Font size
WorksheetsKuiz Bahasa Melayu Tingkatan 1
Total questions: 50
Worksheet time: 29mins
Kaki Nek Salmah berasa ____________ kerana terlalu jauh berjalan.
lesu
lemau
lembik
lenguh
1. Mariah selalu terkenang......peristiwa pahit manis ketika dia berada di kampung dahulu.
akan
terhadap
pada
dengan
2. Para ........ tanah air telah dihantar ke negara Indonesia untuk membantu mangsa yang dilanda gempa bumi dan Tsunami baru-baru ini.
hartawan
dermawan
bangsawan
sukarelawan
3. Penduduk di perkampungan nelayan itu bekerja sambilan dengan ....... jala semasa musim tengkujuh.
menjahit
menenun
menyirat
menyemat
4. KESALAHAN UMUM KATA DAN FRASA NAMA. PILIH AYAT YANG BETUL
Banyak sayur-sayuran di jual di pasar tani.
Banyak sayur di jual di pasar tani.
5. KESALAHAN UMUM KATA DAN FRASA NAMA. PILIH AYAT YANG BETUL
Para petani itu sedang membajak tanah.
Para petani-petani itu sedang membajak tanah.
6. KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.
Mereka itu telah pun makan nasi.
Mereka-mereka itu telah pun makan nasi.
KESALAHAN UMUM KATA GANTI NAMA DIRI.
Beg ini dibeli olehnya.
Beg ini dibeli oleh ia.
8.KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG
Saya makan nasi apabila lapar
Saya makan nasi bila lapar.
KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG
Oleh kerana sakit, dia ke klinik.
Oleh sebab sakit, dia ke klinik.
10. KESALAHAN UMUM KATA HUBUNG
Saya tunggu awak hingga petang.
Saya tunggu awak hingga ke petang.
11. KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF
Foto itu diambil oleh saya.
Foto itu saya ambil.
12. KESALAHAN UMUM FRASA KERJA PASIF
Foto itu Encik Khoo cuci.
Foto itu dicuci oleh Encik Khoo.
13. KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF
Saya benci akan awak.
Saya bencikan awak.
14. KESALAHAN UMUM FRASA ADJEKTIF
Rumah itu hingar-bingar sekali.
Rumah itu hingar-bingar.
15. KESALAHAN UMUM FRASA SENDI
Dia berusaha demi kejayaannya.
Dia berusaha demi untuk kejayaannya.
Isi tempat kosong dengan Kata Kerja yang paling sesuai.
Puan Rogayah _________________ sekampit beras di pasar.
membeli
memborong
meminta
mengambil
Isi tempat kosong dengan Kata Kerja yang paling sesuai.
Mereka ______________ apabila menonton adegan lucu lakonan Tan Sri P. Ramlee di kaca televisyen.
ketawa
tersenyum
bersedih
menangis
Isi tempat kosong dengan Kata Kerja yang paling sesuai.
Tiang rumah Pak Wahid reput kerana dimakan oleh _________________ .
anai-anai
kupu-kupu
labah-labah
patung-patung
Isi tempat kosong dengan Kata Kerja yang paling sesuai.
_________________ yang dibuat oleh Puan Hamidah sungguh lazat.
Sayur-mayur
Lauk-pauk
Kuih-muih
Paku-pakis
Isi tempat kosong dengan Kata Kerja yang paling sesuai.
Penduduk kampung Pulau Manis sedang bergotong-royong _____________ kawasan kampung mereka.
melicinkan
membersihkan
menerangkan
meratakan
Pilih jawapan yang betul.
Amalan _________________ dapat memupuk perpaduan dalam kalangan jiran tetangga.
balas-membalas
benci-membenci
tolong-menolong
sindir-menyindir
Pilih jawapan yang betul.
Suasana majlis perkahwinan itu menjadi _________________ apabila pelamin runtuh tiba-tiba.
karut-marut
hiruk-pikuk
calar-balar
cerai-berai
Pilih jawapan yang betul.
Kereta ayah terpaksa _____________ oleh kereta tunda kerana mengalami kerosakan di tengah jalan.
disorong
diseret
ditolak
ditarik
"Saya mahu ....... beratur di dewan sekarang, " arah Cikgu Hazami kepada murid-murid Tingkatan 3 Bijaksana.
engkau
mereka
kalian
kita
Ibu ....... tepung gandum itu untuk membuat kuih kegemaran ayah.
menguli
mengadun
menggentel
menebar
Bangunan itu sudah lama tetapi masih ....... struktur binaannya.
tegak
teguh
gagah
tahan
Setiap peserta kursus itu diberi sijil penyertaan sebagai menghargai ....... mereka dalam kursus itu.
kehadiran
keinginan
kedatangan
kemunculan
" ....... hendak ke mana pagi-pagi begini?" tanya Puan Diana kepada anak gadisnya yang bersiap-siap hendak keluar.
