wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

semantik

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Semantik ialah satu bidang kajian tentang

a)

pembentukan kata

b)

cara bunyi bahasa dihasilkan

c)

penggunaan kata berdasarkan geografi

d)

makna yang terdapat pada kata, frasa dan klausa

2.

Perkataan yang manakah tidak mengandungi sinonim?

a)

Musuh

b)

Kertas

c)

Bangun

d)

Perempuan

3.

Frasa yang manakah boleh bermaksud denotatif dan boleh juga bermaksud konotatif?

a)

Kaki langit

b)

Kaki pukul

c)

Kaki ayam

d)

Kaki ponteng

4.

Frasa yang manakah memperlihatkan penggunaan perkataan yang bertentangan makna?

a)

Cantik jelita

b)

Ribut taufan

c)

Hutan belantara

d)

Panjang pendek

5.

I. Ali membela lima ekor kucing.

II. Dia akan membela kawannya yang teraniaya.


Perkataan yang bergaris dalam dua ayat di atas memperlihatkan maksud dari konteks

a)

sinonim

b)

hiponim

c)

homofon

d)

homograf

6.

Sirip, mata, insang, ekor


Perkataan-perkataan di atas tergolong sebagai

a)

kolokasi

b)

hiponim

c)

meronim

d)

homofon

7.

Yang manakah pasangan yang berhomofon?

a)

Massa - masa

b)

Anjur - unjur

c)

Rela - reda

d)

Itu - ini

8.

Apakah maksud "rujukan"?

a)

Bunyi yang diucapkan

b)

Gagasan dalam fikiran

c)

Benda yang konkrit atau tampak

d)

Punca sesuatu yang hendak dinyatakan

9.

Yang manakah lingkungan makna bagi laut?

a)

Sungai

b)

Ombak

c)

Gunung

d)

Pelampung

10.

Yang manakah perkataan yang merupakan homonim?


I Jangka

II Kepala

III Peria

IV Gigi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.
  • Kail
  • Bubu
  • Pukat


Aspek leksikal yang berkaitan dengan senarai di atas ialah

a)

Hiponim

b)

Holonim

c)

Meronim

d)

Homonim

12.

Pilih ayat yang mengandungi perkataan yang mengalami peluasan makna.

a)

Gadis itu sungguh cantik.

b)

Pekerja itu menanam pokok sena.

c)

Ustaz baharu itu berasal dari Kedah.

d)

Dia membeli kitab itu ketika ke Mekah.

13.

Perkaitan leksikal dari aspek homograf terdapat pada perkataan

a)

pelat

b)

kuota

c)

perang

d)

rendam

14.

I. Hasnah membuka bungkusan itu.

II. Pendapatnya membuka jalan ke arah persetujuan itu.


Perkataan yang bergaris di atas memperlihatkan makna

a)

polisemi

b)

sinonim

c)

antonim

d)

homonim

15.

Perubahan makna sesuatu perkataan boleh terjadi kerana

a)

perkataan itu kurang tepat

b)

keperluan kepada makna baharu

c)

peminjaman daripada bahasa asing

d)

masyarakat tidak suka menggunakannya

16.

Istilah "superordinat" mempunyai kaitan dengan

a)

hiponim

b)

meronim

c)

homonim

d)

homograf

17.

Yang manakah TIDAK benar tentang makna?

a)

Bersifat arbitrari

b)

Mempunyai medan makna

c)

Ada hubungan mutlak dengan kata

d)

Terdapat makna konotasi dan denotasi

18.

Unsur yang manakah mempunyai hubungan tidak langsung?

a)

Kata dengan makna

b)

Leksem dengan konsep

c)

Leksem dengan rujukan

d)

Rujukan dengan makna

19.

Perkataan yang mempunyai persamaan ejaan tetapi berlainan sebutan dan maksud dikenali sebagai

a)

antonim

b)

polisemi

c)

homonim

d)

homograf

20.

Pasangan perkataan yang manakah memperlihatkan kewujudan nilai rasa?

a)

Jaun - rindu

b)

Kaya - mewah

c)

Laki-laki - jantan

d)

Kacak - mempesona

21.

Antara yang berikut, yang manakah pernyataan yang benar tentang homograf?

a)

mempunyai makna yang sama

b)

mempunyai makna yang berbeza

c)

mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna

d)

mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna dan sebutan

22.

Setelah setengah jam berada di dalam kedai itu, matanya terpaku pada sebuah buku cerita kanak-kanak. Nama penulisnya tercatat di dada buku. "Kulit buku itu amat menarik."Bisik hatinya. Lakaran wajah wanita pada kulit buku itu sesuai dengan judul cerita. Dia menyelak muka surat buku itu satu demi satu. Tulisannya jelas.


