wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SISTEM BAHASA

Total questions: 100

Worksheet time: 52mins

Name
Class
Date
1.

Rumah apa yang banyak guna air?

a)

rumah api

b)

rumah air

c)

rumah terbakar

d)

rumah hantu

2.
Apakah yang “Jauh di mata, dekat di hati”?
a)
rindu 
b)
kekasih
c)
usus 
d)
jantung
3.
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
a)
kaki
b)
bayang-bayang
c)
masa
4.
Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
a)
bunga seri pagi
b)
bunga matahari
c)
bunga api
5.

Binatang ini kaya kerana mempunyai kereta?

a)

Beruang

b)

Lembu

c)

Burung unta

6.

Bunga apa yang disiram akan mati.

a)

Bunga raya

b)

Bunga ros

c)

Bunga melur

d)

Bunga api

7.
Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
a)
penguin
b)
burung unta
c)
burung hantu
8.
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?
a)
donut
b)
kuih lapis
c)
dunkin donut
9.
Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
a)
kuda kepang
b)
kuda tidak makan
c)
kuda lapar
10.
Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.
a)
Lilin
b)
cahaya
c)
bulan
11.
Amin membuka _______________ apabila mereka dikejar anjing gila.
a)
jalan buntu
b)
membawa diri
c)
langkah seribu
d)
angkat kaki
12.
Sikap Mak Munah yang _____________ itu menyebabkan jiran - jirannya berpecah-belah.
a)
angkat muka
b)
muka tembok
c)
bermuka-muka
d)
tebal muka
13.
Adli tidak menyesal membeli kasut kulit yang mahal itu kerana baginya __________________________.
a)
hati hendak, semua jadi
b)
alah beli, menang memakai
c)
nasi sudah menjadi bubur
d)
jauh panggang dari api
14.
Walaupun berlainan bangsa, hubungan Wong dan Ramesh sungguh akrab.
a)
seperti isi dengan kuku
b)
seperti kucing dibawakan lidi
c)
seperti pahat dengan penukul
d)
seperti gergaji dua mata
15.
Pembinaan projek perumahan itu terbengkalai kerana pihak pengurusannya ___________________.
a)
makan angin
b)
kacang hantu
c)
gulung tikar
d)
perang dingin
16.
Orang gaji itu _______________ apabila majikannya mahu melaporkan kepada polis mengenai kehilangan barang kemasnya.
a)
seperti rusa masuk kampung
b)
seperti cacing kepanasan
c)
seperti tikus jatuh di beras
d)
seperti cicak makan kapur
17.

Jurang perbezaan yang terlalu besar

a)

Bagai tikus jatuh ke beras

b)

Bagai bulan jatuh ke riba

c)

Bagai dihiris dengan sembilu

d)

Bagai langit dengan bumi

18.
a)
Cincin emas batu permata
b)
Bagai cincin dengan permata
c)
Umpama kudung dapat cincin
d)
Seperti kaduk mendapat bunga
19.
Bagai murai......
a)
di atas pokok
b)
kehilangan bulu
c)
tercabut kepak
d)
dicabut ekor
20.
..........................begitulah kuihnya.
a)
Acuan kecil atau besar....
b)
Kuih bahulu...
c)
Bagaimana acuan......
d)
Corak acuan pelbagai.....
21.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan gambar.

a)

Bagai kacang suka makan kulit

b)

Umpama kulit kacang yang bersepah

c)

Seperti kulit lupakan kacang

d)

Bagai kacang lupakan kulit

22.
Peribahasa yang sesuai
a)
Selamat pengantin baru
b)
Bagai pinang dibelah sama rata
c)
Pasangan suami isteri
d)
Bagai pinang dibelah dua
23.
Apakah maksud peribahasa ini?
a)
Orang yang tidak boleh simpan rahsia
b)
Lidah dia bercabang dua
c)
Orang yang tidak jujur
d)
Seseorang yang tidak dipercayai
24.
Sama maksud dengan peribahasa ini.....
a)
Bagai musuh dalam selimut
b)
Bagai gunting dalam lipatan
c)
Bagai api dalam sekam 
d)
Bagai duri dan daging
25.
Berikan maksud perumpamaan ini....
a)
Berkawan dengan yang sama taraf
b)
Enggang tidak boleh berkawan dengan pipit
26.
Berikan makna yang sesuai dengan peribahasa ini......
a)
Tikus tidak suka makan labu
b)
Perbuatan yang memburukkan lagi keadaan.
c)
Keadaan yang sudah tidak boleh dibantu lagi
d)
Perangai yang suka merosakkan benda,
27.

Apakah maksud peribahasa berikut?

Bagai ayam disambar helang.

a)

Orang yang mempunyai semangat kuat.

b)

Orang yang berkuasa.

c)

Mati tanpa sakit.

d)

Orang yang gelojoh.

