Font size
WorksheetsBM TINGKATAN 5
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud "Pasangan yang sepadan".
Bagai bulan dipagar bintang
Cahaya mata
Bagai cincin dengan permata
Bagai melepaskan batuk di tangga
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa "Sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya".
Bersatu teguh bercerai roboh
Cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya
Bagai aur dengan tebing
Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
Kedua-dua peribahasa yang dinyatakan memberikan maksud yang hampir sama. Berikan maksud peribahasa "Bagai ikan pulang ke lubuk" dan "Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap belakang kerbau juga".
Suatu persahabatan yang erat sekali
Orang yang jauh merantau, akhirnya kembali ke tempat asal
Menyesal kemudian hari
Seseorang yang melakukan kerja orang lain sehingga mengabaikan tugasnya sendiri
Berikan maksud peribahasa "Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain".
Melakukan sesuatu yang sukar, lama-kelamaan berjaya juga jika tekun melakukannya
Manusia akan menjadi kuat jika bekerjasama/bersatu padu
Sifat seseorang yang tidak jauh bezanya dengan sifat orang tuanya
Mengikut adat di tempat orang dengan baik
Berdasarkan maksud peribahasa "Orang yang sengaja mencari susah atau bahaya". Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud peribahasa yang diberikan.
Kecil-kecil menjadi anak, besar-besar menjadi onak
Tiada beban batu digalas
Bapa borek anak rintik
Bagai inai dengan kuku
Berikan peribahasa yang tepat dengan maksud peribahasa "Orang yang kurang pandai, kalau ada kesungguhan mempelajari sesuatu lama-lama akan pandai juga".
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Belakang parang jika diasah nescaya akan tajam
Tidak memandang bulu, tidak melihat rupa
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan kepada maksud peribahasa " Menurut sahaja kehendak orang lain".
Anjing menyalak tiada mengigit
Seperti musang berbulu ayam
Anjing ditepuk menjungkit ekor
Seperti kerbau dicucuk hidung
Berikan peribahasa yang sesuai dengan maksud "Segala keperluan sudah ada, hanya menanti masa untuk melakukannya".
Awak yang tidak pandai menari, dikatakan lantai yang berjongket
Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan
Ta ada gunung yang tak dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni
Turutkan rasa binasa, turutkan hati mati
Berikan peribahasa lain yang hampir sama maksudnya dengan peribahasa "Seperti embun di hujung rumput".
Sediakan payung sebelum hujan
Nasi sudah menjadi bubur
Seperti abu di atas tunggul
Laut ditimba tak akan kering
Berikan peribahasa yang paling hampir maksudnya dengan peribahasa "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak".
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Seperti katak di bawah tempurung
Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut
Biar lambat asalkan selamat
Pilih maksud yang tepat bagi peribahasa "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".
Sebijak mana manusia itu pasti akan melakukan kesilapan
Bali semula ke pangkal jalan setelah melakukan kesalahan
Sekiranya seseorang itu mempunyai keinginan, akan ada cara memperolehinya
Sesuatu itu akan menjadi mudah jika selalu dilakukan
Berikan maksud peribahasa yang paling tepat kepada peribahasa "Indah khabar daripada rupa".
Orang yang khianat tidak mengaku dengan kesalahannya
Orang yang tidak kuat kemahuan atau penderiannya
Seseorang yang tamak, kerana apabila diberi sedikit, dia meminta banyak lagi
Keindahan atau kebihan yang diceritakan mengenai sesuatu itu melebihi kenyataan atau realitinya.
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan contoh situasi yang diberikan:
"Sebagai jiran kita mestilah bersikap jujur dan tidak mengamalkan sikap berpura-pura kerana sikap ini boleh merenggangkan hubungan sesama jiran"
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai Belanda meminta tanah
Seperti talam dua muka
Diberi betis hendak paha
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan contoh situasi yang diberikan:
"Kita seharusnya mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu kesilapan kerana jiran-jiran kita turut akan menerima akibat daripada kesilapan yang kita lakukan itu"
Turutkan rasa binasa, ikutkan hati mati
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit
Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan
Berdasarkan pilihan jawapan, pilih peribahasa yang tepat menyatakan maksudnya.
Bagai kaca terhempas ke batu - Perasaan gembira yang sukar digambarkan
Genggam bara api, biar sampai jadi arang - Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai - Berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang dihajati
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah - Kebaikan di depan mata tidak nampak, sebaliknya keburukan yang dicari
Betulkan kesalahan perkataan yang bergaris.
Kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.
(a)
Wakil rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
(a)
Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej dalam beberapa saat sahaja.
(a)
Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancarkan oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
(a)
Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam persaingan untuk mendapatkan pekerjaan
(a)
Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan diri.
(a)
Pembabitan golongan wanita dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.
(a)
Gerakan Cintailah Bahasa Kita telah dilancarkan untuk mendukung usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
(a)
Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa pantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk di sekitarnya.
(a)
Pengurusan syarikat itu mensasarkan peningkatan jualan produknya sebanyak tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.
(a)
