wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 6 SELASA

Total questions: 52

Worksheet time: 4hrs 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Jus soli?

a)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan jantina

b)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir

c)

Syarat perkhawinanberdasarkan tempat lahir

d)

Syarat kewarganegaraan berdasarkan tempat tinggal

2.

Parti Komunis Indonesia (PKI) telah berusaha untuk membuka cawangan di Tanah Melayu. Apakah faktor yang mendorong PKI bertindak demikian?

a)

Kekejaman tentera Jepun

b)

Keinginan meluaskan pengaruh

c)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

d)

Kekosongan politik di Tanah Melayu

3.

Apakah kesan daripada peristiwa pembunuhan tiga orang pengurus ladang British di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948?

a)

Rancangan Brigss diperkenalkan

b)

Parti Komunis Malaya diharamkan

c)

Pasukan keselamatan diperkukuhkan

d)

Undang-undang darurat diisytiharkan

4.

Mengapakah pengganas komunis pada tahun 1948 bertindak dengan membakar kilang, menyerang balai polis dan merosakkan landasan kereta api?

a)

Menamatkan Malayan Union

b)

Menentang pentadbiran Jepun

c)

Menubuhkan kerajaan demokrasi

d)

Melumpuhkan ekonomi negara

5.

Mengapakah Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang pasukan keselamatan dan balai polis?

a)

Mencetuskan keadaan huru - hara

b)

Menerima sokongan masyarakat

c)

Menggugat keselamatan masyarakat

d)

Menunjukkan kekuatan kerajaan

6.

Apakah pasukan keselamatan yang ditugaskan untuk mengawal kampung dan pekan?

a)

Sarawak Rangers

b)

Senoi Praaq

c)

Home Guard

d)

Special Constable

7.

Kerajaan British telah memperkenalkan Sistem Pendaftaran Kebangsaan untuk membanteras ancaman Komunis di Tanah Melayu. Apakah langkah yang diambil oleh British untuk menjayakan sistem tersebut?

a)

Memastikan pendaftaran parti yang sah

b)

Menubuhkan pasukan Special Constable

c)

Menguatkuasakan penggunaan kad pengenalan

d)

Memastikan penduduk melaporkan diri di balai polis

8.

Apakah anggota yang dikaitkan dengan aktiviti bergerak pada waktu malam, tinggal di pinggir hutan dan membekalkan makanan dan ubat-ubatan ?

a)

Anggota Min Yuen

b)

Anggota sukarela

c)

Anggota tentera darat

d)

Anggota Melayu Radikal

9.

Mengapakah British mengambil tindakan menubuhkan Kampung Baru pada tahun 1952?

a)

Membanteras kegiatan subversif

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Mempelbagaikan kegiatan sara diri

d)

Menyeragamkan petempatan penduduk

10.

Apakah kejayaan kempen "Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat" pada tahun 1950-an yang dilancarkan oleh British?

a)

Memujuk rakyat untuk menentang komunis

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Memupuk kerjasama rakyat melalui parti politik

d)

Mewujudkan sistem pendidikan seragam

11.

Mengapakah Chin Peng telah menolak tawaran pengampunan semasa Rundingan Baling pada 28 Disember 1955?

a)

Kerajaan meragui kesetiaan PKM

b)

Kerajaan enggan mengiktiraf PKM

c)

Kerajaan meminta PKM menyerah diri

d)

Kerajaan enggan membayar ganti rugi

12.

Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Kerja?

(Buku teks m/s 126)

I. Raja-raja Melayu

II. Wakil UMNO dan pegawai British

III. Wakil MCA dan MIC

IV. Ketua tempatan Sabah dan Sarawak

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Rancangan Briggs dialancarkan oleh

(a)  

14.

Apakah tujuan pendaftaran kebangsaan dan kad pengenalan diperkenalkan?

4 lines
15.

Tujuan Rancangan Briggs untuk

a)

memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen

b)

Menjamin keselamatan penduduk

c)

Memudahkan British menangkap komunis

d)

Semua di atas

16.

Berikut merupakan kemudahan yang tersedia di Kampung Baru kecuali

a)

Tempat tinggal

b)

Bekalan elektrik

c)

sekolah

d)

Kemudahan kesihatan

e)

Tempat kerja

17.

Apakah kepentingan Min Yuen kepada komunis?

4 lines
18.

Antara langkah yang digunakan oleh British bagi menyebarkan tawaran pengampunan ialah

a)

pengangkutan udara

b)

iklan

c)

wayang

d)

poster

e)

radio

19.

Mengapakah perintah berkurung diaksanakan?

4 lines
20.

Apakah yang dimaksudkan dengan Perang Saraf?

(a)  

21.

Senaraikan langkah langkah Perang Saraf yang dilakukan oleh British

(a)  

22.

Berikan maksud kawatan putih dan kawasan hitam.

4 lines
23.

Mengapakah rundingan Baling gagal?

a)

Chin Peng tidak mahu menyerah diri

b)

Chin Peng enggan meletakkan senjata

c)

Tunku Abdul Rahman enggan mengiktiraf PKM parti politik yang sah

24.

Berdasarkan gambar berikut,siapakah tokoh tersebut?

a)

Adam Weishaupt

b)

Friedrich Engels

c)

Karl Marx

d)

Martin Luther

25.

Pilih buku yang ditulis oleh Karl Marx untuk ideologi komunis

a)
b)
c)
d)
26.

Berikan maksud "Komunisme"?

a)

Pemerintahan beraja berkuasa mutlak

b)

Kerajaan atau entiti lain harus hidup secara berasingan dari agama

c)

Sistem organisasi sosial dan ekonomi dimana salah satu kekayaan dikongsi bersama

d)

Orang yang menganut fahaman komunis

27.

