wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING. 2, PEP. SEM. 2, 2020

Total questions: 60

Worksheet time: 3600secs

Name
Class
Date
1.

Rajah 1 berkaitan dengan Perang Tiga Segi di Kesultanan Johor Riau.

Apakah faktor yang membawa kepada peperangan tersebut?

a)

Persaingan kuasa Acheh

b)

Perluasan pengaruh Portugis

c)

Perebutan kuasa antara pembesar

d)

Penguasaan perdagangan di Selat Melaka

2.

Rajah 2 berkaitan dengan kedatangan pedagang di pelabuhan Johor – Riau.

Siapakah X ?

a)

Pedagang Gujerat

b)

Pedagang Bengal

c)

Pedagang Jawa

d)

Pedagang Turki

3.

Apakah manfaat sistem naungan kepada pedagang luar dan tempatan ?

a)

Pedagang mendapat layanan istimewa

b)

Pedagang mendapat hasil lumayan

c)

Pedagang diberi cukai yang rendah

d)

Pedagang belayar tanpa gangguan

4.

Mengapakah berlaku Perang Johor-Jambi yang tercetus dari tahun 1659 hingga 1679?

a)

Jambi tidak membayar ufti

b)

Belanda menceroboh perairan Jambi

c)

Johor menuntut wilayah Tungkal

d)

Portugis menguasai perdagangan Johor

5.

Raja Kechil telah mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Johor Riau. Bagaimanakah tindakan Raja Sulaiman menghalang pengisytiharan tersebut?

a)

Meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara

b)

Menggalakkan kemasukan kapal perang Portugis

c)

Menyerang kubu pertahanan Raja Kechil

d)

Melantik Tun Abdul Jalil sebagai Menteri Besar

6.

Apakah tujuan penyediaan gudang bawah tanah di pelabuhan Johor Riau?

a)

Masalah banjir dapat diatasi

b)

Kebakaran dapat dielakkan

c)

Kos penyewaan lebih murah

d)

Barangan tidak akan rosak

7.

Gambar menunjukkan replika kapal yang dibina oleh Orang Laut di Johor Riau. Apakah kapal tersebut?

a)

Kapal balok

b)

Kapal korek

c)

Kapal pencalang

d)

Kapal banteng

8.

Siapakah yang menyusun dan menulis semula karya Sulalatus Salatin.

a)

Tun Seri Lanang

b)

Raja Abdullah

c)

Bukhari al-Jauhari

d)

Tun Ahmad Paduka Raja

9.

Antara berikut, yang manakah merupakan strategi yang dilakukan oleh kerajaan Johor Riau untuk mempertahankan kedaulatannya?


I Meminta bantuan Portugis

II Menaiktaraf sistem pentadbiran

III Membina kota pertahanan dengan ciri yang sentiasa berubah

IV Memindahkan pusat pemerintahan dari satu tempat ke tempat yang lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Bagaimanakah konflik antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tum Abdul Jamil dileraikan?

a)

Laksamana Tun Abdul Jamil berundur ke Terengganu

b)

Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal dunia

c)

Bendahara Tun Habib Abdul Majid mendapat sokongan rakyat

d)

Bendahara Tun Habib Abdul Majid meminta bantuan Bugis

11.

Siapakah penulis karya berikut?


- Tuhfat Al-Nafiz

- Salasilah Melayu dan Bugis

a)

Tun Seri Lanang

b)

Raja Ali Haji

c)

Bukhari al-Jauhari

d)

Raja Ahmad

12.

Pembesar manakah yang menetapkan sistem timbang dan sukat di pelabuhan Johor Riau?

a)

Laksamana

b)

Penghulu Bendahari

c)

Syahbandar

d)

Temenggung

13.

Siapakah yang dilantik sebagai wakil Kesultanan Melayu Melaka untuk mentadbir Pahang pada abad ke-15?

a)

Seri Bija Diraja

b)

Raja Muhammad

c)

Bendahara Wan Ahmad

d)

Raja Muda Abdullah

14.

Di manakah lokasi pusat pemerintahan pertama Sultan Muzaffar Shah di Perak?

a)

Tanjung Malim

b)

Tanah Abang

c)

Kuala Kangsar

d)

Teluk Intan

15.

