wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Meniti Impian

Total questions: 50

Worksheet time: 13hrs 30mins

Name
Class
Date
1.

Apakah novel yang anda kaji di tingkatan 2?

a)

Destinasi Impian

b)

Meniti Impian

c)

Jejak Monpus

d)

Tawanan Komander Caucasus

2.

Apakah tema novel meniti impian?

a)

Tema novel ini ialah semangat kepahlawanan askar Melayu dalam mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing.

b)

Tema novel ini ialah kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan

c)

Tema Novel Meniti impian ialah keazaman dan kesungguhan dalam mencapai cita-cita yang akhirnya membawa kejayaan

d)

Novel ini bertemakan cabaran yang dihadapi berikutan cabaran generasi lama yang mengatakan bahawa generasi kini tidak bersemangat seperti mereka

3.

Siapakah watak utama novel meniti impian?

a)

Suhaili

b)

Zahar

c)

Pak Yusuf

d)

Norimi

4.

Berikut adalah pernyataan yang benar tentang Pak Yusuf kecuali?

a)

Mengambil berat tentang Zahar

b)

Seorang pemandu teksi

c)

Bapa saudara kepada Zahar

d)

Mempunyai bengkel sendiri

5.

Seorang gadis yang lemah lembut dan berbudi bahasa

Siapakah watak yang sesuai dengan peryataan berikut?

a)

Norimi

b)

Suhaili

c)

Mak Temah

d)

Noremi

6.

Antara berikut manakah pengakhiran novel meniti impian?

a)

Zahar yang telah lebih setahun bekerja di bengkel perabot pak ciknya,Pak Yusuf tekun bekerja pada pagi itu untuk menyiapkan rak kasut yang ditempah oleh iman masjid

b)

Sejak tersiarnya rencana ” Kejar Kejayaan Lepas Dihina Kekasih” Bengkel Perabot Meniti Impian semakin dikenali ramai.

c)

Zahar meminta Suhaili melupakan kenangan lama antara mereka. Biarlah mereka kekal sebagai sahabat dan jiran sekampung sahaja.

d)

Zahar menegaskan prinsip hidup bahawa dia mahu berdikari dengan titik peluhnya sendiri tanpa bantuan Suhaili.

7.

Apakah contoh teknik plot imbas kembali?

a)

Surat itu cepat mengembalikan ingatannya ke alam persekolahan yang telah ditinggalkanya lebih tiga tahun yang lalu

b)

Di mana lagi aku akan mencarinya, jika tidak di sekitar tempat ini,bisik hatinya

c)

“Kita mesti siapkan bangku panjang ni, petang ni juga,ya pak cik,” usul Zahar sambil menyusun kayu yang digergaji tadi

d)

Apakah reaksi Suhaili nanti?

acahan Bakar kembali memancing keinginan itu

8.

Berikut adalah teknik plot monolog dalaman kecuali?

a)

Siapa yang akan dilantik menjadi imam nanti? Pertanyaan itu cepat mengetuk kotak fikiran Zahar

b)

Sesuatu yang bergelombang dalam fikirannya kini tenang kembali, Memang aku yang bersalah. Mengapa mulut ini celuar mengungkit-gungkit tentang surat itu, sedangkan daripada reaksi Zahar, aku tahu dia tidak suka aku mengungkitnya, apalagi di tengah rakan-rakan yang lain

c)

Mengikut kata Zakri, Suhaili telah mendapat kerja di Petaling Jaya. Kerja apa? di firma atau jabatan kerajaan?

Ah, mengapa fikiran ini mengembara sejauh itu?

d)

Pak Yusuf benar-benar berasa dadanya lapang. Segera terbayang di matanya , wajah tok imam tersenyum gembira kerana rak yang ditempah siap lebih awal daripada dijangkakan

9.

Antara contoh penggunaan gaya bahasa simile dalam novel meniti impian ialah?

a)

pucuk dicita ulam mendatang

b)

“sedap atau tidak bihun tu (itu) tak (tidak) tahulah

c)

manik-manik peluh

d)

arus fikirannya seperti terhent

10.

Apakah gaya bahasa yang sesuai untuk ayat berikut?

Biarlah peluh pak cik menitik bersama peluh kau, barulah adil kan

a)

Hiperbola

b)

Personifikasi

c)

Repetisi

d)

Sinkope

11.

Zahar sedar bahawa cerita akan timbul jika dia dan Suhaili menaiki bas atau teksi bersama-sama kerana sikap masyarakat suka bercerita dan menokok tambah cerita.

Berdasarkan pernyataan berikut apakah latar masyarakat yang sesuai?

a)

Masyarakat yang memandang rendah kepada orang lain

b)

Masyarakat yang suka bercerita hal orang lain

c)

Masyarakat yang mempunyai keazamana yang kuat

d)

Masyarakat yang ambil berat

12.

Di manakah Zahar menyiapkan tempahan perabot daripada penduduk kampung dan jiran-jirannya?

a)

Bengkel pertukangan perabot

b)

Bengkel Pak Yusuf

c)

Bengkel Meniti Impian

d)

Bengkel IKM

13.

