NEW
Font size
WorksheetsSejarah Kertas 1 SPMU 2019
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Menurut pandangan Barat, konsep tamadun menerangkan pembangunan
bandar
tatasusila
kesopanan
moral
Gambar ini menunjukkan tinggalan bandar Mohenjo-Daro dalam tamadun Indus.
Mengapakah masyarakat dalam tamadun Indus mampu membina bandar tersebut?
Negara kota bersatu padu
Wilayah pemerintahan meluas
Kemasukan unsur tamadun luar
Kegiatan pertanian berkembang
Athens mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. Bagaimanakah sistem tersebut diamalkan di Athens?
Rakyat biasa dilantik menjadi pemerintah
Golongan bangsawan memerintah wilayah
Kaum wanita diberi hak menyertai Ahli Majlis
Warga lelaki menjadi ahli Dewan perhimpunan
Maklumat berikut berkaitan dengan peringkat pendidikan dalam tamadun China.
Apakah X?
Menulis karya sejarah
Menterjemah buku suci
Mencatat sejarah kerajaan
Mengarang undang-undang
Raja Indravarman I telah membina baray di Angkor.
Mengapakah baray tersebut dibina?
Menjamin bekalan makanan berterusan
Mengawal suhu kawasan persekitaran
Mengelakkan serangan pihak musuh
Menanda sempadan sesebuah wilayah
Kerajaan berikut berkembang di Asia Tenggara antara tahun 5 Masihi hingga tahun 13 Masihi.
• Kedah Tua - 5 Masihi hingga 13 Masihi
• Srivijaya - 7 Masihi hinga 13 Masihi
Apakah persamaan kedua-dua kerajaan tersebut?
Pusat perluasan kuasa
Pusat pengajian agama
Pusat tanaman makanan
Pusat perdagangan entrepot
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama pada 6 Ogos tahun 610 Masihi.
Apakah kesan peristiwa tersebut?
Semangat assabiah diperkukuh
Ketua kabilah hilang kuasa
Negara bangsa dibentuk
Zaman jahiliah berakhir
Setelah menerima wahyu yang kedua Nabi Muhammad SAW mula merancang untuk menyebarkan Islam.
Apakah strategi yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan ajaran Islam?
Memperbaiki sistem pemerintahan
Membetulkan akidah masyarakat
Meningkatkan ekonomi ummah
Memperkasa sistem kabilah
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW memperkukuh Islam di Madinah selepas Perjanjian Aqabah Pertama?
Menghantar pendakwah
Menggalakkan penghijrahan
Melantik wali sebagai pentadbir
Menguatkuasakan undang-undang
Apakah peranan Asma binti Abu Bakar ketika penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah?
Penunjuk jalan
Pemberi maklumat
Penghantar makanan
Penjaga keselamatan
Perpecahan umat Islam berlaku pada peringkat awal selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Mengapakah perpecahan tersebut berlaku?
Campur tangan kuasa luar
Perebutan jawatan pemerintah
Kemunculan golongan murtad
Kewujudan perang saudara
Apakah sumbangan kedua-dua kota berikut kepada tamadun dunia?
• Cordova
• Baghdad
Pusat kesenian
Pusat perdagangan
Pusat ilmu pengetahuan
Pusat kegiatan perindustrian
Tokoh berikut membincangkan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
• John Crawford
• Emanuel Gadinho Eredia
• Snock Hurgronje
Mengapakah mereka berpendapat perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam ke Asia Tenggara?
Cukai perdagangan berpatutan
Syahbandar mengawal perdagangan
Penglibatan raja dalam perdagangan
Pelabuhan menjadi tumpuan pedagang
Berikut merupakan kerajaan Islam di Asia Tenggara.
• Pasai
• Pattani
Bagaimanakah kerajaan tersebut dibentuk?
Pengislaman raja
Pengislaman rakyat
Penguasaan perdagangan
Penghapusan tradisi setempat
Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat kehidupan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas kedatangan Islam.
Apakah perubahan tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut yang manakah motif seni ukiran orang Melayu selepas kedatangan Islam?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatakn tanah jajahan.
Bagaimanakah persaingan tersebut dapat diselesaikan?
Membayar wang pampasan
Mengadakan pungutan suara
Penetapan sempadan pengaruh
Penggunaan kekuatan tentera
Apakah sumbangan pemerintah berikut terhadap negara mereka?
Memperkenalkan sistem perladangan
Mewajibkan pendidikan berasaskan agama
Menggalakkan penerokaan ke kawasan luar
Menyekat kemasukan kaum pendatang
Sebelum kedatangan British masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri.
Mengapakah masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi tersebut?
Cukai tinggi
Peraturan ketat
Kawasan terhad
Teknologi rendah
Maklumat di atas berkaitan dengan mata wang yang digunakan oleh tiga buah negari di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah.
Apakah kesan penggunaan mata wang tersebut?
Peningkatan kadar upah
Kelancaran kutipan cukai
Kelicinan urusan perdagangan
Perkembangan kegiatan perlombongan
Gambar di atas menunjukkan pembesar Mandarin di Vietnam sebelum kedatangan Perancis.
