Font size
WorksheetsBAB 8: TAMADUN ISLAM DAN SUMBANGANNYA
Total questions: 20
Worksheet time: 12mins
Pilih tiga ibu kota penting dalam wilayah Hijaz.
Taif
Makkah
Syam
Madinah
Masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelar sebagai masyarakat
Hadari
Jahiliah
Madani
Muhajirin
Apakah maksud Zaman Jahiliah?
Pilih 2 jawapan
Tidak mempunyai nabi
Kemusnahan alam sekitar
Kemerosotan perdagangan
Tiada kitab suci sebagai petunjuk
Mengapakah amalan sistem kabilah memberi kesan buruk kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
Menindas golongan miskin
Perpaduan masyarakat Arab terhakis
Tidak berhubung dengan masyarakat luar
Sering berlaku peperangan dalam masyarakat
Apakah ciri-ciri kaum Hadhari?
Pilih 2 jawapan.
Hidup secara nomad
Tinggal di kawasan kota
Memiliki binatang ternakan
Mengusahakan tanaman kurma
Masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam mencari rezeki dengan cara
bertani
menternak
berdagang
melombong
Apakah perbuatan tidak bermoral masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam?
Pilih 2 jawapan.
Berjudi
Minum arak
Menyembah matahari
mengamalkan sistem kabilah
Apakah kepercayaan masayrakat Arab sebelum kedatangan Islam
Menyembah berhala
Menganut agama Hindu
Mengadakan upacara korban
mempercayai dewa dan dewi
Apakah sikap baik yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah?
Pilih 2 jawapan.
Menepati janji
Memuliakan tetamu
Menghormati wanita
Mengamalkan semangat assabiyah
Apakah kepentingan surah al-Alaq kepada umat Islam?
Melahirkan generasi berilmu
Membentuk kerjasama erat
Mengembangkan agama Islam
Mewujudkan konsep ummah
Antara berikut, yang manakah individu awal yang memeluk Islam?
Pilih 2 jawapan.
Ali bin Abi Talib
Zaid bin Harithah
Uthman bi Affan
Umar bin al-Khattab
🍒Berpusat di Baghdad
🍒Memerintah selama 5 abad
🍒Islam berkembang ke Samaniyah hingga ke barat India
Apakah kerajaan Islam di atas?
Bani Umaiyah
Bani Abbasiyah
Turki Uthmaniyah
Khulafa al-Rasyidin
Apakah faktor-faktor penyebaran Islam?
Pilih 2 jawapan.
Persaingan kuasa
Arahan pemerintah
Kesyumulan Islam
Prinsip keterbukaan
Apakah bukti ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin antarabangsa?
Menyatukan kaum Ansar dan Muhajirin
Memerangi orang Arab Quraisy Makkah
Menjadikan kota Madinah sebagai pusat perdagangan
Menghantar perwakilan ke luar negara seperti ke Habsyah dan Mesir
Apakah strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam Perang Khandak?
Penggalian parit
Serangan hendap
Penggunaan bahan letupan
Pembinaan tembok pertahanan
Apakah sumbangan tamadun Islam dalam bidang politik?
Pilih 2 jawapan.
Sistem syura
Konsep ummah
Amalan demokrasi
Dasar perluasan kuasa
Maklumat berikut berkaitan ilmuan Islam.
🌙Pengasas ilmu algebra
🌙Pengasas kitab Hisab al-Jabr wa al Muqabalah
Siapakah ilmuan tersebut?
Al-Biruni
Al-Battani
Ibn Battuta
Al-Khawarizmi
Apakah fungsi mihrab?
Penanda arah kiblat
Tempat imam membaca khutbah
Menjadi ruang solat jemaah wanita
Memberikan keselesaan dan ketenangan
Mengapakah reka bentuk Masjid Cordoba di Sepanyal dibuat melengkung?
Memberikan keselesaan
Mewujudkan rasa tenang
Memudahkan pengudaraan
Melambangkan perasaan hormat
Apakah ciri istimewa Masjid Sultan Ahmet, Turki?
Pilih 2 jawapan.
Pintu gerbang yang besar
Bumbung berbentuk bawang
Pembinaan menara di sisi masjid
Penggunaan kubah sebagai bumbung
