wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI BM SEM 1 BAHAGIAN A

Total questions: 24

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Austris terdiri daripada:

i Austronesia

ii X

iii Tibet- China

a)

Polinesia

b)

Melanesia

c)

Nusantara

d)

Austroasia

2.

Istilah "filum" dalam asal usul bahasa merujuk kepada kelompok bahasa yang berusia

a)

5000 tahun ke atas

b)

2500 hingga 5000 tahun

c)

kurang daripada 1500 tahun

d)

kurang daripada 2500 tahun

3.

Keluarga bahasa Nusantara tergolong dalam rumpun bahasa

a)

Austris

b)

Austroasia

c)

Tibet-China

d)

Austronesia

4.

Yang benar tentang bahasa Melayu kuno,

i Menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit

ii Berkembang di Nusantara selepas abad ke-13

iii Menjadi bahasa kebangsaan kerajaan Sriwijaya

iv Menjadi bahasa perantaraan pada zaman kerajaan Majapahit

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii da iv

d)

iii dan iv

5.

Yang manakah pasangan perkataan yang kedua-duanya mempunyai ciri bahasa melayu kuno?

i Bhumi, dengan

ii Diperwuat, uram

iii Marlapas, wuatku

iv Tuwa, niminumna

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

6.

Pernyataan yang berikut benar tentang bahasa Melayu klasik, kecuali

a)

Mengekalkan pengaruh bahasa Sanskrit

b)

Menjadi bahasa pentadbiran kerajaan Melayu Melaka

c)

Batu bersurat Minye Tujuh ialah bukti pertama penggunaan bahasa melayu klasik

d)

Bahasa Melayu klasik mula digunakan pada abad ke-14

7.

Hatta, maka baginda pun lepas anakanda baginda kembali itu maka ia pun berangkat masuk ke dalam istana beradu.


Yang berikut merupakan ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas kecuali

a)

Penggunaan struktur ayat pasif

b)

Penggunaan ayat songsang

c)

Penggunaan kata pangkal ayat

d)

Penggunaan partikel dalam ayat

8.

Perancangan korpus merupakan usaha yang merangkumi aspek

i ejaan

ii tulisan

iii sebutan

iv tanda baca

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

9.

Pewujudan Kerusi Pengajian Melayu di universiti luar negara memenuhi fungsi bahasa Melayu sebagai

a)

bahasa ilmu

b)

bahasa rasmi

c)

bahasa pengantar

d)

bahasa kebangsaan

10.

Pengaruh bahasa asing yang paling awal terserap ke dalam bahasa Melayu ialah pengaruh

a)

bahasa Arab

b)

bahasa Sanskrit

c)

bahasa Belanda

d)

bahasa Inggeris

11.

Imbuhan yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit ialah

a)

-wi, eka-

b)

dwi-, pro-

c)

sub-, anti-

d)

tata-, pra-

12.

Yang berikut merupakan kata pinjaman, kecuali

a)

sepatu

b)

loceng

c)

sungai

d)

elektrik

13.

Gamelan, kaget, prihatin, Lempeng


Kesemua perkataan di atas dipinjam daripada bahasa

a)

Cina

b)

Jawa

c)

Parsi

d)

Sanskrit

14.

Perkataan manakah yang mempunyai bilangan suku kata yang paling banyak?

a)

berketerampilan

b)

berlatarbelakangkan

c)

mentransformasikan

d)

mempropagandakan

15.

Organ yang paling aktif dalam penghasilan bunyi bahasa.

Menyempitkan laluan udara dengan mendekatkannya kepada bahagian-bahagian lelangit di rongga mulut.


Apakah organ pertuturan yang menepati pernyataan di atas?

a)

lidah

b)

glotis

c)

dua bibir

d)

lelangit keras

16.

Perkataan yang tidak mengandungi vokal depan separuh sempit ialah

a)

selekoh

b)

melewati

c)

bertempur

d)

bertenggek

17.

Pasangan kata yang mengandungi vokal belakang sempit ialah

a)

inang dan lipas

b)

bantu dan upah

c)

telor dan ekor

d)

lemah dan serat

18.

pisang

sambil

girang


perkataan di atas mengandungi

a)

vokal tengah dan vokal depan sempit

b)

vokal depan luas dan vokal depan sempit

c)

vokal depan luas dan vokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang luas dan vokal belakang separuh sempit

19.

Perkataan yang mengalami pengglotisan ialah


i kedalaman

ii keamanan

iii kefasihan

iv keindahan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

20.

Perkataan yang tidak mengalami proses pembibiran

a)

tuan

b)

buah

c)

paut

d)

liang

21.

Perkataan yang terdiri daripada vokal rangkap ialah

a)

biar

b)

serai

c)

taubat

d)

sebut

22.

Semua konsonan yang berikut dihasilkan dengan sekatan udara dilepaskan serta-merta kecuali

a)

[d]

b)

[c]

c)

[p]

d)

[?]

23.

Yang manakah ayat yang menggunakan perkataan yang mengandungi konsonan letupan lelangit lembut?

a)

Musang mengejar ayam.

b)

Tempat itu terpencil.

c)

Peserta utama sudah gagal.

d)

Masalah persatuan perlu diatasi.

24.

Yang manakah bunyi yang melibatkan bibir atas dan bibir bawah?


i Letusan

ii Letupan

iii Getaran

iv Sengauan

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv