NEW
Font size
WorksheetsLatihan Kata Ganda Tahun 1
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
1. Pagi ini hujan turun ___________.
hari-hari
kuat-kuat
lebat-lebat
renyai-renyai
2. Mak Su menghadiahkan sepasang __________ kepada kakak.
tali-tali
baju-baju
kasut-kasut
anting-anting
3. Adik saya suka mengejar _____________________________ di taman bunga.
rama - rama
ikan - ikan
anai - anai
lalat - lalat
4. Almarinya rosak dimakan oleh __________________________________.
biawak - biawak
semut - semut
anai - anai
ular - ular
5. _______ yang ditunjukkan oleh peserta gimrama itu sungguh mengagumkan.
Mana-mana
Siapa-siapa
Cara-cara
Aksi-aksi
6. Dalam _______ , rupa-rupanya Adli membeli sebuah rumah banglo untuk keluarganya.
dengar-dengar
dekat-dekat
malu-malu
diam-diam
7. Pak Husin memesan air kopi yang _______ apabila dia minum di warung itu.
mentah-mentah
masam-masam
pekat-pekat
cantik-cantik
8. Buah-buahan mengandungi _______ yang penting kepada tubuh badan kita.
langkah-langkah
wakil-wakil
ciri-ciri
zat-zat
9. _______ yang dijual di pasar borong itu murah dan segar.
Buku-buku
Kuih-kuih
Lauk-lauk
Ikan-ikan
10. Saya berasa kasihan melihat kebanyakan mangsa peperangan itu ______
kurus-kurus
bulat-bulat
sihat-sihat
nipis-nipis
11. ______ petang mereka berlatih bermain bola sepak di padang.
Siang-siang
Asyik-asyik
Tahu-tahu
Tiap-tiap
12. Harga telefon bimbit itu masih tidak _______ walaupun telah lama berada di pasaran.
sedikit-sedikit
nipis-nipis
turun-turun
laris-laris
13. Cikgu Linda menulis _______ karangan yang perlu dibuat oleh murid-muridnya di papan hitam
gambar-gambar
abjad-abjad
tajuk-tajuk
kira-kira
14. Pembedahan pintasan jantung itu dilakukan oleh ______ perubatan di Institut Jantung Negara.
pakar-pakar
hebat-hebat
handal-handal
wakil-wakil
15. Qistina tidak mampu membeli pakaian di butik itu kerana semuanya _______.
murah-murah
cantik-cantik
mahal-mahal
baru-baru
16. Adik makan asikrim secara ________ kerana takut dimarahi oleh ibu.
sembunyi-sembunyi
gelap-gelap
sekat-sekat
jauh-jauh
17. Buku yang dimiliki oleh Kok Seng ______belaka.
keras-keras
tebal-tebal
kasar-kasar
nipis-nipis
18. Badan saya _______ setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.
lembik-lembik
gemuk-gemuk
kasar-kasar
sakit-sakit
19. Soalan yang terdapat dalam buku latihan itu ________ belaka.
hampir-hampir
tajam-tajam
susah-susah
bulat-bulat
20. Ramai yang mengetahui bahawa __________tidak baik untuk.
pedas-pedas
gula-gula
guli-guli
paru-paru
21. Ayah memandu kereta dengan ________ untuk mengelakkan kemalangan.
henti-henti
jarak-jarak
lama-lama
hati-hati
22. Maryam __________ di ruang tamu rumahnya sambil melipat pakaian.
bangun-bangun
duduk-duduk
baring-baring
main-main
23. Ayah membuang almari lama yang sudah reput dimakan _________ itu.
labah-labah
rama-rama
baring-baring
anai-anai
24. Catriona menutup bekas gula itu _______ supaya tidak dimasuki semut.
dalam-dalam
halus-halus
dekat-dekat
ketat-ketat
25. Angin yang ________ di kawasan sawah padi itu sungguh mendamaikan hati saya.
sepah-sepah
sepoi-sepoi
kuat-kuat
sejuk-sejuk
