WorksheetsKuiz Penduduk dan Petempatan di Malaysia
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Antara
berikut, manakah jenis-jenis petempatan yang terdapat di Malaysia
I Petempatan bandar
II Petempatan pedalaman
III Petempatan antara bandar
IV Petempatan luar bandar
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan maklumat di bawah ia merujuk kepada ciri-ciri petempatan jenis apa?
• Jumlah penduduk melebihi 10 000 orang
• Mempunyai pelbagai kemudahan asas
• Kawasan kediaman berciri moden
Petempatan desa
Petempatan eksklusif
Petempatan alaf baru
Petempatan bandar
Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang biasanya terdapat di kawasan petempatan bandar?
I Pentadbiran
II Perindustrian
III Penternakan
IV Perikanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan ciri-ciri petempatan di bawah, apakah jenis petempatan X?
· Jumlah penduduk kurang daripada 10 000 orang
· Kemudahan asas yang minimum
· Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional
Petempatan desa
Petempatan luar bandar
Petempatan tidak terancang
Petempatan semulajadi
Apakah maksud pola petempatan?
Kepadatan penduduk di sesuatu kawasan
Reka bentuk kediaman yang moden ataupun tradisional
Kedudukan sesebuah petempatan itu di dalam peta topografi
Corak atau reka bentuk susunan kawasan kediaman manusia di sesuatu kawasan
Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berpusat?
I Rumah dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk
II Biasanya terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan
III Kedudukan sebuah rumah dengan sebuah rumah yang lain adalah berjauhan
IV Susun aturnya adalah secara terancang dan sistematik
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, lokasi manakah yang sesuai dikaitkan dengan petempatan dalam Peta?
Kundasang (Sabah)
Felda Trolak (Perak)
Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur)
Bukit Tinggi (Pahang)
Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berjajar?
Rumah dibina secara terancang di pinggir jalanraya
Rumah berjauhan antara satu sama lain di pinggir pantai
Rumah kelihatan tersusun secara deretan dan seragam di sepanjang sungai
Susun atur kediaman bertaburan dan tidak seragam
Berdasarkan Rajah, apakah pola petempatan X ?
Pola petempatan ladang
Pola petempatan berselerak
Pola petempatan kebun getah
Pola petempatan desa
Antara berikut pernyataan manakah yang benar tentang pola petempatan berkelompok?
I Kediaman di bina di kawasan tanah tinggi
II Rumah di bina selari dan seragam di pinggir pantai
III Susun atur rumah adalah secara berkelompok atau terancang
IV Ia juga terdapat di kawasan Felda seperti Felda Sahabat (Sabah)
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara berikut, kombinasi manakah yang benar antara pola petempatan dengan lokasinya?
Pola Petempatan = Lokasi
Berpusat Bandar = Tun Razak (Kuala Lumpur)
Berkelompok = Sepanjang pantai Kuala Besut (Terengganu)
Berselerak = Felda Air Tawar (Johor)
Berjajar = Bukit Tinggi (Pahang)
Antara berikut, manakah kegiatan ekonomi yang boleh dikaitkan dengan pola petempatan berselerak?
Perladangan getah di kawasan FELDA
Perikanan pinggir pantai
Pekebun kecil getah
Perindustrian
Berdasarkan lokasi di bawah, apakah fungsi bandar berikut?
• Klang (Selangor)
• Teluk Sepanggar (Sabah)
• Pasir Gudang (Johor)
Bandar pertahanan
Bandar perindustrian
Bandar pelancongan
Bandar pelabuhan
Berdasarkan Foto Bandar Lumut (Perak), apakah fungsi bandar tersebut?
Bandar pelabuhan
Bandar pertahanan
Bandar sempadan
Bandar Diraja
Dibina sepanjang pantai atau sungai atau di sepanjang jalan raya ialah petempatan ___________
berpusat
berjajar
berselerak
berkelompok
Berikut adalah beberapa contoh bandar di raja
Port Dickson, Temerloh, Kota Bharu
Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam
Klang, Kuala Kangsar, Muar
Klang, Jitra, Ipoh
Berikut adalah fungsi petempatan luar bandar kecuali
pertahanan
ekonomi
sosial
kerajaan/governan
Bandar diraja merupakan
bandar sokongan kepada bandar utama
tempat terletaknya istana iaitu kediaman rasmi bagi sultan atau raja
berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara
berfungsi sebagai ibu negeri atau pusat pentadbiran
Penduduk dapat menyelesaikan urusan mereka melalui pejabat penghulu, ketua kampung, tok batin, tuai rumah atau penggawa. Ini adalah fungsi petempatan luar bandar yang merujuk kepada
fungsi sosial
fungsi ekonomi
fungsi kerajaan/governan
Gambar satelit dari Google Maps menunjukkan pola petempatan di sekitar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang berperanan sebagai
bandar satelit
bandar perindustrian
bandar teknologi maklumat
bandar pendidikan
Rantau Panjang, Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar adalah contoh bandar berfungsi sebagai
bandar pertahanan
bandar perindustrian
bandar satelit
bandar sempadan
Sungai Petani, Perai, Kulim dan Shah Alam adalah contoh bandar
pelancongan
perindustrian
pelabuhan
bandar teknologi maklumat
Contoh bandar berfungsi sebagai bandar pertahanan dan pelancongan
Shah Alam
Bintulu
Senawang
Port Dickson
Berikut adalah bandar perlombongan KECUALI
Miri
Kerteh
Bintulu
Klang
Peluang pekerjaan yang terhad kepada sektor tertentu merujuk kepada
Jenis petempatan bandar
Jenis petempatan luar bandar