Mengapakah pada abad ke-15, Sultan Mahmud Shah dan keluarga meninggalkan Melaka dan bersemayam di Kampar, Sumatera?

a)

Pemberontakan antara pembesar Melaka

b)

Kelemahan sistem pentadbiran pusat

c)

Serangan Portugis terhadap Melaka

d)

Perebutan kuasa dalam kalangan kerabat diraja

16.

Negeri-negeri Melayu menggunakan alat regalia semasa pertabalan Raja-Raja Melayu. Apakah maksud alat regalia?

a)

Adat protokol

b)

Pakaian diraja

c)

Kenderaan diraja

d)

Alat kebesaran

17.

Apakah kesan penggubalan Undang-Undang 99 Perak terhadap negeri Perak?

a)

Melicinkan sistem pentadbiran

b)

Memajukan sistem ekonomi

c)

Memelihara kebajikan rakyat

d)

Mengukuhkan institusi kesultanan

18.

Negeri manakah yang memberikan gelaran "Orang Kaya Indera Segara" kepada pembesar?

a)

Perak

b)

Pahang

c)

Selangor

d)

Terengganu

19.

Antara istiadat berikut, istiadat manakah yang melarang permainan nobat dilakukan?

a)

Istiadat pertabalan

b)

Istiadat pemakaman

c)

Istiadat keputeraan

d)

Istiadat perkahwinan

20.

Kitab Tib telah disalin oleh Haji Mahmud di Jawi, Terengganu pada tahun 1819. Apakah isi kandungan karya tersebut?

a)

Pendidikan

b)

Salasilah raja

c)

Perubatan

d)

Sastera rakyat

21.

Apakah kesan daripada Sultan Abdul Ghafur Muhaiyuddin Shah yang tidak meninggalkan waris Kesultanan Pahang?

a)

Pahang menjadi wilayah pengaruh Siam

b)

Pahang diperintah oleh Kesultanan Johor Riau

c)

Kerajaan Johor Riau mengiktiraf kedaulatan Pahang

d)

Kerajaan Melaka menuntut semula Pahang

22.

Sultan Mahmud Shah telah menabalkan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor.

Apakah alat kebesaran yang dianugerahkan kepada baginda?

I Nobat

II Cap Mohor

III Keris

IV Lembing

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Di Terengganu terdapat satu jawatankuasa yang dibentuk untuk memilih dan melantik sultan. Apakah jawatankuasa tersebut?

a)

Dewan Rakyat

b)

Majlis Raja-raja

c)

Majlis Mesyuarat Kerajaan

d)

Dewan Pangkuan Diraja

24.

Gambar merupakan undang – undang yang digunakan semasa Pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain pada tahun 1752 hingga 1765.

Apakah undang-undang tersebut ?

a)

Undang-undang Laut

b)

Undang-undang 99 Perak

c)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang

d)

Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

25.

Mata wang berikut telah digunakan oleh masyarakat di Kelantan.

Siapakah yang memperkenalkan mata wang tersebut ?

a)

Long Yunus

b)

Puteri Saadong

c)

Sultan Muhammad II

d)

Che Siti Wan Kembang

26.

Rajah berikut merupakan hubungan diplomatik antara Kerajaan Melayu.

Bagaimanakah hubungan tersebut terjalin?

a)

Perdagangan

b)

Perkahwinan

c)

Penaklukan

d)

Penghantaran ufti

27.

Apakah pembaharuan yang diperkenalkan oleh Sultan Muhamad Jiwa di Kedah?

a)

Membina gudang di perlabuhan

b)

Membina jalan raya dan jalan kereta api

c)

Memperkemaskan penggunaan mata wang

d)

Menjadikan Gunung Jerai sebagai panduan para pedagang

28.

Kerajaan Perlis menjalinkan hubungan perdagangan dengan Kerajaan Siam.

Apakah barang dagangan tersebut ?

a)

Beras

b)

Kapur Barus

c)

Gading gajah

d)

Ikan kering

29.

Pemerintahan kerajaan Kedah berkembang menerusi pembukaan Kota Siputih. Apakah tujuan pembukaan kota tersebut?

a)

Langkah meningkatkan kemajuan negeri

b)

Strategi menghadapi ancaman Siam dan Acheh

c)

Pengiktirafan kuasa luar terhadap kerajaan

d)

Keselamatan perairan terjamin dan diperkukuhkan

30.

