wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 10 SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah tarikh kemerdekaan negara? (Buku teks m/s 234)

a)

30 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

16 September 1960

2.

"Bebas daripada penjajahan, kurungan atau naungan"

Takrif kemerdekaan tersebut adalah mengikut

(Buku teks m/s 234)

a)

Kamus Oxford

b)

Buku Teks Sejarah Tingkatan 4

c)

Kamus Dewan

d)

Akhbar Utusan Melayu

3.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah yang menyatakan maksud kemerdekaan seperti di atas?

(Buku teks m/s 234)

a)

Nelson Mandela

b)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

c)

Rashid Rida

d)

Mahatma Gandhi

4.

"Kemerdekaan bererti bebas selama-lamanya"

Definisi kemerdekaan ini dinyatakan oleh

(Buku teks m/s 235)

a)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

b)

Soekarno

c)

Tun Fuad Stephens

d)

Tunku Abdul Rahman

5.

"Merdeka juga bermaksud menghayati semangat jiwa merdeka dengan menyayangi negara sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk negara ini dengan apa-apa cara sekalipun"

Maksud kemerdekaan di atas adalah menurut (Buku teks m/s 235)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

c)

Tun Temenggong Jugah anak Barieng

d)

Tun Fuad Stephens

6.

Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk untuk mencipta lagu kebangsaan. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita?

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Inilah Barisan Kita

c)

Negaraku

d)

Demi Negara

7.

Lagu kebangsaan negara berasal daripada lagu

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Negaraku

c)

Tanggal 31

d)

Jalur Gemilang

8.

Siapakah yang mencipta reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 236)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Yaacob Abdul Latiff

c)

Mohamed Hamzah

d)

S. E. Jewkes

9.

Bunga apakah yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan?

(Buku teks m/s 236)

a)

Bunga raya

b)

Bunga teratai

c)

Bunga mawar

d)

Bunga orkid

10.

Gambar di atas menunjukkan bendera British diturunkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British. Apakah nama bendera British?

(Buku teks m/s 238)

a)

Malayan Union

b)

God Save The Queen

c)

Union Jack

d)

Great Britain

11.

"Bapa Kemerdekaan Tanah Air" adalah gelaran yang diberi kepada

(Buku teks m/s 239)

a)

Sardon Jubir

b)

Tuan Haji Masood Hayati

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dato Abdul Razak Hussein

12.

Gambar di atas menunjukkan upacara sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Di manakah sambutan tersebut berlangsung?

(Buku teks m/s 240)

a)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Padang Banda Hilir, Melaka

d)

Padang Kelab Selangor

13.

Negara kita mengamalkan konsep Raja Berperlembagaan setelah merdeka iaitu _______________________ menjadi ketua utama negara.

(Buku teks m/s 242)

a)

Yang di-Pertuan Besar

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Sultan

d)

Gabenor

14.

Bagaimanakah rakyat memilih kerajaan dan pemerintah di bawah sistem demokrasi berparlimen?

(Buku teks m/s 242)

a)

bermusyawarah

b)

perbincangan

c)

pilihan raya

d)

perhimpunan

15.

Siapakah yang dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

(Buku teks m/s 242)

a)

Dato Abdul Razak Hussein

b)

Sardon Jubir

c)

Tahir Abdul Majid

d)

Tunku Abdul Rahman