wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sejarah kbsmtingkatan 5 bab 8

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peristiwa yang berlaku sehingga Rukun Negara dibentuk pada 31 Ogos 1970 ?

a)

Peristiwa 13 Mei 1969

b)

Revolusi keagungan

c)

Peristiwa Jahiliah

d)

Perang Kemerdekaan

2.

Siapakah yang membentuk Rukun Negara Malaysia ?

a)

Majlis Perundingan Negara

b)

Majlis Persekutuan Negara

c)

Majlis Raja-Raja

d)

Majlis Eksekutif

3.

Semua sekolah Vernakular Melayu, Cina dan India dibubarkan dan akan digantikan dengan satu jenis sekolah kebangsaan sahaja.


Kenyataan tersebut merujuk kepada cadangan

a)

Laporan Barnes

b)

Ordinan Pelajaran

c)

Penyata Razak

d)

Laporan Rahman Talib

4.

Laporan Barnes 1950 ditentang oleh masyarakat Cina yang kemudian mengeluarkan cadangan melalui

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Fenn-Wu

c)

Ordinan Pelajaran

d)

Laporan Barnes

5.

Penubuhan Sekolah Umum dan Jenis Umum

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris wajib diajar di semua sekolah


Berikut merupakan cadangan oleh

a)

Laporan Barnes

b)

Penyata Razak

c)

Laporan Rahman Talib

d)

Ordinan Pelajaran

6.

Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.


Berikut merupakan syor dalam

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Laporan Fenn-Wu

d)

Jawatankuasa Kabinet

7.

Sistem Persekolahan Aneka Jurusan telah diperkenalkan menerusi cadangan

a)

Penyata Razak

b)

Laporan Rahman Talib

c)

Kajian Aminuddin Baki

d)

Jawatankuasa Kabinet

8.

Penekanan 3M

Penekanan KoKurikulum

Bahasa Melayu subjek wajib dalam peperiksaan


Berikut merupakan syor dalam laporan pendidikan

a)

Penyata Razak

b)

Kajian Aminuddin Baki

c)

Laporan Rahman Talib

d)

Jawatankuasa Kabinet

9.

Menurut syor Laporan Rahman Talib 1960, pelajaran agama Islam hendaklah diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai pelajar tidak kurang ____ orang pelajar Islam.

a)

12

b)

13

c)

14

d)

15

10.

Pilih sekolah yang ditubuhkan untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

a)

Sekolah Alam Shah

b)

Sekolah Pekan Baru

c)

Sekolah Sultan Abdul Halim

d)

Sekolah Seri Puteri

11.

Bahasa Melayu mula digunakan di (a)   di Malaysia pada tahun 1990.

12.

Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan di Malaysia

a)

2 tahun sekali

b)

Setiap tahun

c)

3 tahun sekali

d)

4 tahun sekali

13.

Mengapakah kerajaan menubuhkan institusi berikut?

 Dewan Bahasa dan Pustaka

 Universiti Kebangsaan Malaysia

a)

A Meningkatkan kadar celik huruf

b)

B Menggalakkan kemasukan pelajar asing

c)

C Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

D Memperkasa kedudukan bahasa kebangsaan

14.

Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan untuk menyatukan penduduk di Tanah Melayu.


Berdasarkan ordinan tersebut, bagaimanakah perpaduan dapat dicapai?

a)

A Menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

b)

B Mewajibkan pelajaran agama dan akhlak di peringkat sekolah menengah

c)

C Memberikan pendidikan percuma kepada semua murid sekolah rendah

d)

D Memperkenalkan kursus aliran kemahiran di sekolah bantuan kerajaan

15.

Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.


Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan

a)

A Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

B Mengurangkan sekolah vernakular

c)

C Memendekkan tempoh pembelajaran

d)

D Menempatkan murid kelainan upaya

16.

SPM 2013

Mengapakah Majlis Perundingan Negara mengisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?

a)

A Menyusun semula masyarakat

b)

B Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

C Meningkatkan kemajuan ekonomi

d)

D Memartabatkan bahasa kebangsaan

17.

Jalur Gemilang ialah bendera kebangsaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kita mesti berbangga dengan Jalur Gemilang yang menjadi lambang

a)

A. keagungan

b)

B. kegigihan

c)

C. kemajuan

d)

D. kedaulatan

18.

Apakah faedah yang diperoleh daripada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)?

a)

Menangkis ancaman luar

b)

Memantapkan hubungan serantau

c)

Menyatupadukan penduduk berbilang kaum

d)

Mengeratkan semangat kerjasama negeri terlibat

19.

Laporan Rahman Talib 1960 diperkenalkan dengan penekanan kepada perpaduan kaum.

Antara berikut, yang manakah syor laporan tersebut?

a)

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar sekolah menengah

b)

Sistem persekolahan bercorak integrasi

c)

Aliran vokasional diperkenalkan

d)

Sekolah kebangsaan menggantikan sekolah umum

20.

Objektif Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah

a)

Memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan

b)

Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan

c)

memperkaya dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat

d)

Mempromosi sektor pelancongan