wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pendidikan Islam Tingkatan 1

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut manakah bukan ciri orang bertaqwa berdasarkan ayat 1 hingga 5 Surah Al-Baqarah?

a)

Mendirikan solat

b)

Beriman kepada kitab

c)

Beriman kepada perkara ghaib

d)

Membelanjakan harta untuk pelajaran

2.

Kitab–kitab yang diturunkan oleh Allah adalah seperti berikut kecuali

a)

Kitab Inzil

b)

Kitab Taurat

c)

Kitab Zabur

d)

Kitab Al-Quran

3.

Beriman kepada hari akhirat merupakan salah satu rukun iman. Manakah yang berikut bukan proses yang akan dilalui oleh setiap manusia pada hari tersebut?

a)

As-Sirat

b)

Al-Mizan

c)

Al-Hisab

d)

Al-Barzakh

4.

Dimulai dan diakhiri dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasul.


Penyataan diatas merujuk kepada

a)

Adab bermusafir

b)

Adab bertemu

c)

Adab bekerja

d)

Adab berdoa

5.

Nyatakan contoh kebahagiaan di akhirat yang boleh dipohon

a)

Lulus dalam peperiksaan

b)

Mendapat keluarga bahagia

c)

Menjadi anak yang soleh dan solehah

d)

Mendapat syafaat Rasul

6.

Nyatakan contoh kebahagiaan di dunia yang boleh dipohon

a)

Melalui titian As-Sirat

b)

Masuk ke dalam syurga

c)

Menghafaz 30 juzuk Al-Quran

d)

Berat timbangan amal kebaikan

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan ‘tiada paksaan dalam agama’.

a)

Tiada paksaan dalam solat

b)

Tiada paksaan menutup aurat

c)

Tiada paksaan memeluk Islam

d)

Tiada paksaan berpuasa di bulan Ramadhan

8.

‘Thaghut‘ yang dimaksudkan dalam ayat kursi (ayat 256) ialah

a)

Syaitan

b)

Malaikat

c)

Wali Allah

d)

Pemerintah

9.

Allah SWT memberikan keringanan mengikut kemampuan hambanya.


Berikan contoh yang paling sesuai bagi pernyataan di atas.

a)

Solat wajib dilaksanakan dalam keadaan berdiri

b)

Solat sunat dalam keadaan mengiring bagi yang lumpuh sebelah kaki

c)

Solat wajib dilaksanakan dalam keadaan duduk bagi yang sakit mata

d)

Solat wajib dilaksanakan dalam keadaan menelentang bagi orang yang sakit tulang belakang

10.

Apakah maksud hadis?

a)

Wahyu yang Allah SWT turunkan kepada nabi melalui perantaraan malaikat Jibril

b)

Sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW sama ada berbentuk percakapan, perbuatan, pengakuan atau sifat baginda

c)

Kesepakatan para ulamak dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan hadis tentang sesuatu perkara yang terjadi pada suatu masa setelah zaman Rasulullah SAW

d)

Perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baru wujud dengan perkara yang telah ada hukum sebelumnya di dalam al-Quran dan sunnah

11.

Semua yang berikut merupakan kitab hadis kecuali

a)

Fiqh Manhaji

b)

Sahih Muslim

c)

Musnad Ahmad

d)

Sahih al-Bukhari

12.

Matan ialah

a)

sesuatu yang jelas dan zahir

b)

sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah SAW

c)

teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad

d)

rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis

13.

Apakah maksud hadis Qudsi?

a)

Makna dan lafaz hadis daripada Rasulullah SAW

b)

Makna hadis daripada Allah SWT dan lafaz hadis daripada Rasulullah SAW

14.

Umat Islam perlulah bersiap siaga menjaga keamanan negara daripada pencerobohan musuh, kekacauan atau pemberontakan walaupun negara dalam keadaan aman.


Hukum situasi di atas ialah

a)

Sunat Muakkad

b)

Fardhu Kifayah

c)

Wajib

d)

Fardhu AIn

15.

Sebagai seorang murid, apakah jihad yang dapat anda laksanakan?

a)

Melakukan amar makruf nahi mungkar

b)

Menentang musuh yang bersenjata

c)

Memonopoli ekonomi dunia

16.

Beliau syahid kerana ditikam oleh Abdul Rahman bin Muljam pada malam 17 Ramadhan.

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Umar Bin Al-Khattab

c)

Usman Bin Affan

d)

Ali Bin Abi Talib

17.

Beliau membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al-Quran dan membukukannya yang dikenali sebagai “Mashaf Usmani“

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Umar Bin Al-Khattab

c)

Usman Bin Affan

d)

Ali Bin Abi Talib

18.

* Pemalu dan lemah lembut

* Dermawan dan pemurah

* Suka membantu orang susah

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Umar Bin Al-Khattab

c)

Usman Bin Affan

d)

Ali Bin Abi Talib

19.

* Pandai berpidato

* Mahir ilmu faraid

* Kuat daya ingatan


Beliau ialah

a)

Abu Bakar As-Siddiq

b)

Umar Bin Al-Khattab

c)

Usman Bin Affan

d)

Ali Bin Abi Talib

20.

Pilih pernyataan benar mengenai sifat peribadi Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

a)

Seorang yang suka membantu orang yang berada dalam kesusahan

b)

Seorang panglima perang yang berani dan gagah perkasa

c)

Seorang yang berperwatakan keras dan suka beradu kekuatan

d)

Seorang yang cinta akan kebenaran dan mempunyai semangat

setiakawan

21.

Antara yang berikut yang manakah bukan sumbangan khalifah Abu Bakar Al-Siddiq?

a)

Membentuk jawatankuasa untuk menyalin semula ayat al Quran yang dikenali sebagai “Mushaf Al-Quran"

b)

Menghantar pasukan Usamah Bin Zaid ke sempadan negeri Syam untuk memerangi Kerajaan Rom Timur

c)

Membentuk 11 pasukan angkatan perang untuk menghadapi kaum murtad yang memberontak

22.

Saidina Umar Al-Khattab diberi gelaran sebagai

a)

Al-Atiq

b)

Al-Farouq

c)

Abu Turab

d)

Zunnurain

23.

Pilih pernyataan yang benar mengenai sifat peribadi Saidina Umar Bin Al-Khattab.

a)

Terkenal dengan sifat dermawan dan pemurah

b)

Seorang yang cinta akan kebenaran

c)

Seorang yang tegas dan berani

24.

Nyatakan tempat kelahiran Nabi Muhammad SAW.

a)

Mekah

b)

Madinah

c)

Iraq

d)

Syam

25.

Peristiwa penting yang berlaku sebelum kerasulan Nabi Muhammad SAW ialah

a)

Israk dan Mikraj

b)

Hijrah ke Madinah

c)

Perletakan Hajarul Aswad

d)

Peperangan Badar dan Uhud