wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains Ting. 3 Bab 9 & 10

Total questions: 24

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah SALAH mengenai matahari?

a)

Merupakan pusat bagi Sistem Suria.

b)

Bergerak mengelilingi bumi.

c)

Mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada bumi.

d)

Merupakan sejenis bintang.

e)

Tempoh untuk satu kitaran suria adalah selama 11 tahun.

2.

Yang manakah susunan yang BETUL bagi lapisan matahari?

a)

Teras - Zon Perolakan - Zon Radiasi - Fotosfera - Kromosfera

b)

Teras - Zon Radiasi - Zon Perolakan - Fotosfera - Kromosfera

c)

Teras - Zon Radiasi - Zon Perolakan - Kromosfera - Fotosfera

d)

Teras - Zon Radiasi - Zon Penolakan - Fotosfera - Korona

3.

Penyataan yang manakah SALAH mengenai matahari?

a)

Teras matahari bersuhu 15 juta °C.

b)

Suhu fotosfera nya adalah di antara 5 000ºC - 6 000ºC

c)

Tenaga haba terhasil daripada tindakbalas pelakuran atom Helium kepada atom Hidrogen .

d)

Korona merupakan lapisan paling luar yang bersuhu 1 juta °C.

e)

Kromosfera kelihatan seperti lingkaran meran disekeliling matahari semasa gerhana matahari.

4.

Namakan fenomena ini.

a)

Tompok suria (sun spot)

b)

Semarak suria (Prominence)

c)

Nyalaan suria (solar flare)

d)

Granul

5.

Namakan fenomena ini.

a)

Tompok suria (sun spot)

b)

Semarak suria (Prominence)

c)

Nyalaan suria (solar flare)

d)

Granul

6.

Namakan fenomena ini.

a)

Tompok suria (sun spot)

b)

Semarak suria (Prominence)

c)

Nyalaan suria (solar flare)

d)

Granul

7.

Fenomena ini disebabkan oleh.......

a)

Tompok suria (sun spot)

b)

Semarak suria (Prominence)

c)

Nyalaan suria (solar flare)

d)

Granul

8.

Pilih penyataan yang BETUL mengenai Zon Radiasi dan Zon Perolakan dalam lapisan matahari.

a)

Tenaga haba dipindahkan melalui Zon Radiasi dalam bentuk foton (cahaya).

b)

Tenaga haba dipindahkan melalui Zon Perolakan secara kondensasi.

c)

Zon Radiasi terdiri daripada lava dan magma yang panas.

d)

Dalam Zon Perolakan, gas yang panas akan bergerak ke permukaan manakala gas yang lebih sejuk bergerak ke dalam matahari.

9.

Penyataan yang manakah SALAH mengenai lentingan jisim korona?

a)

Merupakan pembebasan awan zarah (plasma) dan medan magnet yang kuat dengan kelajuan yang tinggi dari korona ke angkasa lepas.

b)

Sering berlaku bersama nyalaan suria yang besar dan kuat.

c)

Menyebabkan terbentuknya fenomena aurora di Kutub Utara.

d)

Tidak memberi kesan kepada sistem telekomunikasi di bumi.

10.

Penyataan berikut adalah benar mengenai magnetosfera bumi kecuali......

a)

Merupakan ruang di sekeliling Bumi yang dikawal oleh medan magnet bumi.

b)

Berbentuk bulat dan mengelilingi Bumi.

c)

Berubah berdasarkan kepada interaksi antara angin suria dengan medan magnet Bumi.

d)

Melindungi atmosfera Bumi daripada angin suria.

11.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kesan cuaca angkasa terhadap aktiviti di Bumi?

a)

Pemanasan global

b)

Aurora

c)

Gangguan sistem telekomunikasi dan navigasi

d)

Gangguan talian kuasa grid elektrik

12.

Antara yang berikut, yang manakah berpunca daripada fenomena yang berlaku di permukaan matahari?

a)

Aurora

b)

Pelangi

c)

Pasang dan surut

d)

Gerhana matahari

13.