Zahar dan Razali sentiasa datang awal ke kilang walaupun mereka datang dengan menaiki basikal sejauh 2 km.

Nilai yang sesuai untuk pernyataan berikut ialah?

a)

Bekerjasama

b)

Berdisiplin

c)

Keprihatinan

d)

Keyakinan

14.

Pengajaran yang terdapat dalam novel meniti impian adalah seperti berikut kecuali?

a)

Kita mestilah memaafkan kesalahan orang lain kepada kita

b)

Sikap ambil berat terhadap kesusahan orang lain haruslah dijadikan amalan

c)

Kita haruslah bekerjasama sebagai sebuah pasukan untuk mencapai kejayaan

d)

Kita harus berbangga dengan budaya dan warisan bangsa

15.

Novel ini karya siapa?

a)

Obman Ayod

b)

Obman binti Ayob

c)

Osman Ayob

d)

Osman AYOB

16.

Zahar ingin melanjutkan pelajaran ke mana?

a)

UKM

b)

ILY

c)

IKM

d)

UTAR

17.

Novel Meniti Impian mengisahkan tentang ...

a)

percintaan antara dua darjat

b)

keazaman seorang remaja untuk memiliki pasangan hidup

c)

kegigihan seorang remaja mencapai cita-cita menjadi usahawan

18.

Siapakah nama ibu Zahar?

a)

Mak Minah

b)

Mak Zahar

c)

Mak Kiah

d)

Mak Temah

19.

Di manakah Zahar menyambung pengajian selepas hampir tiga tahun menamatkan pelajaran dalam SPM?

a)

ITM Shah Alam

b)

IKM Alor Setar

c)

IKM Sungai Petani

d)

ITM Taiping

20.

Di manakah Zahar menjalani latihan dalam loji ?

a)

kilang Perabot Usaha Bersatu di Kamunting

b)

kilang Perabot Pak Yusuf

c)

kilang Perabot Meniti Impian

d)

kilang Perabot Sungai Petani

21.

Zahar melanjutkan pelajaran di IKM dalam bidang

a)

Pertukangan perabot

b)

Pembinaan

c)

Pendawaian elekrik

d)

Kimpalan

22.

Di IKM Zahar aktif dalam permainan

a)

Speak raga

b)

Bola sepak

c)

Bola baling

d)

Bola keranjang

23.

Apakah nama kilang tempat Zahar me jalan kan latihan praktikal

a)

Kilang Perabot Maju Jaya

b)

Kilang Perabot Usaha Bersatu

c)

Kilang Perabot Unggul

d)

Kilang Perabot Kemunting Jaya

24.

Mengapakah Zahar tidak mendapat keputusan SPM yang cemerlang?

a)

Zahar tidak membuat persediaan yang mencukupi

b)

Zahar mengalami kemurungan kerana ditinggalkan Suhaili

c)

Zahar mengalami demam dan tidak sihat

d)

Zahar tidak berminat dalam bidang akademik

25.

Pak Yusuf ialah ...

a)

bapa saudara Zahar

b)

majikan Zahar

c)

cikgu Zahar di IKM

d)

datuk Zahar

26.

Siapakah teman istimewa Zahar semasa zaman persekolahan?

a)

Suhali

b)

Suhaili

c)

Sohuili

d)

Sohaili

27.

Berikut adalah maklumat yang SALAH tentang Suhaili

a)

Rakan sekelas Zahar di sekolah menengah

b)

Anak seorang ketua kampung

c)

Melanjutkan pelajaran ke IKM

d)

Seorang yang sombong

28.

Siapa nama teman wanita Zahar di IKM

a)

Suhaili

b)

Habsah

c)

Norimi

d)

Zulaikha

29.

Apakah nama begkel perabot yang berjaya dibina oleh Zahar?

a)

Bengkel Perabot menggapai Impian

b)

Bengkel Perabot Pak Yusuf

c)

Bengkel Perabot Mencapai Impian

d)

Bengkel Perabot Meniti Impian

30.

Berikut merupakan perwatakan Zahar dalam novel kecuali ___________________.

a)

Seorang yang rajin

b)

Seorang yang mudah lupa diri

c)

Seorang yang gigih berusaha

d)

Seorang yang berjimat-cermat

31.

Berikut merupakan nilai murni yang terdapat dalam novel kecuali ___________________.

a)

Berjimat-cermat

b)

Kesyukuran

c)

Kegigihan

d)

kedamaian

32.

Yang manakah antara berikut merupakan tema novel Meniti Impian?

a)

Kegigihan serang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang kasut yang berjaya

b)

Ketabahan seorang remaja dalam mengharungi percintaan

c)

Kegigihan serang pemuda mengejar impian untuk menjadi seorang tukang perabot yang berjaya

d)

Kepentingan usahawan kecil di kampung

33.

Berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam novel Meniti Impian, kecuali..

a)

Persoalan tentang kepentingan memiliki kemahiran

b)

Persoalan tentang ketabahan menghadapi ujian hidup

c)

Persoalan tentang perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

d)

Persoalan tentang kepercayaan mistik masyarakat kampung

34.

Pilih contoh peristiwa yang betul berdasarkan persoalan berikut:

...persoalan ketabahan menghadapi kesusahan hidup...

a)

Suhaili tabah menghadapi kehidupan selepas SPM

b)

Pak Yusuf tabah menghadapi kehidupan dengan bekerja di bengkel perabotnya.

c)

Zahar tabah menghadapi kesusahan hidup selepas ayahnya meninggal dunia

d)

Norimi tabah menghadapi kehidupan di IKM

35.

Pilih perwatakan yang paling tepat dengan watak 'Pak Yusuf'

a)

seorang yang prihatin dengan anak saudaranya Razali

b)

seorang yang suka menolong orang lain iaitu memberikan sumbangan kepada Zahar untuk membina bengkel perabot.

c)

mempunyai kedai basikal dan membaiki perabot

d)

sentiasa memberi dorongan kepada Suhaili

36.

Zahar tabah meneruskan cita-citanya

Zahar tetap sabar menerima kata-kata Suhaili kepadanya.

Pak Yusuf rajin bekerja di bengkel perabutnya.


Nilai mengikut urutan bagi peristiwa di atas ialah

a)

kesabaran, kerajinan dan ketabahan

b)

kerajinan, menghormati,ketabahan

c)

ketabahan, kesabaran, kerajinan

d)

keyakinan, kesabaran, kerajinan

37.

Yang manakah antara berikut merupakan contoh peristiwa bagi latar masyarakat di bawah..


Masyarakat yang memandang rendah terhadap kebolehan orang lain

a)

Mak Temah memandang rendah terhadap Zahar yang ingin bekerja di bengkel Pak Yusuf

b)

Zahar memandang rendah terhadap Norimi yang ingin melanjutkan pelajaran di IKM

c)

Suhaili memandang rendah terhadap Zahar yang ingin bekerja sebagai tukang perabot

d)

Suhaili memandang rendah terhadap Zahar yang ingin melanjutkan pelajaran di IKM

38.

Nyatakan gaya bahasa bagi ayat yang bergaris di bawah..


Sinar gembira yang mengerlip di mata Mak Kiah bagaikan tidak mahu mengalah..

(Halaman 14)

a)

Simile

b)

Sinkope

c)

Personifikasi

d)

Metafora

39.

Manakah antara berikut merupakan nilai bagi contoh peristiwa di bawah.


Pak Yusuf dan Zahar rajin mengusahakan bengkel.

a)

Kerjasama

b)

Kerajinan

c)

Kebijaksanaan

d)

Ketabahan

40.

Siapakah guru Zahar di IKM?

a)

Cikgu Bharuddin

b)

Cikgu Baharun

c)

Cikgu Baharum

41.

Adakah Zahar seorang yang gigih dalam melakukan sesuatu?

a)

Ya

b)

Tidak

42.

Impian Zahar untuk melanjutkan pelajaran ke ITM selepas SPM musnah kerana ___________ .

a)

Bosan dengan pembelajaran.

b)

Sudah bekerja.

c)

Demam semasa menduduki peperiksaan SPM.

d)

Dihalang oleh keluarga.

43.

Ibu Zahar mengambil upah _____________________ untuk menyara kehidupan Zahar dan adik-adiknya.

a)

Menoreh getah dan menganyam tikar mengkuang

b)

Menjahit baju

c)

Memotong rumput

d)

Membuat kuih dan kek

44.

Siapakah nama adik-adik Zahar?

a)

Harun dan Mira

b)

Mail dan Sidek

c)

Halim dan Zakri

d)

Suhaili dan Norimi

45.

Zahar dapat membina bengkel perabotnya sendiri dengan bantuan dari

a)

Adik-adiknya

b)

Pinjaman MARA dan Pak Yusuf

c)

Pinjaman Bank

d)

Suhaili

46.

Berikut merupakan rakan-rakan baharu Zahar di IKM kecuali..

a)

Norimi

b)

Johari

c)

Ramli

d)

Habsah

47.

Apakah tujuan gotong-royong itu dibuat?

a)

mengisi masa lapang

b)

berkenalan antara satu sama lain

c)

mementingkan diri sendiri

d)

bekerjasama antara satu sama lain

48.

Apakah tugasan Zahar dan Ramli dalam aktiviti gotong-royong petang itu?

a)

memotong rumput

b)

mengecat bangunan

49.

Zahar memiliki ____________

a)

Seorang adik perempuan

b)

Seorang adik perempuan dan seorang adik lelaki

c)

Dua orang adik lelaki

d)

Dua orang adik perempuan

50.

Tiga persoalan KECUALI

a)

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu pekerjaan

b)

Kesopanan dalam menghormati orang tua

c)

Tanggungjawab seorang ibu terhadap anak-anak

d)

Semangat berpasukan yang membawa kejayaan