempunyai kandungan yang hampir serupa?

a)

Talang Tuwo - Kota Kapur

b)

Karang Brahi - Kota Kapur

c)

Kota Kapur - Kedukan Bukit

d)

Karang Brahi - Kedukan Bukit

19.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang batu bersurat yang ditemukan di Jawa Tengah?

a)

Menggunakan aksara Palava

b)

Dibina oleh kerajaan Sriwijaya

c)

Ditemukan yang berhampiran dengan Sumatera

d)

Hurufnya mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha

20.

Bahasa Melayu kuno mempunyai kaitan yang rapat dengan

a)

agama Islam

b)

bahasa Arab

c)

pengaruh India

d)

pengembara Cina