NEW
Font size
Worksheetssejarah tingkatan4 kbsm bab 4
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Mengapakah masyarakat Arab Jahiliah sering diserang oleh Rom dan Parsi ?
T4 B4 ms 102 [ P2 B6 ]
Mencabuli perjanjian yang telah dimeterai
Mengamalkan penyembahan berhala
Hidup berpecah belah
Tidak jujur dalam perniagaan
Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah
Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?
T4 B4 ms 113 [ P2 B5 ]
Menjalin hubungan diplomatik
Mengelakkan penindasan
Mengadakan rundingan damai
Memenuhi jemputan pemerintah
Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana
T4 B4 ms 111 [ P4 B5 & P5 B2 ]
I kepercayaan
II persamaan taraf
III menghormati tetamu
IV mentaati pemimpin
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
T4 B4 ms 110 [ P3 B3 ]
Persamaan taraf
Perubahan status
Desakan keluarga
Kebebasan beragama
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku dalam kalangan masyarakat Arab pada zaman jahiliah.
Mengapakah perang tersebut berlarutan selama 40 tahun?
T4 B4 ms 102 [ P1 B7-B8 ]
Kerajaan pusat tiada
Hasutan kerajaan Parsi
Kawasan pertanian terhad
Campur tangan orang Yahudi
Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?
T4 B4 ms 101 [ P1 B9 ]
Harta tergadai
Hilang jawatan
Maruah tercabar
Keluarga terancam
Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan
T4 B4 ms 112[ SUDUT MAKLUMAT ]
mendekati orang ramai
menjalin hubungan luar
memasuki kota Makkah
menjalankan perniagaan
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.
Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW?
T4 B4 ms 112 [ P5 B1 ]
Penyebaran Islam tersekat
Perjanjian damai dimeterai
Penghijrahan baginda ke Habsyah
Pemulauan terhadap keluarga baginda
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?
T4 B4 ms 110 [ P3 B3 ]
Mempertahankan prinsip kesamarataan
Mendapat galakan daripada keluarga
Diberi jaminan keselamatan
Peka terhadap perubahan
Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?
T4 B4 ms 109 [ P2 B2 ]
Mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah
Mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah
Menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy
Menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu
Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah. T4 B4 ms 102 [ P1 B3 ]
Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan “ Gagasan 1M ”
I Menggalakkan mobiliti sosial
II Menyukarkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan semangat perkauman
IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia, penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.
T4 B4 ms 113 [ P2 B6 ]
Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?
Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
Mengadakan rundingan dengan orang Quraisy
Mendapatkan bantuan penduduk Madinah
Mengasingkan diri di dalam Gua Hirak
Pada 6 Ogos 610 Masihi, bersamaan 17 Ramadhan, Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama.
T4 B4 ms 107 [ P3 B8 ]
Penyebaran agama Islam
Kemunculan kerajaan baharu Islam
Penentangan orang Arab Quraisy terhadap Islam
Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Maklumat berikut berkaitan dengan kehidupan masyarakat Arab pada zaman Jahiliah.
T4 B4 ms 102 [ P1 B2 ]
Membina petempatan kekal
Mahir membina sistem pengairan
Mengamalkan semangat assabiah
Mempunyai susun lapis masyarakat
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
T4 B4 ms 105 [ P4 B2 ]
Keturunan baginda dihormati
Memiliki kebijaksanaan
Berpengalaman luas
Sentiasa dipercayai
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?
T4 B4 ms 101 [ P2 B2 & P1 B11-12 ]
I Menghalalkan amalan riba
II Menjalankan pemerintahan berpusat
III Menjalin kerjasama antara kabilah
IV Mengamalkan perkahwinan bebas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?
T4 B4 ms 111 [ P4 B5 & P6 B2-B3 ]
I Perbezaan kepercayaan
II Prinsip perjuangan berbeza
III Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’
IV Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berikut adalah tokoh yang telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah.
T4 B4 ms 109 [ P2 B9-B10 ]
Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?
Membantu mengumpulkan ayat al-Quran
Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy
Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.
T4 B4 ms 106 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab?
Penyebaran Islam di Makkah
Perbalahan antara kaum dielakkan
Perkembangan perdagangan di Makkah
Pelantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
Mengapakah pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, ramai hamba memeluk Islam?
T4 B4 ms 110 [ P3 B3-B4 ]
Bersedia mati syahid
Mendapat hak yang sama
Mendapat keizinan tuannya
Berpeluang menjadi pemimpin
