Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Geografi T2 Bab 6 (Telekomunikasi Di Malaysia)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Foto 1 menunjukkan alat telekomunikasi pada peringkat awal yang diperkenalkan oleh British pada 1876.

Apakah alat telekomunikasi tersebut?

a)

Telefon

b)

Telegraf

c)

Mesin teleks

d)

Telefon tanpa wayar

2.

Apakah yang dikecapi oleh masyarakat di Malaysia kesan pelancaran satelit berikut?


i- MEASAT 1

ii- MEASAT 2

a)

Uji kaji saintifik kosmik

b)

Pencerapan bumi yang lebih saintifik

c)

Siaran televisyen yang berdefinisi tinggi

d)

Sistem televisyen satelit pertama,ASTRO

3.

Apakah kepentingan telekomunikasi dalam sektor perbankan?

a)

Mewujudkan perbankan internet

b)

Menggalakkan orang ramai berbelanja dan menabung

4.

Apakah sumbangan telekomunikasi kepada pembangunan Malaysia?

a)

Meningkatkan taraf hidup penduduk

b)

Mengurangkan kos sara hidup penduduk

c)

Menyelesaikan permasalahan ekonomi negara

d)

Memajukan sektor perdagangan dan perniagaan negara

5.

Apakah kesan negatif perkembangan telekomunikasi di Malaysia?

a)

Penyebaran maklumat tidak benar

b)

Maklumat berunsur negatif sukar untuk ditapis

c)

E-dagang menyekat perkembangan perniagaan kecil-kecilan

d)

Wujud jurang komunikasi antara penduduk bandar dengan luar bandar

6.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa jenayah siber?

a)

Sentiasa melayari media sosial

b)

Berkomunikasi secara berhemah

c)

Menghargai hasil karya orang lain

d)

Tidak mendedahkan hal-hal peribadi kepada umum

7.

Antara berikut yang manakah etika penggunaan alat telekomunikasi yang betul?

a)

Mengubah suai kandungan maklumat yang diperoleh

b)

Menyekat sistem komunikasi orang yang tidak disenangi

c)

Mengenal pasti kesahihan maklumat sebelum menyebarkannya

d)

Menyentuh isu-isu yang sensitif dan menyinggung perasaan

8.

Alat komunikasi yang mula wujud pada zaman penjajahan iaah

a)

Mesin teleks

b)

Mesin faks

c)

Telegraf

d)

Telefon

9.

Perkembangan ICT telah memajukan bandar

a)

Subang

b)

Putrajaya

c)

Cyberjaya

d)

Shah Alam

10.

Kepentingan telekomunikasi adalah seperti di bawah, kecuali

a)

Mengeratkan silaturahim

b)

Meningkatkan perpaduan negara

c)

Meningkatkan pertahanan negara

d)

Meluaskan bidang pendidikan

11.

Telekomunikasi bermaksud

a)

interaksi seorang diri

b)

interaksi secara bersemuka (face to face)

c)

interaksi secara dekat dan mudah

d)

interaksi jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima

12.

Berikut adalah bukan antara kegunaan telefon pintar

a)

menonton siaran luar negara

b)

mengeluarkan wang tunai

c)

mempromosikan produk

d)

membayar bil telefon

13.

3. Berikut adalah tujuan MSC (Koridor Raya Multimedia) ditubuhkan.

a)

Menarik syarikat berteknologi tinggi untuk memajukan industri ICT Malaysia.

b)

Meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

c)

Menyediakan talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

d)

Memperkasakan capaian internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara

14.

Alat ini memaparkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik dan video

a)

internet

b)

komputer

c)

satelit

d)

televisyen

15.

Contoh penggunaan telekomunikasi yang tidak beretika ialah

a)

menyebarkan berita yang benar dan penting

b)

menggunakan ayat sopan untuk bertanya atau memberi pendapat

c)

mengemaskini status profil IG/ Facebook sekali-sekala.

d)

menyebarkan mesej berantai kerana takut bernasib malang

16.

Berikut adalah kesan telekomunikasi terhadap pembangunan negara kecuali

a)

pembesaran anak-anak yang positif

b)

mengesan bencana alam

c)

memberi peluang pekerjaan

d)

sistem pengangkutan yang cekap

17.

Pelajar berinteraksi dengan pensyarah secara langsung dengan menggunakan internet.

Pernyataan di atas menerangkan konsep

a)

e-books

b)

telesidang

c)

e-dagang

d)

sekolah bestari

18.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Pelancaran Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) meningkatkan rangkaian perkhidmatan radio dan televisyen satelit melalui ASTRO.

a)

BETUL

b)

SALAH

19.

Tandakan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH pada pernyataan yang salah.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berfungsi menarik syarikat-syarikat dengan pengecualian cukai serta menyediakan kemudahan-kemudahan lain seperti capaian Internet yang laju.

a)

BETUL

b)

SALAH

20.

Nyatakan teknologi paling awal diperkenalkan di Tanah Melayu sehingga yang terkini.

a)

Faks - Telefon - Telegraf - Telefon pintar

b)

Telefon - Telefon pintar - Faks - Telegraf

c)

Telefon - Faks - Telegraf - Telefon pintar

d)

Telegraf - Telefon - Faks - Telefon pintar