wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PA S1 TRIAL MUAR17

Total questions: 15

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah berkaitan dengan ciri-ciri negara berdaulat?

a)

mempunyai penduduk yang tetap

b)

mempunyai sultan atau raja yang berdaulat

c)

mempunyai ideologi sendiri

d)

mempunyai penduduk yang berbilang bangsa

2.

Yang manakah perkara-perkara dalam perlembagaan Persekutuan yang tidak boleh dipersoalkan ?

a)

I - Hak-hak kebebasan asasi

b)

II - Keistimewaan Parlimen

c)

III - Kedudukan istimewa Raja-raja Melayu

d)

Iv - Agama Islam sebagai agama Persekutuan

3.

Berdasarkan maklumat di bawah, yang manakah benar tentang status anak En. Y?

* En Y belum mendapat taraf pemastautin tetap di negara ini.

* Anak En Y lahir pada 1 Januari 2010 di Melaka

* Isteri En Y warganegara Indonesia

a)

menjadi warganegara melalui masukan

b)

bukan warganegara

c)

merupakan warganegara melalui kuat kuatkuasa undang-undang

d)

boleh memohon untuk menjadi warganegara melalui pendaftaran

4.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertua Agong ialah..

a)

mengisytiharkan darurat

b)

memecat Timbalan Yang di-Pertua Agong

c)

memperkenankan pindaan Perlembagaann Persekutuan

d)

Memperkenankan permintaan untuk membubarkan Parlimen

5.

Yang manakah benar tentang jawatan dan pihak yang melantiknya

a)

Jawatan : Peguam, Dilantik oleh : Yang di-Pertuan Agong

b)

Jawatan : Ketua Polis Negara, Dilantik oleh : Perdana Menteri

c)

Jawatan : Yang di-Pertua Negeri, Dilantik oleh : Majlis Raja-raja

d)

Jawatan : Setiausaha Dewan Rakyat, Dilantik oleh : Speaker Dewan Rakyat

6.

Apakah bidang kuasa kerajaan Persekutuan dalam senarai Persekutuan?

a)

I - Biasiswa

b)

II - Pertahanan

c)

III - Pertanian dan Perhutanan

d)

IV - Hari Kelepasan Am

7.

Y ------------ Hilang kelayakan untuk menjadi calon pilihanraya umum

Y merujuk kepada....

a)

I - Banduan

b)

II - Berumur 25 tahun

c)

III - menjadi warganegara negara lain

d)

IV - pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan pecah amanah

8.

* Dilantik oleh Perdana Menteri

* Tidak semestinya ahli daripada mana-mana Majlis Parlimen

* Tugas serta saraan juga ditentukan oleh Jemaah Menteri

Pernyataan di atas merujuk...

a)

Senator Parlimen

b)

Timbalan Menteri

c)

Setiausaha Politik

d)

Setiausaha Majlis Mesyuarat Negeri

9.

* Bertujuan untuk menyelaras antara kementerian

* Ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan

Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Majlis Tindakan Negara

b)

Majlis Kewangan Negara

c)

Majlis Air Negara

d)

Majlis Keselamatan Negara

10.

Yang manakah berikut benar tentang keahlian Majlis Parlimen

a)

DR : Ahli dipilih oleh rakyat , DN : Dilantik oleh YDPA

b)

DR : Ahli berumur 21 tahun ke atas , DN : Ahli berumur 30 tahun dan ke atas

c)

DR : Tempoh jawatan 5 tahun sepenggal , DN : Tempoh jawatan 6 tahun sepenggal

d)

DR : Tidak boleh menjadi ahli Dewan Undangan Negeri , DN : Boleh menjadi ahli Dewan Rakyat

11.

Yang manakah antara yang berikut merupakan dua aspek utama dalam Tadbir Urus

a)

Prestasi

b)

Beretika

c)

Fokus kepada Pelanggan

d)

Pematuhan terhadap Undang-undang

12.

Yang manakah berkaitan dengan langkah mengatasi masalah sisten penyampaian khidmat awam ?

a)

membudayakan kreativiti dan inovasi

b)

meningkatkan inisiatif kepada penjawat awam

c)

menyediakan kemudahan peralatan berteknologi moden

d)

memberi keutamaan kepada kenaikan pangkat dan kebajikan pekerja

13.

Yang manakah antara berikut merupakan sumber kewangan kerajaan negeri?

a)

Duti hiburan

b)

Lesen memandu

c)

Cukai pendapatan

d)

Cukai Perkhidamatan

14.

Yang manakah merupakan peranan Majlis Tanah Negara?

a)

meluluskan undang-undang Tanah

b)

menyelaraskan sistem cukai tanah di seluruh negara

c)

menyeragamkan kaedah dan syarat penggunaan tanah

d)

menyelaraskan dasar penggunaan tanah di seluruh negara

15.

Yang manakah kepentingan sesebuah negara mempunyai tadbir urus yang baik?

a)

dapat mengurangkan kos hidup rakyat

b)

dapat memperkasa daya saing negara dalam pelbagai bidang

c)

dapat menjamin peluang pekerjaan yang banyak diwujudkan

d)

dapat mengurangkan beban kerajaan untuk mengurus pentadbiran negara