NEW
Font size
WorksheetsCAKNA BM SEM 1 Siri 1
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
1 Yang manakah padanan yang betul bagi golongan bahasa dengan contoh bahasa dalam subkeluarga Nusantara?
A Golongan bahasa - Toraja, Contoh bahasa - Kaili, Banggai, Wotu
B Golongan bahasa - Tomini, Contoh bahasa - Tinombo, Tomini, Taliaboo
C Golongan bahasa - Filipina, Contoh bahasa - Iloko, Palau, Tombulu
D Golongan bahasa - Bima-Sumba, Contoh bahasa -Kro’e, Manggarai, Kupang
2 • Menggunakan aksara Pallava
• Menggunakan bahasa Melayu kuno
• Batu bersurat tertua mengandungi 10 baris ayat yang ditulis di atas batu berbentuk bujur.
Penyataan di atas merujuk batu bersurat di
A Gandasuli, Jawa Tengah
B Talang Tuwo, Palembang
C Kedukan Bukit, Pelembang
D Karang Brahi, Meringin, Hulu Jambi
3 Yang manakah penyataan yang benar tentang bahasa Melayu klasik?
I Sering menggunakan bahasa dalam
II Bentuk ayat pasif lebih banyak digunakan
III Banyak menggunakan partikel dalam ayat
IV Penggunaan kata pangkal ayat semakin jarang digunakan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
4 Sistem aksara Jawi berasaskan pengaruh bahasa Melayu dengan menggunakan huruf saksi ﺍ (melambangkan bunyi vokal a dan e pepet) ,
ﻭ (melambangkan bunyi vokal o dan u) , dan ﻱ ( bunyi vokal i dan e taling) pada suku kata pertama).
Penyataan di atas adalah berkaitan kelemahan sistem aksara Jawi kecuali
A mengakibatkan ketaksaan makna
B perkataan berbeza ditulis dengan ejaan yang sama
C tidak menggunakan huruf saksi pada suku kata kedua
D masa menulis sesuatu kata atau ayat mengambil masa yang agak lama
5 Ciri di bawah menentukan penghasilan bunyi-bunyi vokal kecuali
A bahagian lidah yang terlibat dan turun naik lidah
B keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan
C keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar.
D keadaan udara keluar dari paru-paru yang menerima sekatan atau geseran Option 4
6 Angkatan Sasterawan 50 telah mencadangkan perkara-perkara berikut untuk memartabatkan bahasa Melayu kecuali mencadangkan
A bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah
B penubuhan Balai Pustaka (kini Dewan Bahasa dan Pustaka)
C penyatuan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia dikaji semula
D bahasa Melayu diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan kelulusan dalam bahasa Melayu
7 Yang manakah antara tujuan utama bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan?
I mencapai integrasi nasional
II mewujudkan identiti nasional
III menjadi bahasa perhubungan nasional
IV mencapai negara maju berteraskan satu bahasa
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
8 Aktiviti yang melibatkan perancangan korpus bahasa termasuklah aktiviti berikut kecuali
A Menggubal istilah dalam pelbagai bidang ilmu
B Memperbanyakkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu
C Merancang penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang
D Menghasilkan variasi bahasa baku yang sempurna dan seragam
9 Yang manakah bukan alat artikulasi?
A bibir
B lidah
C gigi dan gusi
D lelangit lembut
10 Yang manakah kumpulan kata yang semua suku kata akhirnya mengandungi e pepet?
I kabel , bonet, agen
II gender, label, laser
III jeleket, berjejer, bona fide
IV vandalisme, sumber, sentimeter
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
11 A bab, had, beg, koc, kolej B straw, skuasy, kenyal Kumpulan perkataan A dan B di atas ialah kumpulan perkataan pinjaman kerana
I konsonan b, d, g, c, dan j hanya berada pada akhir perkataan-perkataan pinjaman
II huruf konsonan ny, w, dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan asli bahasa Melayu
III konsonan geseran lelangit keras tak bersuara iaitu sy ialah variasi sh sebelum peminjaman berlaku
IV terdapat sepuluh huruf konsonan iaitu p, t, k, m, n, ng, s, h, r dan 1 hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan pinjaman
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
12 • belakang lidah diturunkan sepertiga
• lelangit lembut terangkat rapat rapat ke belakang tekak menutupi rongga hidung
• udara dari paru-paru keluar tanpa sekatan melalui rongga mulut
• bibir berkeadaan bundar
Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas ialah
A vokal tengah
B vokal belakang sempit
C vokal depan separuh luas
D vokal belakang separuh sempit
13 Yang manakah kumpulan perkataan yang kesemuanya mengandungi konsonan letupan gigi-gusi bersuara?
A aduh, dedah, asid
B dapat, laba, buapak
C rekod, rakit, bertam
D telah, madah, kebah
14 Persamaan penghasilan bunyi konsonan [ p ], [ t ] dan [ k ] ialah ketiga-tiganya dihasilkan
I tanpa menggetarkan pita suara
II dalam keadaan rongga hidung terbuka
III dengan cara sebutan iaitu secara letupan
IV dengan sekatan dibuat pada titik artikulasi yang sama
A I dan Ii
B I dan III
C II dan III
D III dan IV
15 • belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak
• udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut
• glotis pula direnggangkan dan pita suara bergetar. Bunyi yang dihasilkan dengan cara di atas wujud pada kumpulan perkataan
A [ᵡabar], [iᵡtiar], [fasaᵡ]
B [ ˠaib], [maˠrib], [mubaliˠ]
C [šampu], [mašhur], [skuaš]
D [ƟalaƟa], [miƟal], [bahaƟ]
16 Yang manakah padanan konsonan yang kedua-duanya ialah konsonan gigi-gusi bersuara?
I [ t ], [ r ] II [ d ], [ z ] III [ n ], [ l ] IV [ s ], [ j ]
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 Untuk menghasilkan bunyi diftong ini, vokal depan luas digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit. Keadaan bibir daripada terhampar menjadi bundar.
Yang manakah kumpulan perkataan yang dimaksudkan dalam penyataan di atas?
A aurat, daulat, relau
B aising, pandai, relai
C baiah, kaitan, lautan
D oidium, peroi, boikot
18 Perkataan berikut mengandungi suku kata pinjaman yang strukturnya KVKK kecuali?
A Blok
B Bank
C Konteks
D Ambulans
19 Yang manakah perkataan yang mempunyai suku kata terbuka?
A kaum
B saing
C rangkap
D dwibahasa
20 • Memperkenalkan atau menambahkan keterangan
• Memisahkan subjudul daripada judul utama buku dalam penulisan
• Menulis masa atau jam
• Menulis kata bual berbentuk dialog dalam drama Yang manakah tanda baca yang menepati penyataan di atas?
A tanda elipsis
B tanda petik tunggal
C tanda koma bertitik
D tanda titik bertindih
