Worksheetssains tingkatan 1 bab 6
Total questions: 30
Worksheet time: 19mins
Antara berikut, pernyataan yang manakah benar tentang atom?
elektron berada dalam nukleus atom
zarah neutron tidak bercas
proton beredar mengelilingi nukleus
proton bergabung dengan elektron untuk membentukneutron
Yang manakah merupakan unsur?
air
udara
helium
ammonia
Yang manakah bukan sebatian?
besi
air
garam
ammonia
Pernyataan yang manakah menerangkan Jadual Berkala dengan betul?
terdapat tujuh jalur menegak yang dinamakan kala
terdiri daripada lapan belas baris mendatar dinamakan kumpulan
unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor proton
unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama diletakkan dalam kala yang sama
Ciri-ciri logam yang manakah merujuk kepada rajah di atas?
pengalir haba yang baik
pengalir elektrik yang baik
permukaan yang berkilat
mulur
Pernyataan yang manakah menerangkan kaedah kromatografi dengan betul?
memisahkan pepejal tidak larut daripada cecair atau larutan
memisahkan dua cecair yang berbeza ketumpatan dan saling tidak larut
memisahkan pepejal yang lebih tumpat daripada air atau larutan
memisahkan komponen berlainan yang bergerak pada kadar berbeza dalam pelarut
Kaedah yang manakah digunakan untuk mengesan kandungan dadah dalam badan?
kaedah pengapungan
kaedah pengenapan
kaedah penyulingan
kaedah kromatografi
Yang manakah sesuai untuk mengasingkan campuran air dan etanol?
penurasan
penyulingan
pengenapan
pengapungan
Apakah kaedah pengasingan bagi sebatian?
kromatografi
penurasan
elektrolisis
pengenapan
Apakah definisi bagi elektrolisis?
proses mengasingkan bahan yang larut dan tidak larut dalam air
proses mengasingkan campuran cecair dan bahan pepejal yang tidak larut dalam air
proses penguraian sesuatu sebatian kepada unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya
proses penguraian sesuatu campuran kepada unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya
Yang manakah betul mengenai suatu sebatian?
tiada haba diserap atau dibebaskan
komposisi kimia bahan dan hasil berbeza
tiada bahan baru dihasilkan
melibatkan proses fizikal
Apakah persamaan bagi perubahan fizik dan perubahan kimia dalam pembentukan sebatian?
pembentukan bahan baru
perubahan tenaga
komposisi kimia bahan dan hasil
keperluan tenaga
Rajah menunjukkan aktiviti yang dijalankan untuk menghasilkan sebatian ?
Apakah hasil sebatian P yang terbentuk?
magnesium klorida
magnesium oksida
magnesium karbonat
pita magnesium
Yang manakah merupakan contoh bagi perubahan kimia dalam bahan?
pengaratan besi
peleburan ais
pendidihan air
pembekuan air
Logam bertindak balas dengan air menghasilkan sebatian alkali dan gas hidrogen.
benar
palsu
Besi sulfida merupakan campuran besi dan sulfur secara fizikal.
benar
palsu
Yang manakah unsur bukan logam?
aluminium
kalium
plumbum
iodin
Pasangan yang manakah dipadankan dengan betul?
klorin - membunuh bakteria
sulfur - membuat ubat
perak - membuat cermin
argon - merawat air minum
Campuran pasir dan gula dalam air boleh diasingkan melalui kaedah
pendidihan
penyejatan
penurasan
penyulingan
Tandakan aktiviti yang melibatkan gabungan unsur secara kimia.
pemanasan logam dalam udara
pasir ditambah kepada besi
minyak yang terapung dalam air
tindak balas logam dengan air
- konduktor haba yang lemah
- pudar
- rapuh
Maklumat di atas menunjukkan sifat-sifat unsur L.
Dalam kumpulan manakah unsur L berada dalam Jadual Berkala?
kumpulan 1
kumpulan 2
kumpulan 17
unsur peralihan
Yang manakah dipadankan dengan betul?
penurasan - kapur dan air
penyulingan - pasir dan air
kromatografi - pigmen warna
Kumpulan yang manakah terdiri daripada sebatian sahaja?
gula, tanah, berlian
garam, ubat gigi, sabun
plastik, klorin, petrol
oksigen, hidrogen, nitrogen
Yang manakah benar tentang ciri-ciri campuran?
campuran dihasilkan melalui tindak balas kimia
sifat-sifat fizik bagi campuran adalah berbeza daripada juzuk-juzuknya
jenis zarah-zarah yang berbeza dalam suatu campuran dicampurkan dalam nisbah yang tetap
campuran boleh dipecahkan kepada bahan yang lebih ringkas melalui kaedah fizikal
Yang manakah boleh diasingkan melalui penurasan?
air dan pasir
air dan minyak
air dan larutan gula
campuran pasir dan garam
- menukarkan warna kertas litmus biru lembap kepada merah
- tidak menyokong pembakaran
Yang manakah mewakili gas di atas?
stim
karbon dioksida
oksigen
nitrogen
Yang manakah ujian pengesahan untuk oksigen?
kayu uji berbara menyala semula
kayu uji bernyala terpadam
air kapur menjadi keruh
kertas litmus biru menjadi merah
Zarah yang manakah membentuk nukleus bagi satu atom?
elektron
neutron
proton
ion
Yang manakah merupakan unit asas bagi semua jirim?
proton
neutron
elektron
atom
Pernyataan yang manakah betul mengenai unsur?
unsur adalah bahan yang boleh diuraikan kepada dua atau lebih bahan yang ringkas
unsur terdiri daripada gabungan dua atau lebih bahan yang lebih ringkas
setiap elemen terdiri daripada hanya satu jenis atom
unsur dikelaskan dalam jadual berkala
