WorksheetsSEJARAH TAHUN 5 SET 2
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Name
Class
Date
1.
Zaman Kerajaan Melayu Awal, Sultan atau Raja merupakan _________ yang berkuasa ke atas rakyat dan kerajaannya.
a)
pemerintah
b)
ketua kerajaan
c)
penasihat
d)
pentadbir
2.
Sistem pemerintahan pada Zaman Kerajaan Melayu Awal adalah seperti berikut kecuali
a)
Sultan tidak berkuasa
b)
Sultan ialah ketua kerajaan
c)
Penasihat Sultan ialah Perdana Menteri
d)
Semua keputusan pentadbiran di tangan Sultan
3.
Sistem pemerintahan semasa Pentabiran British meletakkan Sultan sebagai________
a)
Pemerintah tertinggi negara
b)
Pemerintah dalam segala hal negara
c)
Penasihat berkaitan negara
d)
Ketua agama Islam dan adat istiadat negeri
4.
Pentadbiran negara pada masa kini diuruskan oleh ;
a)
Sultan
b)
Ketua Menteri
c)
Menteri Besar
d)
Perdana Menteri
5.
Pentadbiran kerajaan negeri pada masa kini diuruskan oleh ;
a)
Raja
b)
Menteri Besar
c)
Perdana Menteri
d)
Yang di-Pertuan Agong
6.
Sistem pemerintahan yang diamalkan di Negara kita ialah sistem
a)
Yang di-Pertuan Agong
b)
Demokrasi berparlimen
c)
Sistem Beraja
d)
Pilihan raya
7.
Maksud waadat di dalam buku teks ialah
a)
Taat
b)
Warisan
c)
Watikah
d)
Perjanjian
8.
Apakah yang anda faham berkenaan Konsep Derhaka?
a)
Taat
b)
Patuh
c)
Ingkar
d)
Sembah
9.
Bagi negeri Sembilan, rajanya bergelar
a)
Raja
b)
Sultan
c)
Menteri Besar
d)
Yamtuan Besar
10.
Yang di-Pertua negeri adalah ketua bagi negeri
a)
Sabah
b)
Selangor
c)
Terengganu
d)
Wilayah Persekutuan
11.
Antara negeri berikut, yang manakah tidak mempunyai Sultan?
a)
Kedah
b)
Pahang
c)
Sarawak
d)
Kelantan
12.
Istana adalah lambang _______________ dan simbol budaya bagi setiap Negara
a)
kediaman
b)
kemegaghan
c)
keharmonian
d)
kesejahteraan
13.
Negara-negara berikut mempunyai Raja sebagai Gelaran Ketua Negara kecuali
a)
Brunei
b)
Kemboja
c)
Thailand
d)
Arab Saudi
14.
Berikut merupakan bukti kedatangan Islam ke tanah Melayu
a)
Perlembagaan Persekutuan
b)
Istana Negara
c)
Batu Bersurat
d)
Masjid Negara
15.
Selain Batu Bersurat di Teresat, Terengganu. Berikan bukti kedatangan Islam ke Tanah Melayu
a)
Masjid Negara
b)
Masjid Putrajaya
c)
Hukum Karma
d)
Hukum Kanun Melaka
16.
Berikut adalah negara yang dikaitkan dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu, kecuali
a)
Tanah Arab
b)
Brunei
c)
India
d)
China
17.
Penyebaran agam Islam di Tanah Melayu telah dibawa oleh _________________ yang datang dari Arab dan Parsi
a)
Pengembara
b)
Pedagang
c)
Pejuang
d)
Raja
18.
Apakah kedudukan Agama Islam dalam perlembagaan?
a)
Agama Perpaduan
b)
Agama Persekutuan
c)
Agama Pertama
d)
Agama Utama
19.
Mengapakah kita mesti saling menghormati amalan dan kepercayaan agama lain?
a)
Kita akan hidup harmoni
b)
Toleransi tidak wujud dalam masyarakat
c)
Sikap tidak menghormati antara satu sama lain
d)
Tidak menghargai amalan dan budaya agama lain
20.
Sistem pemerintahan yang diamalkan di negara kita ialah sistem demokrasi
a)
berparlimen
b)
berilmu
c)
berkanun
d)
berkesan
21.
Sistem pemerintahan di Malaysia adalah di bawah pentadbiran Raja
a)
Muda
b)
Sulong
c)
Berperlembagaan
d)
Bersiung
22.
________ merupakan Ketua Negara Malaysia.
a)
Perdana Menteri
b)
Yang di-Pertuan Agong
c)
Sultan
d)
Menteri Besar
23.
Yang di-Pertuan Agong merupakan raja yang memerintah mengikut Perlembagaan Negara serta dinasihati oleh
a)
Sultanah
b)
Perdana Menteri
c)
Menteri Kabinet
d)
Rakyat jelata
24.
_______mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang mentadbir negara melalui pilihan raya.
a)
Rakyat
b)
Perdana Menteri
c)
Sultan
d)
Yang di-Pertuan Agong
25.
Agama Islam dibawa masuk oleh pedagang dan pendakwah asing dari negara India, China dan _________
a)
Afrika
b)
Arab
c)
Brunei
d)
Indonesia
26.