Perkataan yang bergaris dalam petikan di atas merupakan

a)

hiponim

b)

polisemi

c)

meronim

d)

homograf

23.

Antara kumpulan kata berikut, yang manakah yang polisemi?

i. kecil, muda, tua

ii. mata, muka, kaki

iii. semak, perang, selak

iv. tulang, dulang, pulang

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

24.

i. Setiap organ yang ada pada tubuh kita, perlulah kita jaga supaya sihat.

ii. Alunan muzik yang menghiburkan kedengaran sebaik saja dia memetik organ itu.


Kata organ dalam ayat i dan ii di atas ialah kata dalam kategori semantik

i. sinonim

ii. polisemi

iii. hiponim

iv. homonim

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

25.

Karnivor - buaya, harimau, singa, seladang, serigala


Dalam bidang semantik, jenis haiwan karnivor yang dinyatakan dalam rajah di atas tergolong dalam kata

a)

sinonim

b)

hiponim

c)

polisemi

d)

homonim

26.

Antara yang berikut, yang manakah pasangan kata yang sinonim?

a)

tangkas - cerdas

b)

musnah - binasa

c)

sedih - menangis

d)

saranan - bantahan

27.
  • "Pensel itu sudah pun saya raut tadi," kata Sani.
  • "Raut wajah bayi ini hampir menyerupai ibunya," kata Mak Tom


Perkataan yang bergaris dalam ayat di atas ialah

a)

antonim

b)

hiponim

c)

sinonim

d)

homonim

28.

Yang manakah konsep semantik?

a)

Kajian hubungan makna perkataan dengan maksud penuturnya

b)

Kajian perkaitan antara lambang dengan maknanya

c)

Kajian makna ayat berdasarkan penggunaannya

d)

Kajian makna perkataan dalam konteks tertentu

29.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang membawa makna denotatif?

a)

Ayah membetulkan kaki banngku yang patah itu?

b)

Mulut manis tidak bererti budi pekerti pun manis juga.

c)

Kami masih menanti lampu hijau daripada pihak atasan kami.

d)

Abang ipar amat sukan makan hati ayam yang dimasak rendang.

30.

Abang ipar amat sukan makan hati ayam yang dimasak rendang.

a)

Dia suka makan sup kaki ayam

b)

Pisau cukur elektrik itu mahal harganya

c)

Haris sekeluarga makan angin di Pulau Sipadan baru-baru ini.

d)

Raja sehari itu duduk di atas pelamin sambil tersenyum simpul.

31.

Yang manakah ungkapan yang membawa maksud konotatif?

a)

Jari kaki

b)

Alas kaki

c)

putus kaki

d)

angkat kaki

32.

Ayat yang manakah yang menngandungi frasa yang mendukung makna konotatif?

a)

Amalan cuci tangan sebelum dan selepas makan mestilah diajarkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.

b)

Tahi minyak amat sesuai untuk dijadikan bahan makanan untuk haiwan ternakan seperti lembu.

c)

Pelajar itu menconteng arang di mukanya semasa melakonkan watak pengemis.

d)

Abu ada hati hendak membeli-belah lagi sedangkan poketnya sudah kosong.

33.

Walaupun banyak peralatan moden terdapat di pasaran, masyarakat Kampung Dusun masih gemar menggunakan peralatan pertukangan rumah yang lama. Gerudi digunakan bagi menebuk lubang pada kayu kerana masyarakat di sini lazimnya menggunakan pasak kayu untuk menyambung kayu. Ketam pula digunakan untuk melicinkan permukaan kayu dan papan rumah. Tukul kayu turut digunakan untuk mengetuk kayu tanpa mencalar atau merosakkan kayu.


Kata superordinat dalam petikan di atas ialah

a)

gerudi

b)

tukul kayu

c)

peralatan moden

d)

peralatan pertukangan rumah

34.

"Akhirnya, pelajar Tingkatan 6 Atas Berlian mengaku bahawa mereka yang menciplak idea pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Sinaran. Perbuatan negatif mereka amat jelas. Ingatlah, bukan bersuluh batang pisang, bersuluh bulan matahari!" kata Pengetua.


Ungkapan yang bergaris dalam petikan di atas mempunyai makna

a)

gramatikal

b)

denotatif

c)

konotatif

d)

leksikal

35.

Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang membawa maksud konotatif?

i. Berkilau-kilauan mata cincin di jari manis kakak.

ii. Fahmi memberitahu rakan-rakan nama mata airnya.

iii. Ibu meminta bantuan ayah untuk mengasah mata guntingnya.

iv. Oleh sebab lapar, adik memakan telur mata kerbau yang baru digoreng kakak.

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

36.

P - Makanan kegemaran adik lelaki saya ialah ketam masak kari.

Q - Ayah melicinkan kayu belian itu menggunakan ketam agar nampak halus dan berkilat.


Perkataan berhuruf condong dalam ayat P dan Q di atas merupakan

a)

sinonim

b)

homonim

c)

hiponim

d)

meronim

37.

Antara yang berikut, yang manakah pasangan kata yang berantonim?

a)

kenyal - keras

b)

lembut - lunak

c)

tajam - runcing

d)

saranan - bantahan

38.

Yang manakah yang benar tentang kajian semantik?

i. Bidang yang mengkaji jenis-jenis kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa.

ii. Bidang yang mengkaji hubungan antara ayat dalam sesuatu bahasa.

iii. Bidang yang mengkaji perkaitan antara lambang dengan makna.

iv. Bidang linguistik yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

39.

Antara yang berikut, yang manakah yang mengalami penyempitan makna?

i. Tuan

ii. Awak

iii. Kapal

iv. Ustaz

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

40.

Adik membaca buku cerita sambil memakan satu buku roti.


Apakah perkaitan makna perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas?

a)

Homonim

b)

Meronim

c)

Hiponim

d)

Homograf

41.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep, perkataan, dan rujukan?

a)

Perkaitan antara perkataan dengan konsep bersifat langsung.

b)

Perkaitan antara rujukan dengan perkataan bersifat langsung.

c)

Perkaitan antara rujukan dengan konsep bersifat tidak langsung

d)

Perkaitan antara konsep, perkataan, dengan rujukan bersifat tidak langsung.

42.

Perkataan yang manakah yang mengandungi makna denotatif dan makna konotatif?

i. Muka

ii.Bunga

iii. Bangku

iv. Kumbang

a)

i dan iii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

ii dan iv

43.

Yang manakah ungkapan yang membawa makna konotatif?

a)

ayam didik

b)

kuda lumba

c)

lembu daging

d)

buaya tembaga

44.

Antara yang berikut, yang manakah pasangan kata yang antonim?

a)

elok - cantik

b)

bising - gamat

c)

tegang - kendur

d)

lentur - bengkok

45.
  • Rendang ayam yang dimasak oleh ibu sangat enak rasanya.
  • Buaian di bawah pohon rendang itu menjadi tempat adik bermain.


Perkataan rendang dalam ayat di atas merupakan

a)

polisemi

b)

homofon

c)

homonim

d)

homograf

46.

Yang manakah perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di bawah tergolong dalam homonim?

a)

Tentera negara itu menggunakan pakaian seragam berwarna perang ketika perang.

b)

Majlis perkahwinan massa berlangsung mengikut ketetapan masa pihak penganjur.

c)

Pak Ngah Jamal sedang memilih baju kemeja batik bersaiz sedang di Butik Pesona.

d)

Kuota pemilikan premis perniagaan untuk penduduk kota ini ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan.

47.

Yang manakah frasa yang berhuruf condong dalam ayat di bawah yang mendokong makna denotatif?

i. Muka tembok bangunan itu diconteng oleh kanak-kanak nakal.

ii. "Kaki kain batik ini bercorak pucuk rebung," jelas ibu kepada kakak.

iii. Kawan-kawannya menggelar Din ulat buku kerana dia suka membaca.

iv. Barang kita yang telah diberikan kepada orang lain,jika diminta kembali, buruk siku namanya.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

48.
  • Cadangan pihak sekolah untuk mengadakan Program Larian Amal amat baik.
  • Setelah baik, doktor membenarkan ayah pulang ke rumah dan tahap kesihatan ayah akan kami pantau.
  • "Baik, cikgu. Segala nasihat cikgu akan saya jadikan panduan," kata Din.


Kata baik dalam ayat-ayat di atas merupakan

a)

sinonim

b)

polisemi

c)

meronim

d)

hiponim

49.

Mengikut Rajah Segi Tiga Semiotik, konsep merujuk kepada

a)

Kata makna tersurat

b)

Asal usul kewujudan sesuatu perkataan

c)

Makna kepada sesuatu perkataan

50.

Kata 'cerah' mungkin kata yang mendukung makna

a)

Konotatif

b)

Denotatif

c)

Denotatif dan Konotatif