wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Vokal Bahasa Melayu

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bunyi vokal ini dihasilkan dengan depan lidah dinaikkan setinggi-tingginya ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuhnya. Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan. bibir dalam keadaan terhampar dan pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan ialah

a)

vokal depan sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang sempit

2.

Semasa menghasilkan vokal ini, kedudukan depan lidah adalah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan dan bibir dalam keadaan hampar.

a)

vokal depan separuh sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal tengah

d)

vokal belakang sempit

3.

Semasa menghasilkan bunyi vokal ini, keadaan bibir berada dalam keadaan neutral. Bahagian tengah lidah diletakkan di antara kedudukan untku membunyikan vokal separul luas adn vokal separuh sempit. Pita suara bergetar dan udara keluar dari paru-paru tanpa sekatan. Bunyi vokal yang dihasilkan ialah

a)

vokal depan luas

b)

vokal belakang sempit

c)

vokal tengah

d)

vokal belakang separuh sempit

4.

Yang manakah pernyataan yang tidak benar tentang bunyi vokal bahasa Melayu ?

a)

semasa menghasilkan bunyi vokal terdapat sekatan pada laluan udara

b)

pita suara bergetar

c)

lelangit lembut diturunkan semasa menghasilkan bunyi vokal

d)

semua bunyi vokal bersuara

5.

Belakang lidah diangkat tinggi, lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Vokal yang terhasil dengan cara di atas terdapat pada perkataan

a)

bilik

b)

gugur

c)

senget

d)

sorong

6.

Yang manakah perkataan yang mengandungi bunyi e pepet?

a)

Ecer

b)

kelek

c)

enteng

d)

embun

7.

Apalah bunyi vokal yang tidak terdapat dalam perkataan pendekar ?

a)

vokal tengah

b)

vokal hadapan luas

c)

vokal hadapan sempit

d)

vokal hadapan separuh sempit

8.

Pada perkataan lurus terdapat bunyi vokal

a)

vokal hadapan sempit

b)

vokal belakang sempit

c)

vokal depan luas

d)

vokal belakang separuh sempit

9.

Semasa menghasilkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Nyatakan bunyi vokal yang dimaksudkan.

a)

vokal depan sempit

b)

vokal belakang sempit

c)

vokal depan luas

d)

vokal depan separuh sempit

10.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang cara penghasilan bunyi vokal pada suku kata kedua bagi perkataan keembung ?

a)

tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, lelangit lembut dinaikkan, keadaan bibir neutral

b)

depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, lelangit lembut dinaikkan, keadaan bibir terhampar

c)

belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dinaikkan, keadaan bibir bundar

d)

depan lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dinaikkan, keadaan bibir terhampar.

11.

Bunyi vokal belakang separuh sempit terdapat pada perkataan

a)

intim

b)

unggas

c)

objek

d)

lambai

12.

Yang manakah pernyataan yang menepati penghasilan bunyi vokal ?

a)

udara keluar dari paru-paru tanpa sekatan ketika menghasilkan bunyi vokal

b)

keadaan bibir bundar semasa menghasilkan bunyi vokal tengah

c)

pita suara tidak bergetar untuk membunyikan vokal tengah

d)

depan lidah diturunkan serendah-rendahnya ketika menghasilkan bunyi vokal depan sempit.

13.

Bunyi vokal yang terdapat pada suku kata praakhir bagi perkataan penyejatan ialah

a)

vokal depan sempit

b)

vokal depan separuh sempit

c)

vokal depan luas

d)

vokal tengah

14.

Semasa menghasilkan vokal ini, depan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak setinggi seperti membunyikan vokal depan sempit. Apakah bunyi vokal yang dimaksudkan.

a)

vokal depan sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal belakang separuh sempit

d)

vokal depan separuh sempit

15.

Ketika menghasilkan bunyi vokal ini, bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut tetapi tidak setinggi seperti menghasilkan vokal belakang sempit. HUjung lidah diundurkan dari gigi bawah dan bibir dalam keadaan bundar. Apakah vokal yang dihasilkan.

a)

vokal belakang sempit

b)

vokal depan sempit

c)

vokal depan separuh sempit

d)

vokal belakang separuh sempit

16.

Semasa menyebut perkataan ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya, pita suara bergetar dan udara keluar tanpa sekatan. Apakah perkataan yang dihasilkan.

a)

berus

b)

lilin

c)

seri

d)

ganas

17.

Bunyi vokal yang terdapat pada suku kata terbuka dalam perkataan membawa ialah

a)

vokal depan sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal belakang sempit

d)

vokal tengah

18.

Pada perkataan perhimpunan terdapat beberapa bunyi vokal, kecuali

a)

vokal depan separuh sempit

b)

vokal depan luas

c)

vokal depan sempit

d)

vokal belakang sempit

19.

Bunyi vokal depan separuh sempit yang terdapat pada suku kata tertutup ialah pada perkataan

a)

kembali

b)

terendak

c)

tempurung

d)

terampil

20.

Bunyi vokal belakang separuh sempit terdapat pada perkataan

a)

terowong

b)

kelawar

c)

terus

d)

tempayan