WorksheetsBAHASA MELAYU T2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kompleks beli - belah yang baru dibuka itu mempunyai __________, tempat orang menonton wayang.
purata
tadika
pawagam
gimrama
Acara sukan yang paling saya gemari ialah __________ kerana saya kagum dengan kebolehan pesertanya melenturkan badan.
sukaneka
senamrobik
taridra
gimrama
Majlis perkahwinan itu diserikan lagi dengan persembahan nyanyian yang diiringi muzik daripada pasukan __________.
taridra
kugiran
tabika
pawagam
Pertubuhan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan hidupan liar di Malaysia ialah __________.
ABIM
MARDI
RISDA
PERHILITAN
Adidas merupakan __________ kasut yang paling banyak dipakai oleh golongan muda pada masa kini.
asbut
jenama
purata
angkubah
Persembahan kumpulan __________ mendapat perhatian daripada penonton kerana mereka menari sambil berlakon.
taridra
sukaneka
gimrama
senamrobik
__________ digunakan untuk merobohkan dinding bangunan usang tersebut.
Asbut
Jengkaut
Jentolak
Angkubah
__________ ialah sebuah universiti yang menyediakan latihan perguruan kepada bakal guru di Malaysia.
UPSI
ADUN
IPTAR
JAKIM
Banyak sekolah ditutup ekoran terdapat kes murid sukar bernafas akibat __________ yang merentasi selat Melaka berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia.
asbut
debunga
angkubah
jerayawara
Persatuan Bahasa Melayu mengadakan program Cintai Bahasa, termasuklah beberapa siri __________ yang meliputi seminar dan ceramah.
asbut
taridra
debunga
jerayawara
'' __________ hendak pergi ke kantin sekolah bersama - sama ,'' kata Mira dan Siti kepada Mariah.
Saya
Kami
Kita
Aku
'' Janganlah __________ bimbang akan keselamatan hamba selama berada di sana,'' kata Hang Tuah kepada Hang Jebat.
awak
hamba
engkau
tuan hamba
Pihak polis sedang mengambil keterangan daripada perompak itu setelah __________ ditangkap dan ditempatkan di dalam lokap.
dia
mereka
beliau
kalian
Pihak istana sedang berbincang tentang lawatan __________ ke luar negara pada minggu hadapan.
dia
tuanku
beliau
baginda
'' __________ harus bermain dengan bersungguh - sungguh menentang pasukan lawan yang kuat itu,'' kata jurulatih itu kepada pemain - pemainnya.
Mereka
Engkau
Dia
Kalian
'' __________ akan berangkat ke majlis perkahwinan diraja bersama dengan permaisuri sebentar lagi,'' titah Raja Ahmad.
Beta
Patik
Tuanku
Hamba
Perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu dikecam hebat oleh penduduk tempatan kerana __________ membuang sisa toksik ke dalam sungai.
dia
awak
beliau
mereka
'' __________ datang dari sekolah mana? '' soal Ali kepada murid yang barumasuk ke kelasnya.
Dia
Awak
Engkau
Saudara
'' Marilah __________ pergi ke pasar malam kerana banyak makanan dijual di sana,'' kata ibu kepada saya.
kita
kami
awak
tuan hamba
'' Terima kasih kerana membenarkan __________berlindung daripada hujan di sini,'' kata pengemis itu kepada sultan Muzaffar.
saya
patik
hamba
tuan hamba