Anda
Awak
Kamu
Tuanku
Sekembalinya dari pejabat, Alex berehat di ruang tamu sambil ........ kaki.
menyimpuhkan
menyusunkan
memanjangkan
melunjurkan
Masalah ....... bekalan air kerap berlaku di kampung kami sejak akhir-akhir ini.
diganggu
gangguan
terganggu
mengganggu
Gerald dan adiknya ....... kasut sekolah mereka ketika meredah banjir untuk ke sekolah.
menjunjung
mendukung
mengandar
menjinjing
Murid-murid tidak seharusnya bersikap ....... ketika menjawab soalan peperiksaan agar mereka tidak melakukan kesilapan.
kasar
gentar
gopoh
pantas
Program lawatan ke rumah anak yatim di Sipitang itu ........ diadakan pada akhir bulan ini.
sedang
sudah
dapat
akan
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai
membaca jambatan ilmu
semakin membaca bertambah ilmu didada
ilmu pelita hati
sikit-sikit lama- lama jadi bukit
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar bersiri tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
bersatu teguh bercerai roboh
usaha tangga kejayaan
di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
bersatu padu usaha jaya
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
muafakat membawa berkat
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
usaha tangga kejayaan
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat
bersukan pasti menyihatkan tubuh badan
mencegah adalah lebih baik daripada mengubati
bermandi peluh
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
seperti kucing dengan anjing
bagai mencurah air ke daun keladi
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
bagai kerbau terkejut oleh gong
Lihat gambar di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi dalam gambar tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
mulut becok
mulut murai
mulut bocor
mulut satu lidah bertopang
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
air dicencang tidak akan putus
carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum jua
bagai mencurai air ke daun keladi
kasih ibu membawa ke syurga
Lihat gambar bersiri di bawah dengan teliti.Berdasarkan gambar tersebut,pilih dua peribahasa yang sesuai.
berat sama dipikul ringan sama dijinjing
bukit sama didaki,lurah sama dituruni
bersatu bertambah mutu
seperti gula dengan semut
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,tulis satu peribahasa yang sesuai.
Penduduk kampung Mutiara dan penduduk kampung chempaka telah bergotong -royong membina jambatan yang runtuh itu bagi membolehkan mereka menjalankan urusan seharian bersama-sama.
bagai aur dengan tebing
muafakat membawa hikmat
bersih amalan mulia
kebersihan separuh daripada iman
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Datuk Salim menentang hebat sikap isterinya yang suka membezakan saudara-mara berdasarkan pangkat dan kedudukan.
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
enggang sama enggang,pipit sama pipit
ilmu pelita hati
ada bau ada bangkainya
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Pengurus syarikat itu telah dipecat daripada jawatannya setelah Lembaga Pengarah mendapati pengurus tersebut telah menyalahgunakan wang syarikat untuk tujuan peribadi.
harapkan pagar,pagar makan padi
lain padang ,lain belalang
bagai bumi dengan langit
bagai cendawan tumbuh selepas hujang
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Anggota keselamatan di negara ini diseru supaya menjauhi amalan rasuah kerana sikap segelintir antara mereka boleh menjejaskan imej keselamatan tersebut.
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga
bagai telur dihujung tanduk
bagai duri dalam daging
bagai gergaji bermata dua
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Yusniza tetap pulang ke kampung untuk berhari raya bersama adik beradiknya walaupun dia selalu berselisih faham dengan mereka.
carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga
seperti kucing dengan anjing
bagai hempedu lekat di hati
bagai inai dengan kuku
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ibu berasa bosan dan kecewa dengan sikap anak-anaknya yang membuat kerja rumah hanya apabila disuruh dan dipaksa.
seperti pahat dengan penukul
bagai itik pulang petang
banyak udang banyak garamnya, banyak orang banyak ragamnya
bapa borek anak rintik
baca situasi di bawah dengan teliti.Berdasarkan situasi tersebut,pilih satu peribahasa yang sesuai.
Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda,kita perlulah berhati-hati semasa mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan.
terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya
barang yang dikata,itulah kota
baru bertatih sudah hendak berlari
bayang disangka tubuh
Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Klik pada jawapan pilihan anda.
1. Kakak Rohani menghidangkan goreng keledek untuk tetamu yang datang ke rumahnya pada petang tadi.
keledek goreng
menghidang