Batu Bersurat Terengganu dijumpai di________ bertarikh 1303M.
a)
Kuala Besut
b)
Kuala Ketil
c)
Kuala Berang
d)
Kuala Lumpur
27.
Parameswara menukar nama baginda kepada _________ selepas memeluk agama Islam.
a)
Sultan Mansur Shah
b)
Raja Iskandar Shah
c)
Sultan Muzaffar Shah
d)
Sultan Mahmud Shah
28.
Kemajuan Melaka sebagai pusat _________ menyebabkan Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam
a)
pendidikan
b)
pelancongan
c)
perdagangan
d)
penyelidikan
29.
Agama Islam telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama ____________ negara.
a)
tetap
b)
rasmi
c)
utama
d)
teras
30.
Bahasa kebangsaan negara kita ialah _____________
a)
bahasa Inggeris
b)
bahasa Melayu
c)
bahasa Mandarin
d)
bahasa Tamil
31.
Penggunaan satu bahasa rasmi dapat mengeratkan hubungan dan mengukuhkan __________
a)
perpaduan
b)
kemajuan
c)
kegembiraan
d)
kekayaan
32.
Kita mudah memahami budaya ________ pelbagai kaum jika dapat bertutur dalam bahasa yang sama
a)
hidup
b)
makan
c)
bermain
d)
pakaian
33.
Masalah ________ akan timbul jika dua pihak tidak menggunakan bahasa yang sama
a)
kesihatan
b)
pencemaran
c)
perhubungan
d)
pengangkutan
34.
Perhubungan antara kaum akan lebih ______ jika mereka saling berhubung dengan menggunakan bahasa yang sama.
a)
ikhlas
b)
mesra
c)
tertutup
d)
jelas
35.
Berikut adalah kesan penjajahan dan campur tangan British terhadap pentadbiran sosioekonomi, KECUALI
a)
Kemasukan pekerja asing
b)
Agama Islam sebagai agama rasmi negara
c)
Kewujudan sistem pendidikan pelbagai aliran
d)
Kewujudan bandar-bandar baharu
36.
Mengapakah pihak British memperkenalkan Sistem Residen?
a)
Dapat menggugat kuasa Sultan dan Raja
b)
Dapat melancarkan pemerintahan Sultan
c)
Rakyat Tanah Melayu dapat mengenali masyarakat British
d)
Dapat mengajar agama Islam di Tanah Melayu
37.
Siapakah yang dikenali Bapa Kemerdekaan?
a)
Tun Dr Mahathir Mohamad
b)
Tun Abdullah Ahmad Badawi
c)
Tun Abdul Razak
d)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
38.
Beliau berjuang menentang British di Naning. Siapakah beliau?
a)
Dato' Maharaja Lela
b)
Rentap
c)
Dol Said
d)
Sharif Masahor
39.
Siapakah pemimpin Iban yang menyerang James Brooke di Nanga Skrang?
a)
Dato' Bahaman
b)
Rentap
c)
Seputum
d)
Antanom
40.
Apakah hasil rundingan antara Yamtuan Antah dengan pihak British bagi menamatkan persengketaan?
a)
Menghadiahkan kereta
b)
Memberi pencen
c)
Dikurniakan sebidang tanah
d)
Diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seru Menanti
41.
Apakah sebab Dato’ Bahaman bangkit menentang British?
a)
Hilang hak mengutip cukai
b)
Diarah memasuki tentera
c)
Dihalang keluar Pahang
d)
Arahan Sultan
42.
Di manakah lokasi serangan Mat Salleh dan pengikutnya ke atas SBUB pada tahun 1897?
a)
Kota Kinabalu
b)
Kota Belud
c)
Pulau Gaya
d)
Pulau Sibu
43.
Siapakah yang mengasaskan United Malays National Organization (UMNO)
a)
Dato' Onn bin Ja'afar
b)
Tun Abdul Razak
c)
Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
d)
Tun Tan Cheng Lock
44.
Apakah jasa Tun Abdul Razak terhadap Bahasa Melayu?
a)
Menjadikan bahasa antarabangsa
b)
Menjadikan bahasa rojak
c)
menjadikan bahasa etnik
d)
menjadikan bahasa perpaduan
45.
Bilakah ancaman komunis di Tanah Melayu?
a)
1942
b)
1948
c)
1955
d)
1957
46.
Warna biru pada Jalur Gemilang melambangkan ______
a)
kesetiaan
b)
perpaduan
c)
keberanian
d)
cabaran
47.
Hasil bumi yang sangat berharga di Tanah Melayu ialah
a)
Kelapa
b)
Getah
c)
Bijih timah
d)
Kelapa Sawit
48.
Selain Belanda, kuasa asing manakah yang pernah menjajah negara kita?
a)
Jepun
b)
Amerika Syarikat
c)
Kanada
d)
Itali
49.
Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas dan menentang Sistem Penasihat British di Pasir Putih Kelantan
a)
Dato' Bahaman
b)
Yamtuan Antah
c)
Tok Janggut
d)
Dato' Maharaja Lela
50.
Beliau membunuh JWW Birch di Pasir Salak kerana JWW Birch telah mengganggu urusan adat resam tempatan
a)
Dol Said
b)
Yamtuan Antah
c)
Tok Janggut
d)
Dato' Maharaja Lela
100 %