28.

PERIBAHASA


Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

a)

air dicencang tiada putus

b)

seperti anjing dengan kucing

c)

seperti kacang melupakan kulit

d)

bagai isi dengan kuku

29.

PERIBAHASA


tidak pernah bercerai, sangat cocok

a)

bagai aur dengan tebing

b)

bagai dakwat dengan kertas

c)

seperti anjing dengan kucing

d)

seperti pahat dengan penukul

30.

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi ___________.

a)

baju

b)

seluar

c)

kain

d)

pakaian

31.

proBarat

a)

pro-Barat

b)

pro-barat

c)

probarat

32.

anti dadah

a)

antiDadah

b)

Antidadah

c)

anti-dadah

33.

taksud

a)

taksub

b)

taasub

c)

ta'sub

34.

gemersik

a)

gemeresik

b)

gersik

c)

gemmersik

35.

Manakah ejaan yang betul?

a)

erobik

b)

aerobik

c)

earobik

36.

Manakah ejaan yang betul ?

a)

ping pong

b)

pingpong

37.

Ejaan yang betul bagi gambar ini ialah

a)

nasi hampit

b)

nasi impit

c)

nasi hempit

d)

nasi himpit

38.

gambar merujuk kepada seorang

a)

atlit

b)

atlet

c)

etlit

d)

ethlit

39.

ejaan yang betul dalam bahasa melayu bagi gambar berikut adalah

a)

baucer

b)

baucar

c)

baocer

d)

baucher

40.

kita haruslah bekerja dengan _________________ demi memajukan negara Malaysia, kata Perdana Menteri.

a)

efisyen

b)

efisien

c)

effiesien

d)

afisyen

41.

Tsunami yang berlaku pada tahun 2004 sangat _________

a)

Dasyat

b)

Dashat

c)

Dahsyat

d)

Dasat

42.

Pilih ejaan yang betul

a)

ko-kurikulum

b)

kokurikulum

43.

Pilih ejaan yang betul

a)

warga negara

b)

warganegara

44.

Pilih ejaan yang betul

a)

manfaat

b)

manafaat

45.

Pilih ejaan yang betul

a)

walau bagaimana pun

b)

walau bagaimanapun

46.

Pilih ejaan yang betul

a)

disiplin

b)

displin

47.

Perkataan yang dieja dengan tepat

a)

sekala

b)

baucer

c)

losen

d)

kecantikkan

48.

Kenal pasti ejaan yang tepat

a)

ihsan

b)

ehsan

c)

ihsang

49.

Kata yang betul

a)

istirehat

b)

istrirahat

c)

istirahat

d)

istrirehat

50.

Kata majmuk yang betul ejaannya

a)

pilihan raya

b)

pilihanraya

c)

pilihraya

51.

Petani itu sedang ________ anak-anak padi di sawahnya.

a)

ditanam

b)

tertanam

c)

menanam

d)

penanaman

52.

Pokok-pokok ________ ditanam di sepanjang jalan itu.

a)

tebal

b)

renek

c)

pendek

d)

panjang

53.

Pilih perkataan antonim bagi takut.

a)

kuat

b)

tabah

c)

berani

d)

tabah

54.

Encik Adam kelihatan _________ di hadapan pintu bilik pembedahan itu.

a)

lalu-lalang

b)

mundar-mandir

c)

umbang-ambing

d)

lenggang-lenggok

55.

Latihan bola baling itu dibatalkan _____ hujan lebat.

a)

dan

b)

atau

c)

tetapi

d)

kerana

56.

SINONIM


Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.

a)

layu

b)

hidup

c)

kuncup

d)

kembang

57.

SINONIM


Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

a)

petang

b)

senja

c)

malam

d)

subuh

58.

SINONIM


Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.

a)

riuh

b)

tenang

c)

lengang

d)

hiba

59.

SINONIM


Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.

a)

wasiat

b)

siasatan

c)

utusan

d)

arahan

60.

SINONIM


Puan Zaiton amat risau akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

a)

takut

b)

hampa

c)

khuatir

d)

sedih

61.

lawan kata "Aktif"

a)

ramai

b)

pasif

62.
HILANG
a)
KEMBALI
b)
JUMPA
c)
DATANG
63.

ANTONIM


ATAS

a)

BAWAH

b)

DEPAN

c)

TENGAH

64.

ANTONIM


Pilih perkataan antonim bagi perkataan berikut

dalam

a)

sopan

b)

cetek

65.

ANTONIM


Pilih perkataan antonim bagi perkataan berikut

gelojoh

a)

sopan

b)

bandar

66.

ANTONIM


Pilih perkataan antonim bagi perkataan berikut

bertuah

a)

malang

b)

meningkat

67.

