WorksheetsKuiz Pengajian akhlak PIMK3103
Total questions: 10
Worksheet time: 30mins
1. Walaupun terdapat perbezaan antara konsep akhlak dan moral , persamaan ketara antara kedua-duanya ialah .
A.Mengajak ke arah kebaikan.
B Boleh mempengaruhi individu lain .
C Mempunyai kaitan dengan agama .
D Membicarakan tentang sikap manusia.
2. Sesuatu yang harus tetapi dilakukan secara berlebihan dilarang oleh Rasulullah SAW .
Nyatakan faktor larangan yang paling tepat :
A Kemampuan diri terhad.
B. Boleh mengakibatkan kecelaruan minda
C Turut memberi kesan kepada individu lain .
D Menepati saranan agama supaya bersederhana
3. Rasulullah SAW bersabda :
( مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَيْتَةً فَلَهُ فِيهَا أَجْرٌ )
رواه النسائي : وإحياء الموات هو استغلال الأرض بالزرع
Sunnah Rasulullah SAW dalam berakhlak dengan alam sekitar yang boleh dikaitkan dengan hadis di atas ialah :
A Menjaga kebersihan
B Menjaga kehijauan alam
C Melindungi dan menyayangi binatang
D.Memelihara sungai dan laut dari pencemaran
4. Rasulullah SAW bersabda :
" إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلاَةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا )
Hadis di atas menceritakan tentang seseorang yang disebut sebagai muflis walaupun melakukan amal soleh yang banyak .
Kaitan paling tepat untuk menggambarkan individu tersebut ialah antara :
A Niat dan akhlak
B.Ibadah dan akhlak
C Ibadah dan al-Sunnah
D Akidah dan amalan yang soleh
5. Menurut al-Ghazali ( 2015), melalui daya intelek yang tinggi , manusia dapat memperolehi kemuliaan sama ada di dunia mahupun di akhirat. Namun secara realitinya , banyak fenomena keruntuhan akhlak dilakukan oleh orang yang memiliki latar belakang pendidikan yang baik .
Pernyataan yang paling tepat untuk menggambarkan situasi di atas ialah :
A Kelemahan pada method pendidikan akhlak
B Tujuan utama pendidikan akhlak tidak ditikberatkan
C.Kesinambungan Ilmu dan amalan tidak diberi perhatian.
D Ketidaktepatan kandungan Ilmu akhlak yang diterapkan.
6. Rasulullah SAW bersabda :
( ما مِنْ مَوْلُودٍ إِلاَّ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِه)
Pernyataan utama hadis di atas adalah tentang :
A Keperluan memberi pendidikan kepada anak
B Kesalahan dalam pendidikan anak adalah tanggunjawab ibu bapa
C.Kelalaian anak-anak sehingga mudah terpengaruh dengan anasir luar
D Kepentingan dan pengaruh ibu bapa dalam menentukan masa hadapan anak.
7. Antara kaedah membentuk akhlak anak-anak yang disarankan dan dipraktikkan oleh Rasulullah SAW ialah melalui pendekatan “Targhib” .
Keistimewaan paling ketara dalam mengaplikasi pendekatan ini ialah :
A Meningkatkan motivasi anak-anak
B.Memberi kegembiraan kepada anak-anak
C Selaras dengan fitrah semulajadi anak-anak
D Menghindarkan kebosanan dalam diri anak –anak
8. Rasulullah SAW bersabda :
( وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ )
Hadis di atas menceritakan tentang konsep dendaan dan hukuman .
Hukuman atau dendaan akan diterima baik dan boleh meninggalkan impak kepada pesalah akhlak . Penyataan paling tepat tentang ciri hukuman yang baik ialah :
A Tidak dilakukan secara berlebihan
B Kesalahan dijelaskan terlebih dahulu
C Hukuman dikenakan disamping memberi nasihat
D Dikenakan setelah kesemua kaedah pentarbiahan digunakan
9. Rasulullah SAW bersabda :
( أما إنك لو لمْ تُعطهِ شيئًا كُتبتْ عليكِ كَذِبةٌ)
“Sekiranya engkau tidak memberikannya sesuatu maka akan ditulis bagimu sebagai satu pendustaan” (riwayat Abu Daud)
Hadis diatas melarang ibu bapa dari berbohong kepada anak walaupun dalam perkara yang dianggap remeh . Faktor larangan tersebut sesuai dikaitkan dengan kaedah .
A Ancaman
B Pengulangan
C Pemilihan idola
D Teladan yang baik
10. Ibnu Abbas menceritakan ketika beliau masih kanak-kanak, beliau bermalam di rumah ibu saudaranya Maimunah iaitu isteri Rasulullah SAW.
“ Di pertengahan malam Rasulullah SAW bangun lalu berwudhu‘ dengan wudhu' yang ringkas dan bersolat , lalu aku pun bangun dan berwudhu' seperti mana baginda berwudhu,” (Riwayat Muslim)
Antara tindakan paling sesuai untuk membimbing kanak -kanak melalui sikap suka meniru ialah .
A Memilih idola yang baik.
B Mengajar solat-solat sunat .
C Menggunakan panggilan yang baik
D Memberi bimbingan secara berterusan
