wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TING 3 - ULANGKAJI BAB 6 : REKA BENTUK HIASAN DALAMAN

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Hiasan dalaman bermaksud _______________________ .

a)

aktiviti mereka bentuk ruang taman.

b)

peranan seorang pereka bentuk membina idea.

c)

seni dalam menghias dan menyusun bahagian dalaman sesebuah ruang.

d)

sesuatu yang dihasilkan untuk melihat kesesuaian sebelum reka bentuk.

2.

Antara berikut, yang manakah peranan seorang pereka hiasan dalaman?

I Merancang perpindahan

II Menentukan objektif rekaan

III Mencipta dan menghasilkan kemasan pada ruang

IV Menghasilkan perabot yang dapat dijual kepada pengguna

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Berikut merupakan Ciri-ciri Seorang Pereka Hiasan Dalaman KECUALI __________________________________ .

a)

Kreativiti, imaginasi dan bakat seni.

b)

Sentiasa mementingkan pendapat diri sendiri

c)

Cita rasa warna yang baik dan teliti.

d)

Kebolehan untuk menghasilkan ilustrasi dan lukisan teknikal.

4.

Mengapakah seorang pereka hiasan dalaman perlu bijak menyatukan prinsip dan elemen reka bentuk hiasan dalaman?

a)

Untuk menggambarkan gaya hidup pelanggan.

b)

Memudahkan penggunaan teknologi terkini.

c)

Agar reka bentuk releven dan bermakna.

d)

Dapat merealisasikan idea pelanggan.

5.

Antara yang berikut, yang manakah perkara perlu diteliti sebelum melakukan reka bentuk hiasan dalaman?


I Saiz bilik

II Fungsi bilik

III Bentuk bilik

IV Pemandangan bilik

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

6.

Berikut adalah fungsi reka bentuk hiasan dalaman, KECUALI __________________ .

a)

Memberi keselesaan

b)

Kelihatan harmoni

c)

Mengelakkan kebosanan

d)

Menunjukkan kekayaan seseorang

7.

Antara elemen berikut, yang manakah perlu diberi perhatian utama dalam sesuatu reka bentuk hiasan dalaman?

a)

Tema hiasan

b)

Fungsi ruang

c)

Saiz barangan

d)

Jenama barangan

8.

Aspek yang penting dalam seni reka hiasan dalaman ialah ______________________________ .

a)

pencahayaan, warna dan peredaran udara

b)

saiz rumah, warna dan saiz tanah

c)

keluasan tanah, pencahayaan dan warna

d)

kewangan, saiz rumah dan warna

9.

"Semua elemen dalam ruang dapat berfungsi bersama dan saling melengkapi. Hal ini bermakna, kita dapat melihat ruang secara keseluruhan dan elemen memainkan peranan dalam memenuhi fungsi ruang." Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai ___________________ .

a)

Imbangan

b)

Irama

c)

Penegasan

d)

Kesatuan

10.

"Berhubung kait dengan penyusunan keseluruhan ruang yang menjadikannya kelihatan seimbang. Ia terdiri daripada simetri dan tidak simetri.

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai ___________________ .

a)

Irama

b)

Imbangan

c)

Perincian

d)

Kontra

11.

"Penggunaan elemen tertentu berlaku secara berulang-ulang."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai ___________________ .

a)

Penegasan

b)

Kontra

c)

Irama

d)

Kesatuan

12.

"Kaedah penggunaan warna atau perabot yang mampu menjadi tumpuan dan fokus utama."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai ___________________ .

a)

Skala dan kadar banding

b)

Penegasan

c)

Kontra

d)

Perincian

13.

"Penggunaan pelbagai elemen yang bertentangan seperti penggunaan warna, saiz perabot dan tanaman hiasan."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai ___________________ .

a)

Kontra

b)

Imbangan

c)

Irama

d)

Kesatuan

14.

"Objek hiasan sebagai penambah seri seperti penggunaan pasu bunga, bantal, langsir, bingkai gambar, hiasan dinding dan tombol perabot."

