Font size
WorksheetsKelas BM Cikgu Hiedayah
Total questions: 10
Worksheet time: 7mins
1. Alif seorang jurutera. _____________ bekerja di kota raya itu sejak lima tahun lalu.
Saya
Dia
Mereka
Kami
2. Amanie dan Amiera sangat rapat. ___________ selalu keluar bersama pada hujung minggu.
Kami
Dia
Mereka
Beliau
3. Dato' Ammar seorang yang bertanggungjawab. ___________ akan memastikan kebajikan anak buahnya terjamin.
Dia
Saya
Beliau
Aku
4. "Saya dan Hidayu suka lepak di sini. ___________ akan dengar lagu dan menyanyi." kata Hayati kepada Sufiah.
Saya
Dia
Kamu
Kami
5. "Saya dan Ayu akan lepak di sini. __________ suka mendengar lagu dan menyanyi." kata Syifa kepada Puteri.
Kami
Dia
Mereka
Beliau
6. "Ampun tuanku, ________ akan menurut titah tuanku," kata Laksamana Shahrul.
beta
patik
baginda
saya
7. "Assalamualaikum, selamat tengah hari semua. Hari ini __________ akan menceritakan tentang Kata Nama," ujar cikgu Ali.
aku
kami
saya
dia
8. "____________ sangat berbesar hati mengisytiharkan bahawa hubungan antara Indah Pura dan Langkasuka sangat baik," titah Sultan Muzammil.
Baginda
Beta
Patik
Hamba
9. ___________ mendapat penyakit berjangkit itu dari kenalan mereka.
Saya
Dia
Kami
Mereka
10. "Alhamdulillah, keadaan ayah ________ beransur sihat," kata Hana.
saya
dia
kami
mereka