Apakah sumbangan Long Yunus terhadap pengasasan Kerajaan Kelantan?

a)

Menyatukan wilayah yang berpecah

b)

Menggagalkan serangan Siam

c)

Menggubal undang-undang pertama

d)

Menghadapi ancaman daripada Acheh

31.

Raja Bahar sebagai pemerintah terakhir Negara Patani Besar telah mangkat pada tahun 1670. Apakah kesan kemangkatan tersebut terhadap Kelantan?

a)

Sistem pemerintahan beraja berakhir

b)

Pertahanan menjadi lemah

c)

Pusat pentadbiran berpecah

d)

Campur tangan kuasa luar

32.

Empat Penghulu Luak telah menjemput seorang putera Minangkabau ke Negeri Sembilan pada tahun 1770. Apakah tujuan jemputan tersebut?

a)

Melantiknya sebagai pemerintah

b)

Menjadi penasihat sultan

c)

Mengetuai sistem pertahanan

d)

Mengeratkan hubungan keagamaan

33.

Apakah binatang yang menjadi simbol pada wang emas Kelantan yang digunakan semasa pemerintahan Che Siti Wan Kembang?

a)

Kancil

b)

Kuda

c)

Kijang

d)

Kucing

34.

Apakah yang dihantar oleh Kerajaan Perlis kepada Siam sebagai tanda persahabatan?

a)

Wang kertas

b)

Ufti tahunan

c)

Bunga emas

d)

Kain sutera

35.

Apakah kepentingan Sungai Linggi terhadap Negeri Sembilan?

a)

Pusat pentadbiran kerajaan

b)

Pembekal sumber beras

c)

Laluan perdagangan utama

d)

Kaya dengan sumber protein

36.

Bagaimanakah Yamtuan Radin ditabalkan menjadi pemerintah Negeri Sembilan pada tahun 1830?

a)

Melalui pilihan raya

b)

Melalui sistem penggantian

c)

Dipilih oleh raja sebelumnya

d)

Perlu lulus dalam peperiksaan

37.

Siapakah yang boleh dilantik sebagai pengganti pemerintah dalam Kerajaan Melayu ?

a)

Pembesar Melayu

b)

Lelaki merdeka

c)

Orang Melayu

d)

Putera Sultan

38.

Gambar berkaitan Istiadat Pertabalan Diraja.

Mengapakah adat pertabalan dilaksanakan dalam Kerajaan Melayu ?

a)

Mengelakkan ancaman luar

b)

Mengabsahkan kedaulatan raja

c)

Meningkatkan kemajuan negeri

d)

Menggalakkan kedatangan pedagang

39.

Apakah karya yang dihasilkan oleh Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad pada tahun 1927 ?

a)

Hikayat Isma Yatim

b)

Hikayat Merong Mahawangsa

c)

Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah

d)

Salasilah atau Tarikh Kerajaan Perlis

40.

Rajah berikut berkaitan hierarki pentadbiran Adat Pepatih di Negeri Sembilan.

Apakah peranan Buapak?

a)

Menjaga keamanan negeri

b)

Menjadi rujukan berkaitan adat

c)

Menyelesai pertelingkahan

d)

Mengurus harta pusaka

41.

Apakah tugas pembesar jajahan atau daerah dalam sistem pemerintahan beraja?

a)

Menjadi wakil pentadbir bagi pihak kerajaan

b)

Sebagai ketua agama Islam

c)

Menjadi perantaraan antara rakyat dengan pemerintah

d)

Menjadi lambang perpaduan rakyat

42.

Majlis Pemasyhuran dilaksanakan untuk melantik pengganti sultan atau raja yang mangkat. Bilakah majlis tersebut akan dilaksanakan?

a)

Setelah urusan pemakaman

b)

Semasa proses perkabungan

c)

Sebelum jenazah dimakamkan

d)

Semasa urusan pemakaman

43.

Apakah larangan yang digubal dalam Hukum Maksiat di Kelantan pada abad ke-19?

a)

Persembahan wayang kulit

b)

Pertandingan wau bulan

c)

Pemberian riba dan zakat

d)

Perbuatan laga lembu

44.

Berikut merukan seni persembahan Mek Mulung. Negeri manakah yang mewarisi tarian tersebut?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Pulau Pinang

45.

