NEW
Font size
WorksheetsUlangkaji Sains Tingkatan 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan terkawal?
Peristalsis
Bercakap
Berpeluh
Denyutan jantung
Apakah fungsi rerambut pada lapisan di dalam lubang hidung?
Untuk merembeskan mukus yang membantu melembapkan udara
Untuk melindungi rongga nasal semasa menarik nafas
Untuk memerangkap partikel asing yang hadir dalam udara sedutan
Untuk meningkatkan proses tarikan dan hembusan nafas.
Apakah faktor-faktor yang memberi kesan kepada kepekaan kulit?
I Bilangan reseptor deria yang hadir
II Ketebalan lapisan epidermis
III Ketebalan lapisan dermis
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja
I,II dan III
Apakah organ deria yang digunakan oleh orang cacat penglihatan dalam membaca Braille?
Kulit
Hidung
Mata
Lidah
Rajah 1 menunjukkan keratan rentas hidung manusia. Apakah fungsi X?
Melembapkan rongga nasal
Menterjemahkan impuls sebagai satu bau
Mengeluarkan mukus untuk melarutkkan kimia
Mengesan dan menghantar impuls kepada otak
Rajah 2 menunjukkan satu jenis penglihatan bagi sesetengah haiwan. Antara haiwan yang berikut, manakah mempunyai jenis penglihatan ini?
Burung Merpati
Kambing
Harimau
Burung
Rajah 3 menunjukkan tindak balas tumbuhan.
Antara tumbuhan yang berikut, manakah menunjukkan tindak balas yang sama?
Bunga raya
Kacang merah
Bunga matahari
Perangkap lalat Venus
Rajah 4 menunjukkan satu tumbuhan diletakkan dalam kotak hitam dengan satu lubang terbuka di tepi.
Apakah tindak balas yang ditunjukkan oleh pucuk tumbuhan itu?
Tigmotropisme negatif
Fototropisme positif
Geotropisme positif
Hidrotropisme negatif
Rajah 5 menunjukkan satu jenis had keupayaan penglihatan. Apakah had keupayaan penglihatan ini?
Bintik buta
Agtimatisme
Ilusi Optik
Rabun dekat
Antara alatan yang berikut, manakah tidak membantu dalam pendengaran?
Teleskop
Stetoskop
Pembesar Suara
Alat Pendengaran
Antara penyataan berikut, yang manakah benar tentang proses menghembus nafas?
Diafragma mengecut dan menjadi rata
Sangkar rusuk bergerak ke atas dan keluar
Kandungan oksigen udara hembusan tinggi
Tekanan dalam rongga toraks lebih tinggi daripada udara luar
Antara penyataan berikut, yang manakah bahan kumuh respirasi manusia?
Oksigen
Hemoglobin
Karbon dioksida
Oksihemoglobin
Rajah 6 menunjukkan proses pertukaran gas di alveolus. Apakah yang diwakili oleh gas X dan gas Y?
X : Wap Air Y : Oksigen
X : Oksigen Y : Nitrogen
X : Karbon dioksida Y : Oksigen
X : Oksigen Y : Karbon dioksida
Rajah 7 menunjukkan satu struktur, Q dalam peparu manusia. Apkah struktur Q dan namakan proses pertukaran gas yang berlaku di Q?
Q : Alveolus Proses Pertukaran gas di Q : Resapan
Q : Alveolus Proses Pertukaran gas di Q : Osmosis
Q : Bronkiol Proses Pertukaran gas di Q : Serapan
Q : Kapilari darah Proses Pertukaran gas di Q : Penyerapan
Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang pegangkutan oksigen dalam sel darah merah?
Oksigen dibawa dalam bentuk oksihemoglobin
Oksigen diperlukan untuk mengawal tekanan darah
Proses serapan membebaskan oksigen ke kawasan berkepekatan oksigen rendah
Resapan oksigen berlaku dari kawasan berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi oksigen
Rajah 8 menujukkan struktur yang terdapat di dalam peparu. Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang struktur N?
Mengangkut udara ke alveolus
Tempat pertukaran gas respirasi
Cabang utama berpunca dari trakea
Membawa oksigen ke sel-sel badan yang lain
Antara padanan yang berikut, yang manakah betul?
OZON : Menyebabkan kerosakan pada tisu peparu
KARBON DIOKSIDA : Karsinogen dan menyebabkan kanser peparu
NIKOTINA : Menyebabkan kesukaran bernafas
KARBON MONOKSIDA : Merendahkan kandungan oksigen dalam darah
Kaedah yang manakah paling berkesan untuk mengelakkan berlakunya jerebu?
Tidak merokok
Mengamalkan perkongsian kereta
Menanam pokok-pokok di sekitar rumah
Tidak melakukan pembakaran terbuka
Antara pernyataan berikut, yang manakah boleh membaiki kualiti udara?
Menggunakan minyak diesel berbanding petrol tanpa plumbum
Meningkatkan penjualan kenderaan bermotor
Menggalakkan penebangan kawasan hutan
Menguatkuasakan undang-undang peraturan tentang pelepasan bahan cemar ke udara.
Apakah ciri-ciri imej yang dibentuk oleh kamera lubang jarum?
Nyata, songsang dan saiz lebih kecil daripada objek
Nyata, songsang dan saiz lebih besar daripada objek
Maya, tegak dan saiz lebih kecil daripada objek
Maya, songsang dan saiz lebih kecil daripada objek