Bagaimanakah cara perlantikan pembesar tersebut ke dalam pentadbiran?
Warisan turun-temurun
Melalui peperiksaan
Diperkenan oleh raja
Cadangan golongan agama
Jose Rizal melaksanakan gerakan dakyah untuk memperjuang nasib rakyat tetapi gagal mencapai matlamat.
Apakah tindakan beliau selepas menemui kegagalan tersebut?
Menubuhkan katipunan
Membentuk Liga Filipina
Melancarkan gerakan bersenjata
Menyebarkan pemikiran melalui media cetak
Penjajah Belanda mengasingkan pendidikan untuk anak golongan priyayi dengan anak golongan rakyat biasa di Indonesia.
Mengapakah penjajah Belanda bertindak demikian?
Memecahbelahkan penduduk pribumi
Mengawal kurikulum sekolah agama
Mempertahan warisan budaya
Menambah peluang pekerjaan
Seorang penduduk pribumi Tanah Melayu pada abad ke-19 berhasrat memajukan sebidang tanah yang belum dimiliki.
Syarat manakah yang menyukarkan hasrat tersebut?
Persetujuan pembesar
Kerjasama pemodal
Kebenaran residen
Perkenan sultan
Bagaimanakah Rentap menentang pentadbiran Brooke di Sarawak?
Mengutip hasil tanpa lesen
Memohon bantuan kuasa luar
Mengelak pembayaran cukai tanah
Menyerang kubu pertahanan musuh
Rajah di atas menunjukkan perbalahan antara dua orang pembesar di Sungai Ujong.
Apakah kesan perbalahan tersebut?
Kekurangan pelabur luar
Perluasan pengaruh asing
Perubahan sempadan negeri
Kemerosotan hasil tempatan
Count Camillo Benso di Cavour (Itali) dan Otto Eduard von Bismarck (Jerman) menggunakan pendekatan realpolitik untuk membina negara bangsa masing- masing pada abad ke-19.
Bagaimanakah mereka menggunakan pendekatan realpolitik?
Melancarkan peperangan
Mengemaskini undang-undang
Mengawal institusi agama
Menggubal perlembagaan negara
Konsep negara moden di Eropah tercetus pada abad ke-18 dan abad ke-19 ekoran tercetusnya Revolusi Inggeris 1688, Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789.
Apakah asas konsep negara Eropah pada ketika itu?
Pengekalan sistem fuedal
Persamaan rumpun bangsa
Pembentukan empayar
Pemulihan agama
Perlembagaan 1941 adalah perlembagaan bertulis pertama di Sarawak.
Mengapakah perlembagaan tersebut penting kepada penduduk Sarawak?
Ekonomi diagih sama rata
Mendapat taraf kerajaan sendiri
Sistem perkongsian kuasa diamalkan
Rakyat tempatan dilantik penasihat kerajaan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah dimeterai pada 21 Januari 1948 di Kuala Lumpur.
Apakah kandungan perjanjian tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.
Mengapakah British menerima penyerahan tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah yang berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Kuasa raja-raja dikurangkan
Sistem kewangan dikawal British
Jawatan Pesuruhjaya Tinggi dikekalkan
Pemisahan kuasa persekutuan dengan negeri
Majlis Undangan Negeri Singapura telah meluluskan usul penggabungan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan Disember 1961.
Apakah kesan penggabungan tersebut terhadap Singapura?
Pengaruh parti berhaluan kiri merosot
Bantahan daripada Republik Indonesia
Parti pemerintah mengalami kekalahan
Barisan Sosialis melancarkan pemberontakan
Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia.
Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia?
Hubungan luar terhad
Dasar konfrontasi tamat
Kedaulatan negara tergugat
Golongan radikal memberontak
Pilihan raya di Malaysia dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Apakah fungsi suruhnjaya tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut berkaitan dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.
Berdasarkan peraturan pilihan raya di Malaysia, mengapakah kedua-dua calon tersebut layak bertanding?
Memiliki ramai penyokong
Bukan penjawat awam
Memiliki kekayaan
Tiada perniagaan
Dasar kependudukan telah diumumkan oleh kerajaan pada 29 Mei 1984.
Mengapakah dasar tersebut dijangka dapat membantu meningkatkan kemajuan
ekonomi Malaysia?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rajah di atas menunjukkan dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Apakah X?
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Malaysia telah menentang Dasar Apartheid yang diamalkan di Afrika Selatan.
Mengapakah Malaysia menentang dasar tersebut?
Menghalang program senjata kimia
Mempertahan hak penduduk asal
Memiliknegarakan pelaburan asing
Menghapuskan sekatan perdagangan
Perjanjian Versailles menamatkan Perang Dunia Pertama. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap Jerman?
Keahlian dalam Liga Bangsa ditamatkan
Pemulihan sistem monarki
Keluasan empayar berkurangan
Perkongsian sumber tenaga dengan negara lain