Antara maklumat berikut, yang manakah menerangkan nyalaan suria?

a)

Wujud dalam bentuk tompok hitan di permukaan matahari.

b)

Letupan gas yang sangat panas.

c)

Menyebabkan gangguan radio dan magnetik Bumi.

d)

Kelihatan sebagai kawasan yang lebih cerah dan berbutir.

14.

"Kawasan gelap pada permukaan Matahari. Suhu bagi kawasan ini lebih rendah daripada kawasan sekitarnya."


Penyataan di atas adalah mengenai ;

a)

Nyalaan suria

b)

Tompok suria

c)

Prominence

d)

Granul

15.

Antara berikut, yang manakah adalah permukaan berwarna kuning Matahari yang boleh dilihat dari Bumi?

a)

Kromosfera

b)

Fotosfera

c)

Tompok matahari

d)

Korona

16.

Pilih 2 pernyataan yang TIDAK BENAR.

a)

USSR Sputnik adalah satelit pertama yang mengorbit bumi

b)

Cassini-Huygen merupakan satelit yang mengorbit Zuhal

c)

Discovery adalah sejenis pengorbit

d)

ISS merupakan pusat penyelidikan yang berada di Atlanta

17.

Apakah nama alat ini?

a)

Kuar angkasa

b)

Teleskop Galileo

c)

Teleskop Spitzer

d)

Alat penderia jarak jauh

18.

Maklumat yang manakah menerangkan suatu model Geosentrik?

a)

Matahari, bulan dan semua objek mengorbit Bumi dalam orbit membulat.

b)

Bumi berada dalam keadaan pegun.

c)

Matahari merupakan pusat bagi Sistem Suria.

d)

Bumi dan semua planet lain bergerak mengelilingi matahari.

e)

Model ini diperkenalkan oleh Kepler

19.

Pilih 2 pernyataan yang BENAR mengenai teori yang diperkenalkan oleh Copernicus.

a)

Dipanggil model heliosentrik

b)

Bumi adalah planet keempat paling dekat dengan matahari.

c)

Orbit Bumi mengelilingi matahari berbentuk elips.

d)

Matahari merupakan pusat Sistem Suria

e)

Planet Utarid mengelilingi Bumi setiap 12 bulan.

20.

Apakah yang dimaksudkan dengan Penderiaan jarak jauh?

a)

Kaedah menyiarkan maklumat secara langsung

b)

Kaedah mengumpul dan merekod maklumat dari jarak jauh

c)

Kajian tentang fenomena alam semula jadi.

d)

Kaedah mengkaji kesan perubahan cuaca dalam bidang pertanian

21.

Rajah menunjukkan sebuah teleskop angkasa Hubble. Apakah fungsi teleskop itu?

a)

Membawa penumpang melawat ke angkasa lepas.

b)

Mengorbit dan mengumpul data mengenai planet Marikh.

c)

Mengambil gambar objek-objek di angkasa lepas dengan jelas.

d)

Memantau keadaan suhu di Bulan

22.

Pernyataan yang manakah BENAR mengenai TiongSAT-01, mikrosatelit pertama Malaysia?

a)

Menerima dan mengesan cahaya nampak, sinar ulktraungu dan inframerah di Bumi.

b)

Mengambil gambar ruang angkasa lepas dengan lebih baik.

c)

Berfungsi sebagai alat penderia jauh (remote sensing)

d)

merupakan pusat penyelidikan bagi kajian angkasa lepas Malaysia.

23.

Apakah fungsi ROKET dalam penerokaan angkasa lepas?

a)

Untuk menghantar angkasawan, kapal angkasa, satelit ke angkasa lepas

b)

Untuk mengira kuantiti graviti di angkasa lepas

c)

Untuk menghantar isyarat kepada makhluk asing mengenai Bumi.

d)

Sebagai satu sistem pertahanan daripada ancaman meteroid dan angin suria.

24.

Apakah 3 bahagian utama bagi pesawat ulang-alik seperti dalam rajah?

a)

Orbiter

b)

Tangki luar

c)

Penggalak roket pepejal

d)

Satelit

e)

Landasan