Apakah gelaran yang diberikan kepada penglipurlara kerajaan Perlis?

a)

Tukan Kaba

b)

Tok Selampit

c)

Awang Batil

d)

Awang Belanga

46.

Mengapakah berlaku perubahan daripada motif haiwan kepada motif alam dalam seni ukir masyarakat kerajaan Melayu?

a)

Berlaku pengaruh Islam

b)

Banyak sumber kewangan

c)

Berhasrat menarik pelancong

d)

Bersesuaian dengan budaya masyarakat

47.

Keunikan Adat Perpatih ialah kaum perempuan dianggap sebagai Ibu Soko. Apakah maksud Ibu Soko?

a)

Kaum perempuan boleh mewarisi harta

b)

Ibu yang melahirkan anggota masyarakat

c)

Ketua masyarakat ialah kaum perempuan

d)

Hukuman ringan kepada kaum perempuan

48.

Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan dalam Adat Perpatih. Apakah tindakan terhadap wanita yang melanggar larangan tersebut?

a)

Hilang tempat tinggal

b)

Hilang hubungan persaudaraan

c)

Hilang hak untuk menyandang jawatan

d)

Hilang hak mewarisi harta

49.

Apakah bukti yang menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah mempunyai hubungan dengan kerajaan Alam Melayu ?

a)

Kewujudan pusat perdagangan

b)

Pengamalan budaya Melayu

c)

Kegiatan keagamaan

d)

Pusat intelektual

50.

Apakah gelaran yang diberikan kepada pemimpin tempatan Sarawak oleh Kesultanan Brunei ?

a)

Datu

b)

Batu Seri

c)

Orang Kaya

d)

Datu Abang

51.

Maklumat berikut berkaitan dengan kegiatan ekonomi masyarakat Sabah.

Kaum manakah yang terlibat dengan kegiatan ini ?

a)

Murut

b)

Iranun

c)

Rungus

d)

Berunai

52.

Gambar merupakan tenunan kain oleh kaum Iban di Sarawak yang digunakan dalam pelbagai majlis.

Apakah majlis tersebut?

I. Majlis kelahiran

II. Majlis perayaan

III. Majlis berkhatan

IV. Majlis perkahwinan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

53.

Gambar merupakan hasil binaan unik kaum Melanau di Sarawak.

Mengapakah mereka membina rumah tersebut?

a)

Mengelakkan serangan musuh

b)

Menjalankan upacara ritual

c)

Menjadi tempat interaksi

d)

Mengadakan upacara perayaan

54.

Apakah bentuk sistem pemerintahan tempatan di kawasan pedalaman Sarawak?

a)

Kerajaan

b)

Kesukuan

c)

Kedatuan

d)

Ketua bebas

55.

Apakah gelaran bagi ketua kaum Murut di Sabah?

a)

Datu

b)

Dayang

c)

Babalian

d)

Tuai Rumah

56.

Mengapakah pemimpin penting dalam sesebuah masyarakat?

a)

Melaksanakan pentadbiran secara kuku besi

b)

Mengekalkan kehidupan tradisi dalam dunia moden

c)

Menggunakan masyarakat untuk kepentingan sendiri

d)

Menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul

57.

Apakah kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh kaum Kayan, Penan dan Kenyah di pedalaman Sarawak?

a)

Mengutip sarang burung

b)

Memburu haiwan liar

c)

Mengumpul kapur barus

d)

Membuat perahu

58.

Menurut catatan sejarah, nama Murut diberi oleh orang Brunei. Apakah maksud Murut?

a)

Orang laut

b)

Orang bukit

c)

Orang sungai

d)

Orang pantai timur

59.

Apakah tujuan Pesta Regata Lepa disambut oleh kaum Bajau/Sama di pantai timur Sabah?

a)

Menyatakan rasa terima kasih kepada petara

b)

Memilih ratu cantik dan jejaka tampan

c)

Mengelak malapetaka buruk oleh roh jahat

d)

Memperingati peranan lepa dalam kehidupan

60.

Tarian ini ditarikan oleh kaum Murut semasa majlis keramaian dan menggunakan dua batang buluh. Apakah tarian tersebut?

a)

Limbai

b)

Sumazau

c)

Bermukun

d)

Magunatip