wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains tingkatan 3 Tenaga dan kuasa

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Penjanaan tenaga elektrik menggunakan pelbagai sumber tenaga. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber tenaga boleh baharu?

a)

Sumber tenaga yang boleh digunakan selama 10 tahun sahaja

b)

Sumber tenaga yang boleh digunakan secara berterusan dan tidak boleh diganti

c)

Sumber tenaga yang tidak akan habis digunakan

d)

Sumber tenaga yang dihasilkan oleh mineral daripada kerak Bumi

2.

Antara yang berikut, yang manakah tidak mempunyai tenaga keupayaan graviti?

a)
b)
c)
d)
3.

Antara pernyataan yang beriikut, yang manakah benar tentang kuasa?

a)

Apabila masa bertambah, kuasa akan bertambah

b)

Apabila masa berkurang, kuasa akan berkurang

c)

Apabila masa bertambah, kuasa akan berkurang

d)

Apabila masa bertambah, kuasa tidak akan berubah

4.

PERNYATAAN YANG BERIKUT ADALAH BENAR...

a)

KERJA IALAH TENAGA

b)

UNIT BAGI KUASA IALAH JOULE

c)

TENAGA KEUPAYAAN GRAVITI DIPENGARUHI OLEH KETINGGIAN

d)

TENAGA KINETIK LINEAR IALAH TENAGA YANG DIPUNYAI OLEH OBJEK YANG BERGERAK DALAM KEADAAN PUTARAN

5.

SEBUAH KREN SEDANG MENGANGKAT SUATU OBJEK. JIKA KETINGGIAN SEMAKIN BERTAMBAH...

a)

KUASA KREN BERTAMBAH

b)

KUASA KREN BERKURANG

c)

KUASA KREN TIDAK BERUBAH

d)

TIADA KUASA

6.

SEORANG PEMANAH SEDANG MENARIK TALI BUSUR.APAKAH JENIS TENAGA YANG TERSIMPAN DALAM BUSUR ?

a)

TENAGA HABA

b)

TENAGA KINETIK

c)

TENAGA KEUPAYAAN KENYAL

d)

TENAGA KEUPAYAAN GRAVITI

7.

SITUASI MANAKAH YANG MELIBATKAN KERJA

a)

KAPAL BERLABUH DI PELABUHAN

b)

LORI BERHENTI DI LAMPU ISYARAT

c)

KERETA YANG DI TUNDA OLEH TRAK PENUNDA

d)

BAS BERHENTI MENGAMBIL PENUMPANG

8.

Seketul batu jatuh di lereng bukit. Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang salah tentang situasi ini berdasarkan Prinsip Keabadian Tenaga?

a)

Tenaga kinetik yang ada pada batu meningkat

b)

Tenaga keupayaan yang ada pada batu berkurangan

c)

Tenaga keupayaan yang hilang adalah sama dengan pertambahan tenaga kinetik

d)

Tenaga keupayaan yang hilang adalah sama dengan tenaga kinetik yang hilang

9.

Antara berikut, yang manakah menunjukkan kerja tidak dilakukan?

a)

Berlari

b)

Mengayuh basikal

c)

Duduk di atas kerusi sambil membaca buku

d)

Mengambil buku dari rak lalu meletakkannya di atas meja

10.

Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip keabadian tenaga?

a)

Tenaga boleh dibahagikan kepada dua iaitu tenaga keupayaan dan tenaga kinetik

b)

Tenaga boleh berubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain

c)

Tenaga hilang pada akhir sesuatu kejadian / aktiviti

d)

Tenaga boleh dicipta melalui tindak balas kimia

11.

Rajah menunjukkan seorang lelaki menolak keretanya dengan dengan daya 500 N dan kereta tersebut tidak berganjak walau seinci pun. Berapakah kerja yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

a)

0 Nm

b)

250 Nm

c)

500 Nm

d)

1000 Nm

12.

Tenaga keupayaan kenyal dapat ditakrifkan sebagai

a)

Tenaga yang diperolehi oleh objek kenyal apabila diregangkan atau dimampatkan

b)

Tenaga yang tersimpan di dalam sesuatu objek akibat daripada kedudukannya

c)

Tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh gerakannya

d)

Tenaga yang dipunyai oleh suatu jasad disebabkan oleh gerakannya dalam bentuk putaran.

13.

Apakah bentuk tenaga yang berkaitan dengan foto di atas?

a)

Tenaga keupayaan graviti

b)

Tenaga keupayaan kenyal

c)

Tenaga kinetik

d)

Tenaga regangan

14.

Adakah pernyataan ini BETUL atau SALAH?

Apabila daya 1 N digunakan untuk menggerakkan objek sejauh 1 meter dalam arah daya, tenaga sebanyak 1 J telah digunakan.

a)

BETUL

b)

SALAH

15.

Rajah menunjukkan sebiji bola bergolek menuruni satu permukaan. Pada kedudukan manakah bola itu mempunyai tenaga kinetik maksimum dan tenaga keupayaan maksimum?

a)

Tenaga kinetik maksimum: R

Tenaga keupayaan maksimum : P

b)

Tenaga kinetik maksimum: P

Tenaga keupayaan maksimum : Q

c)

Tenaga kinetik maksimum: P

Tenaga keupayaan maksimum : R

d)

Tenaga kinetik maksimum: Q

Tenaga keupayaan maksimum : P