wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ujian Bahasa Melayu- Pemahaman 011

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Bilakah ____________ hendak melawat Nurul yang sedang sakit di hospital?" tanya Shidah kepada Raisha dan Wiya.

a)

kamu

b)

mereka

c)

awak

d)

kalian

2.

Ayah telah membawa pulang beberapa __________ rebung dan tiga _________ serai dari kebun untuk kegunaan ibu ketika memasak.

a)

gelung .... rumpun

b)

pucuk .... pohon

c)

batang .... batang

d)

rumpun .... longgok

3.

Daud menyatakan _________ dia tetap akan mengikuti rombongan ke Pulau Langkawi itu __________ terpaksa meminjam duit kakaknya untuk membayar tambang.

a)

walaupun .......... dan

b)

bahawa ........... walaupun

c)

sesungguhnya ........... sambil

d)

bahawa ........... namun

4.

Tokoh __________ itu diundang untuk menyampaikan ceramah tentang rumah tradisional yang terdapat di negara ini.

a)

sejarawan

b)

jutawan

c)

negarawan

d)

ilmuwan

5.

Ahmad ___________ tuduhan itu sekeras-kerasnya kerana yakin bahawa dia tidak bersalah dalam hal itu.

a)

melenyapkan

b)

mengecam

c)

menyoal

d)

menyangkal

6.

Wafiya memasukkan beberapa keping duit syiling __________ dalam tabung sebagai langkah untuk berjimat cermat.

a)

ke

b)

di

c)

pada

d)

akan

7.

Sempena Hari Malaysia, ________ orang menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud yang diadakan pada minggu lepas.

a)

beratus

b)

beratusan

c)

beratus-ratus

d)

ratus

8.

Pemain bola sepak itu menuju ke ___________ padang untuk memulakan perlawanan akhir.

a)

bawah

b)

tengah

c)

sudut

d)

sisi

9.

Apakah alat yang digunakan untuk melindungi Sultan Alauddin Riayat Syah daripada pancaran cahaya matahari?

a)

singgahsana

b)

iram-iram

c)

pending

d)

panji-panji

10.

Jurulatih itu berasa gusar apabila melihat anak buahnya bermain sambil lewa setelah pihak lawan menjaringkan gol.


Perkataan sinonim bagi gusar.

a)

teruja

b)

bimbang

c)

berang

d)

cemas

11.

Pekerja-pekerja kilang itu membangkang cadangan majikan mereka untuk membatalkan cuti sempena hari raya.


Perkataan antonim bagi membangkang.

a)

menyokong

b)

membantah

c)

memberontak

d)

menyalahi

12.

Pilih simpulan bahasa yang betul.


Sikap Aminah yang suka ___________ antara murid kelasnya dengan murid Tahun Lima Kenanga telah menimbulkan pergaduhan.

a)

buruk siku

b)

makan suap

c)

pisau cukur

d)

adu domba

13.

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

a)

Rakyat negeri Inderapura bernaung di bawah pemerintahan Sultan Iskandar yang sangat adil dan saksama.

b)

Murid-murid Tahun 6 bernaung di atas kerusi batu yang disediakan pihak sekolah pada waktu rehat.

c)

Parameswara bernaung di bawah sepohon kayu sewaktu baginda dan pengikutnya berburu di hutan.

d)

Adik Fairus bernaung dengan nyaring memanggil kawannya yang sudah mengayuh basikal untuk pulang.

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.


"Pada pendapat saya, perompak itu patut dibawa ke muka pengadilan," kata Hanif kepada Haziq.

a)

Haziq berpendapat bahawa Hanif patut mengadili perompak itu.

b)

Hanif mahu Haziq membawa perompak itu ke muka pengadilan.

c)

Hanif berpendapat bahawa perompak itu harus diadili.

d)

Haziq menyatakan perompak itu patut menerima hukuman.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sarah mempunyai banyak kenalan yang tinggal di taman perumahan mewah itu.

b)

Kediaman Fariz terletak nian jauh dari bandar itu.

c)

Fatimah bukan gemar makan sambal tempoyak.

d)

Perjumpaan Kelab Koperasi Sekolah Jaya ialah dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.

16.

Pilih ayat yang betul.

a)

Pelbagai kuih-muih telah dihidangkan kepada tetamu sempena majlis hari lahir adik.

b)

Baju kegemaran kamu mana?

c)

Suasana di dalam bilik mesyuarat itu hingar-bingar apabila dua pihak berbalah.

d)

Patuhilah undang-undang jalan raya demi untuk keselamatan diri.

17.

Apakah tajuk yang bersesuaian dengan petikan di atas?

a)

Kemerdekaan Tanah Melayu

b)

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj

c)

Cik Menyalara

d)

Sultan Kedah

18.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pernah berada di tempat berikut kecuali

a)

Pulau Pinang

b)

Kedah

c)

London

d)

Perak

19.

Nyatakan jawatan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj semasa bekerja di dalam perkhidmatan awam Kedah.

a)

Pegawai Daerah

b)

Pegawai Rombongan

c)

Pegawai Perkhidmatan

d)

Pegawai Bomba

20.

Rangkai kata membuahkan hasil dalam petikan bermaksud

a)

tidak berjaya

b)

mendapat buah

c)

memperoleh kejayaan

d)

mendapat kepujian