Ini merupakan Prinsip-prinsip Reka Bentuk Hiasan Dalaman yang dikenali sebagai _________________________ .

a)

Kesatuan

b)

Irama

c)

Imbangan

d)

Perincian

15.

Dalam elemen reka bentuk hiasan dalaman, warna mesti dipilih berdasarkan _________________ dan pandangan penghuni. Setiap warna mempunyai tiga ciri yang berbeza iaitu hue, __________________ dan intensiti.

a)

psikomotor - estetika

b)

psikologi - nilai

c)

nilai - psikologi

d)

estetika - psikomotor

16.

Lukisan di atas dikenali sebagai _________________________ .

a)

Lukisan Bergarisan

b)

Lukisan Perspektif

c)

Lukisan Rupa

d)

Lukisan Maya

17.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif _________________________ .

a)

tiga titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

satu titik lenyap

18.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif _________________________ .

a)

satu titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

tiga titik lenyap

19.

Lukisan perspektif di atas dikenali sebagai lukisan perspektif _________________________ .

a)

tiga titik lenyap

b)

dua titik lenyap

c)

satu titik lenyap

20.

Apakah perspektif yang wujud dalam lukisan bilik tidur tersebut?

a)

Perspektif satu titik

b)

Perspektif dua titik

c)

Perspektif tiga titik

d)

Perspektif tanpa titik

21.

Gambarajah di atas lebih tepat dikenali sebagai _________________________ .

a)

gambar maya

b)

pelan rumah

c)

pelan lantai

d)

pelan-pelan

22.

Langsir yang mempunyai corak menegak seperti dalam gambar foto di bawah akan memberi gambaran perasaan______________kepada tuan rumah.

a)

gementar

b)

tenang

c)

teguh

d)

sedih

23.

Jika dinding pada ruang tamu berwarna biru, apakah warna sarung kusyen agar menimbulkan warna yang harmoni pada ruang tamu?

a)

Biru ungu

b)

Kuning hijau

c)

Merah jingga

d)

Kuning jingga

24.

Apakah tujuan penggunaan elemen semula jadi dalam reka bentuk hiasan dalaman?

a)

Menjimatkan ruang.

b)

Memberi keselesaan.

c)

Menjimatkan kos reka bentuk hiasan.

d)

Mampu mewujudkan kesan emosi tertentu.

25.

Bagaimanakah elemen cahaya dapat mempengaruhi sesebuah ruang?

a)

Memberi keselesaan.

b)

Meningkatkan suhu ruang.

c)

Menimbulkan rasa kesan pertalian dengan prinsip lain.

d)

Memberi kesan terhadap unsur-unsur warna, tekstur dan corak.

26.

Antara berikut, yang manakah elemen semula jadi?


I Batu-batan

II Ikan hiasan

III Kolam air

IV Lampu hiasan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Apakah aspek penting dalam rekaan bilik bacaan?

a)

Saiz meja dan kerusi

b)

Warna perabot dan dinding

c)

Pencahayaan

d)

Pengudaraan

28.

Susun langkah-langkah untuk menghasilkan sebuah model ruang tamu.


I Menghasilkan pelan lantai

II Membuat model lantai dan dinding

III Memastikan ukuran lantai

IV Menentukan pilihan perabot

a)

III, I, II, IV

b)

III, IV, I, II

c)

III, II, I, IV

d)

III, IV, II, I

29.

Ruang X sangat istimewa sebagai tempat istirehat yang memerlukan peredaran udara yang nyaman dan selesa. Apakah ruang X?

a)

Bilik air

b)

Bilik tidur

c)

Bilik membaca

d)

Ruang makan

30.

Ciri-ciri reka bentuk hiasan dalaman berkonsep tradisional ialah ___________________________________ .

a)

Ringkas dan tidak serabut

b)

Memperlihatkan kemewahan

c)

Gaya berteraskan identiti sesuatu bangsa

d)

Bercorak geometri