ANTONIM


Pak Mat sedang menimbus perigi buta di tepi sawah itu.

a)

mengukur

b)

menggali

c)

mengetuk

d)

menyiram

68.

ANTONIM


Puan Shida tidak dapat memakai baju kurung itu kerana sedah ketat.

a)

jarang

b)

longgar

c)

luas

d)

sempit

69.

ANTONIM


Saya tidak ada sebarang kecacatan sewaktu majlis ini berlangsung.

a)

kelengkapan

b)

kesempurnaan

c)

kelebihan

d)

keistimewaan

70.

ANTONIM


Rakyat Malaysia perlu sentiasa berganding bahu demi kemajuan negara.

a)

kesejahteraan

b)

kesusahan

c)

kemunduran

d)

kemelesetan

71.
Siti memetik se____________ bunga mawar.
a)
jambak
b)
helai
c)
kuntum
d)
buah
72.
 Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.
a)
rumpun
b)
ketul
c)
bentuk
d)
pucuk
73.
 Guru besar membaca se______ pantun semasa menyampaikan ucapannya pagi tadi.
a)
rangkap
b)
ruas
c)
patah
d)
cucuk
74.
_____________untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis.
a)
angkatan
b)
batang
c)
kawan
d)
pasukan
75.
___________untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja.
a)
baris
b)
angkatan
c)
pasukan
d)
berkas
76.
Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
a)
jalur ….. pintu
b)
 kaki ….. baris
c)
batang ….. deret
d)
baris ….. buah
77.
__________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi bangunan itu.
a)
Sebatang ..... biji
b)
Sedas ..... buah
c)
Selaras ..... butir
d)
 Sekaki ..... butir
78.

Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.

a)

ruas

b)

pohon

c)

batang

d)

rumpun

79.

Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

untai

80.

Badan Kamil bengkak kerana disengat se __________________ lebah di hutan itu.

a)

kawan

b)

kumpulan

c)

gerombolan

d)

angkatan

81.

Ibu memotong daging dengan menggunakan ________________ pisau.

a)

bilah

b)

buah

c)

keping

d)

butir

82.

Hashini membantu emaknya mengupas se _________________ bawang merah.

a)

biji

b)

ulas

c)

ketul

d)

keping

83.

Beberapa____________________ jalan raya terpaksa ditutup akibat hujan lebat semalam.

a)

buah

b)

baris

c)

batang

d)

kaki

84.
  1. Sabrina membeli se______________cincin emas .
a)

buah

b)

utas

c)

ketul

d)

bentuk

85.

Marwa menggunakan se____________payung ketika hujan.

a)

biji

b)

kaki

c)

buah

d)

batang

86.

Marwa menggunakan se____________payung ketika hujan.

a)

biji

b)

kaki

c)

buah

d)

batang

87.

Ibu menjahit se_______________ baju kurung untuk Danisha.

a)

helai

b)

buah

c)

kerat

d)

pasang

88.

Qaireen membeli se______________ kasut baru.

a)

biji

b)

buah

c)

ketul

d)

pasang

89.

Hariss makan dua _______________ roti canai pagi tadi.

a)

biji

b)

urat

c)

keping

d)

helai

90.

Ibu Arisa memasukkan tiga ________________ garam ke dalam gulai kari.

a)

biji

b)

buah

c)

cubit

d)

genggam

91.
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
a)
dan 
b)
tetapi
c)
walaupun
d)
manakala
92.
3 Rumainah bersorak terlalu kuat ___________ suaranya serak.
a)
setelah
b)
hingga
c)
agar
d)
manakala
93.
__________ keluarga Wong tiba, datuknya tiada di rumah.
a)
semasa
b)
setelah
c)
supaya
d)
sementara
94.

Ann Qi suka melukis ___________ membaca buku cerita pada masa lapang.

a)

tetapi

b)

dan

c)

atau

d)

kerana

95.

Shun Zhen menikmati makanan _______________ menonton televisyen.

a)

dan

b)

padahal

c)

apabila

d)

sambil

96.
________, ini wang yang aku janjikan tempoh hari!
a)
Aduhai
b)
Nah
c)
Cis
d)
Oh
97.
________, bukankah awak yang baru berpindah ke rumah besar itu!
a)
Eh
b)
Cis
c)
Hai
d)
Wah
98.
.________, atas sikap berani kamu menewaskan pembahas dari MRSM!. kata Cikgu Lokman kepada Amirul.
a)
Wah
b)
Aduh
c)
Syabas
d)
Aduhai
99.

____________________, cantiknya lukisan ini!

a)

Tahniah

b)

Syabas

c)

Amboi

d)

Aduh

100.
________, luasnya rumah awak!
a)
Cis
b)
Wahai
c)
Amboi
d)
Ah