Ideologi komunisme mula dibawa masuk ke negara kita melalui?

a)

Anggota Force 136

b)

Kampetai

c)

Min Yuen

d)

Parti Kuomintang(KMT)

28.

Tandakan tokoh dari Indonesia yang telah membawa fahaman Komunis di Tanah Melayu

a)
b)
c)
d)
29.

Dimanakah PKM ditubuhkan pada peringkat awalnya?

a)

Georgetown,Pulau Pinang

b)

Bukit Fraser,Pahang

c)

Kuala Pilah,Negeri Sembilan

d)

Bukit Tinggi,Pahang

30.

Apakah sumbangan utama tokoh berikut kepada Parti Komunis Malaya

  • Tan Melaka
  • Alimin
  • Sultan Perpateh
a)

Memerangi tentera Jepun

b)

Mengadakan rundingan Baling

c)

Menubuhkan Parti Komunis Indonesia

d)

Menyebarkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu

31.

Dimanakah Gerakan Komunis Antarabangsa diadakan?

a)

Calcutta,India

b)

Moscow,Russia

c)

Guanzhou,China

d)

Pulau Jawa,Indonesia

32.

Peristiwa yang menyebabkan Perisytiharan Darurat di Tanah Melayu?

a)

Lori membawa muatan yang dibakar oleh Komunis

b)

Kekejaman pihak komunis terhadap orang kampung

c)

Tiga orang pengurus ladang Eropah dibunuh

d)

Keretapi yang disabotaj oleh pihak Komunis

33.

Berdasarkan gambar,siapakah Pesuruhjaya Tinggi British pada ketika itu?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Sir William Mckell

c)

Sir Gerald Templer

d)

Sir Edward Gent

34.

Pesuruhjaya Tinggi British yang ditembak oleh Komunis di Bukit Fraser?

a)

Sir Henry Gurney

b)

Sir Edward Gent

c)

John Allison

d)

Sir Harold Rowdon Briggs

35.

Penduduk Setinggan di pinggir hutan dipaksa berpindah ke petempatan baharu yang Digelar "Kampung Baru".Namakan Rancangan Tersebut?

a)

Perintah Berkurung

b)

Perang Saraf

c)

Rancangan Briggs

d)

Kawasan Hitam dan Kawasan Putih

36.

Apakah tindakan Komunis setelah British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu?

a)

Menyerah diri

b)

Mencetuskan huru hara

c)

Mengisytiharkan perang

d)

Menamatkan perjuangan

37.

Tandakan Pasukan Keselamatan yang ditubuhkan untuk menangani ancaman Komunis

a)

KMT

b)

Special Constables

c)

Min Yuen

d)

MPAJA

38.

Pada asalnya,pasukan ini dikenali sebagai Flying Squad.Pada 18 Ogos 1985 Pasukan ini dijenamakan semula dengan nama?

a)

Sarawak rangers

b)

Cawangan Khas

c)

Polis Wanita

d)

Polis Hutan

39.

Pasukan Senoi Praaq ditubuhkan pada tahun 1956.Dalam bahasa Semai apakah maksud perkataan Senoi Praaq?

a)

Selagi hidup selagi melawan

b)

Urang Perang

c)

Jungle Companies

d)

Singa Hutan

40.

Pelancaran Rancangan Briggs telah memberi kesan kepada pengaruh Komunis.Apakah kesan tersebut?

a)

Komunis mengepung balai polis

b)

Melemahkan pergerakan komunis

c)

Persetujuan Komunis untuk mengadakan rundingan

d)

Komunis membunuh Sir Harold Rowdon Briggs

41.

Apakah langkah yang diambil oleh Sir Henry Gurney untuk menawan hati penduduk Cina supaya tidak menyokong Komunis?

a)

Memberikan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengasaskan pertubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

c)

Menawarkan hadiah dan saguhati

d)

Memberi Pengampunan

42.

Wakil komunis yang menyertai rundingan Baling?

a)

Tunku Abdul Rahman,Tan Cheng Lock,dan David Marshall

b)

Ching Peng,Chen Tien,dan Rashid Maidin

c)

Ching Peng,Shamsiah Fakeh,Rashid Maidin

d)

Tan Malaka,Alimin,dan Moeso

43.

Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 ribu sehingga $300 ribu sehari untuk pertahanan negara antara 1984 hingga tahun 1960.Mengapakah keadaan sedemikian berlaku?

a)

Menamatkan konfrontasi

b)

Membendung rusuhan kaum

c)

Menghapuskan kegiatan lanun

d)

Membanteras ancaman komunis

44.

Bagaimanakah PKM bergerak di Tanah Melayu (m/s 147)

4 lines
45.

Pada pandangan anda, apakah faktor yang menjadi penyumbang kepada perkembangan aliran komunisme di negara kita?

4 lines
46.

Siapakah yang mengisytiharkan Undang-undang Darurat?

4 lines
47.

Mengapakah British mengisytiharkan Undang-undang Darurat tersebut?

4 lines
48.

Bagaimanakah Undang-undang Darurat dikuatkuasakan ? (m/s 152)

4 lines
49.

Jelaskan kesan pengenalan Undang-undang Darurat terhadap negara kita.

4 lines
50.

Mengapakah Rancangan Briggs diperkenalkan di Tanah Melayu?

4 lines
51.

Terangkan ciri-ciri Kampung Baru yang ditubuhkan melalui Rancangan Briggs.

4 lines
52.

Adakah pengenalan Rancangan Briggs berjaya mencapai hasratnya? Beri hujah anda

4 lines